Seperti tahun sebelum-sebelumnya…. apa yang selalu saya tunggu adalah drama sepanjang bulan ramadan. Sebelum ini Radious One yang menerbitkan drama yang lalu… kini Bro Jinggo pula.
Kali ini samarinda ramadan bertajuk Ramadan Jangan Pergi
Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut .
Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo. Jangan lupa saksikan drama ?#?RamadanJanganPergi? yang akan menemani anda sepanjang bulan puasa ini, bersiaran mulai 25 Jun 2014 iaitu setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.
SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
Dah 5 episod berlalu….. kalu ikutkan pada nama barisan pelakon citer ini nampak menarik dan juga best… maklum la ada Sheila Rusly dan Eizlan Yusof….. suka dengan lakonan Eizlan Yusof tu…. masa skrg dah banyak kali main peranan jadi bapa-bapa org dah…hehehe
Kalu nak bandingkan dengan drama-drama sebelum ini…. memang menitis la air mata kan… dan tak sabar nak tunggu episod-episod seterusnya…. harap2 buah tangan dari Jinggo begitu juga… melelh air mata… hahahaha
Okla… sapa yang tak berkesempatan nak tgk episod awal.. boleh aja google.. ramai rasanya yang rakam dan upload di You Tube….
Selamat menjalani ibadah berpuasa yek semua!!!
Nasib baik dimainkan jam 10 malam kalau tidak tak berbuka kalau dimainkan diwaktu maghrib. 🙂
Geram dengan watak Johan, mula-mula janji bukan main, dah kahwin, hampeh, tak macho langsung. Hehe. 🙂
sama….hehehe..
boleh lak main minta2 duit.. dah la tu guna alasan ayahnya sakit kronik…hehehe
tp apa2 pun ok gak citer ni.. layan la…hehehe