Cuti Sekolah Penggal ke 2

eh…eh.. sedar tak sedar dah masuk esok cuti sekolah dah bermula…

20140912_161236

13 – 21 hb September, 15 hari termasuk sabtu dan ahad….

Apa perancangan ibu bapa semua? Esok jer dah ada kenduri kahwin di Kampung saya….  mujur Selasa public holiday sebab Hari Malaysia… jadi dapatla berehat.

Isnin tu ada la apply cuti tapi tak tau nak kemana..hehee

SAM_3375

Selepas tu…. minggu seterusnya ada kenduri doa selamat untuk mak saya yang akan berangkat menunaikan haji pada 22hb.

Jadi kenduri nya pada 20hb, kemudian 21hb kami akan menghantar mak ke Tabung Haji di Kelana Jaya, dan pada pagi 22hb pula mak akan berangkat dari KLIA.

Semoga mak saya akan pergi dan selamat tiba di Mekah, mendapat cukup kesihatan untuk mengerjakan haji serta mendapat haji marbur.

Dah lama mak nanti kan.. jadi bila dah dapat mak sungguh gembira… jadi kami adik beradik doakan mak pergi dan balik dengna selamat. untuk kali ini mak pergi bersama adik lelakinya… ayah saya tak dapat nak ikut.

Jadi saya mohon juga doa dari semua yang membaca entry ini untuk mendoakan juga…

AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply