Langkawi : Hari Pertama & Roro Langkawi

Ok… mari kita sambung kisah Langkawi…

Setelah book semua bagai… masa untuk bertolak…

29.04.2014 (Selasa)

Waktu malam, selepas solat Isya’ kami pun bertolak… maklumla.. ini adalah pertama kali saya sekeluarga berjalan jauh… selalunya paling jauh pun g Pulau Pinang jer.. tak pernah sampai lagi ke arah Perlis/Kedah…hehehe

Biasalah… waktu malam apa yang nampak… gelap jer..hehehe.. Anak-anak pula semua tidor aja… jadi tak terganggu la perjalanan kan… kalu tak sure tanya bila nak sampai.. bila nak sampai…

30.04.2014 (Rabu)

Setelah berjam-jam dalam kereta… akhirnya sampai juga ke Perlis.

Kami sampai dalam pukul 6 pagi.. kira ngam2 la.. lagi pun berhenti tuk rehat sekejap jer.. selepas tu teruskan perjalanan.. supaya sampai cepat kat Kuala Perlis kan..

Inilah Masjid Terapung… Masjid Al-Hussein,Kuala Perlis.

Bila dah sampai sini.. anak-anak gembira la.. maklumla.. jalan jauh.. sampai juga… Tapi sebenarnya lom sampai lagi ni.. jauh lagi nak oit Langkawi..hik3

Saya tumpang Masjid untuk bersiap sekejap… dan parking situ…

Makan yang ringan-ringan jap sebelum bersarapan pagi di Restoran… pagi sangat kan.. jadi lom ada kedai yang dah buka..hehehe

Sambil tu jenjalan la kejap keliling tempat tu…

Nampak signboard Kuala Perlis sebelum sampai tu…. dah terang benderang baru la nampak kawssan keliling situ..hehehe

Masa sampai kan pagi…gelap jer..apa nampak…

Terminal Feri Kuala Perlis… dekat jer dengan Masjid ni.. satu jalan jer….

Tapi nak menyampai ke tempat ni memang jaauhhhhhhhhh juga la…hehehe . Mungkin tak biasa jalan jauh terasa la kot…

Saya pergi ke Langkawi menaiki Roro Ferry Langkawi. Bawa kereta masuk ke Langkawi.. senang sikit.. tak perlu nak sewa kereta kat Langkawi…

Sebelum ke sana saya dah survey segalanya… siap wat kira-kira sama ada berbaloi atau tidak… Jadi boleh rujuk senarai harga untuk membawa kenderaan melalui feri ni…

 

Ada tempat khas menunggu jika dah sampai kat kawasan roro langkawi ni… boleh nampak signboard dari jauh tu….

Tempat parking ni KHAS tuk yang menaiki Roro Langkawi sahaja…

Di sebabkan saya sampai kul 6 pagi… jadi sila kira pukul berapa saya melangut kat situ… adalah dalam 6 jam merempat di dalam kereta, kejap g masjid, kejap g kedai makan…hahaha

Perjalanan meniki roro ni hanya sekali dalam sehari… kalu dari Kuala Perlis ke Langkawi belah petang, manakala Langkawi ke Kuala Perlis belah pagi sahaja.

Jika terlepas esok la naik pula..hehehe

Bila dah tiba masa untuk naik feri tu… anak-anak la paling gembira.. sebab dapat naik feri kan… yang kita ni dah penat menunggu kot.. letih la..hahaha

Dah la ngan x cukup tido kan…hehehe

TIPS : Berlepas pukul 1.00 ptg, dalam pukul 11.30 pagi dah boleh la sampai kat Roro ni… tak derla lama nak menunggu kan…hehehe

Masa nak masuk kereta ke dalam feri tu… kene ada teknik nya.. silap masuk.. memang kene sagat la bahagian bawah kereta… nanti nangis korang…

Bila feri dah jalan, anak-anak sibuk ajak naik atas…  joom tengok sekeliling feri ni nak?hik3

 

Ada kerusi penumpang.. tapi sangat tak best langsung… sebab x leh menyandar kot.. menegak jer.. nak tidur pun payah… tapi kalu dah naik feri, ko mampu ker nak tido…

Dengan anak-anak berlari sana sini.. 2 jam lebih kot dalam feri… leh ker duduk diam..hik3

Hai anak-anak saya… semua tempat nak bergambar…hik3

Tak ramai orang kan.. seronok la jalan sana sini… kalu naik feri penumpang.. mau berhimpit tak leh jalan sana sini…hehehe

  

Ada juga jual makanan.. maggi la, air la, roti bakar la.. tapi di sarankan bawa makanan sendiri la.. senang.. kalu dah roti bakar nya RM4.00 satu set.. baik la beli kopok kat luar bawa makan situ..hehehe

 

Setelah mengharungi lautan selama berjam-jam.. akhirnya sampai juga di Jetty Langkawi. Nama Jetty ni Jetty Langkawi Tanjung Lembung. Agak jauh dari kuah tau… bukan turun kat Pekan Kuah tu yek…

Jadi ada juga saranan kalu nak naik feri Roro ni yek… antaranya :

  • Sesuai pergi jika melebihi 4h 3m… sebab pergi petang, balik pagi.. kira hari terakhir tu kene check out dalam pukul 8.00 pagi yek
  • Kalu cuti sekolah pergi untung.. sewa kereta Avanza 3 hari RM600.00, bawa kereta naik roro baru RM360.00 pergi balik…
  • Penumpang kira lain yek.. kereta kira lain.. jangan ingat dah kira siap2 tau..hehehe
  • Datang tak perlu awal macam saya sampai.. dalam kul 11.30 pagi tu dah sedang elok la..hehehe
  • sila bawa kudapan dan air untuk makan dan minum…kalu ada game bawa jer.. ada tempat charge kat situ.. bahagian atas di dinding plugnya…
  • sila BOOKING terlebih dahulu sebelm meniki FERI ni selewat2nya 3 hari sebelum berlepas

Jadi keseluruhannya saya menaiki Roro Feri ni adalah :

 

RM 626.00 pergi dan balik untuk 2 dewasa 4 kanak-kanak

 

Jadi.. murah ker mahal? dan jimat ker tidak..hehehehe

Jika sesiapa berminat nak naik, sila rujuk

Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd
Kuala Perlis
Tel : 04-966 9881
Fax : 04-9669882
Kuala Langkawi
Tel : 04 – 966 9881
Fax : 04 – 966 9882

Ok.. part naik Roro Langkawi dah selesai la yek… nanti kita sambung part ke 2 lak.. kita ke tempat penginapan lak…pastu tempat-tempat yang saya bawa anak-anak pergi lak…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

  1. Anuar says:

    Bestnya pergi bercuti ke Langkawi…. Seumur hidup saya, belum pernah lagi menaiki Feri ke Langkawi… Pernah 3 kali pergi ke Langkawi… Ketiga-tiganya naik Kapal Terbang…Teringin nak bawa keluarga bercuti ke Langkawi dengan menaiki Feri… Bila agaknya ada peluang tersebut…

    • Sumijelly says:

      yup.. harga termasuk sekali tambang feri tuk penumpang…

      lagi pun selesa.. x perlu berebut duduk.. sbb khas tuk feri yg bawa kenderaan jer… x campur ngan penumpang lain

  2. suriaamanda says:

    tak pernah naik roro ni lagi….nampak macam menaik je…rasanya SA kalau pergi xde masalah sebab uncle tinggal kat langkawi
    cuma kuar duit utk homestay jer la…

  3. shammohd says:

    info baguih..hehehe
    kalau dari KL campur petrol dan tol pegi balik, masa dan penat
    driving ,rushing time balik,berbaloi tak compare naik AIRASIA (promo)?..hehehe

  4. Azhar says:

    Saya akan ke Langkawi pada 19/02/15 to 21/02/15. Saya bawa kereta jugak masuk ke Pulau Langkawi. Thank you…. info yang bagus. Balik Langkawi 21/02/15 terus pi Hat Yai pulak. Bawak masuk kereta jugak…hi hi hi

  5. Adi Harrizam says:

    Salam… saya hujung tahun lepas pi langkawi, mula-mula nak naik roro tapi last-last naik feri juga. Mohon pinjam gambar harga Roro untuk letakkan dalam blog saya. Sekarang harga dah lain ~ murah sikit.

Leave a Reply