Berkelah di Port Dickson

Hari Isnin lalu, saya mengambil peluang bercuti untuk menghabiskan masa bersama anak-anak…. Tak thau nak kemana tetiba tergerak hari nak berkelah. Setelah berbincang malam hari tu, esok pepagi nya saya bangun awal untuk menyediakan bekalan makanan untuk di bawa ke Port Dickson.

Agak lama tak ke Port Dickson…. teringat dulu-dulu mak dan ayah saya sering bawa kami berkelah di situ. Mandi manda dna makan makanan yang mak masak di tepi pantai… syokk….

Kini setelah berkeluarga teringin gak nak berkelah bersama anak-anak kan…..hehehe

IMG-20140915-WA0006

Sampai je PD anak-anak dah tak sabar nak mandi dah..

Kebetulan masa sampai air tengah pasang… jadi seronok tengok ombak-pmbak datang dan pergi…..

IMG-20140915-WA0014

Saya hanya perhatikan dari khemah tepi pantai jer…

tak mandi pun.. cuma sesekali turun juga di tepi-tepi untuk membasahkan kaki aja… malas la nak tukar-tukar baju… lagi pun masa saya dah berlalu.. bagi la anak-anak yang melaluinya…

Di situ terdapat khemah dan kerusi yang boleh di sewa… hanya RM30.00 dapat sebuah khemah dan 5 buah kerusi beserta 1 buah meja makan kecil.

Boleh la letak makanan dan melepak bawah khemah sampai kita balik….

IMG-20140915-WA0011

Lama juga la saya di situ.. sampai tengahari jer…

Cukupla… nanti makin gelao anak saya… dah la si Huzaiman saya terlupa bawa bajunya.. rasa macam dah ambik 4 helai.. tapi 3 helai rupa2nya..hehehe

Memang sunburn la badan anak-anak saya tu..hehehe

Tapi mereka memang seronokla datang situ… boleh la datang situ sekali sekala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

  1. Irul says:

    Kalau ke PD mata jadi semak tengok pengusaha khemah dan kerusi-kerusi di sepanjang pantai tu. Pantai tu dah jadi macam hak dia je. Kita nak bentang tikar sendiri pun susah. Siap kena halau lagi tu.

Leave a Reply