[HAJI] Menghantar mak ke Kelana Jaya

Labaik ALLAH huma Labaik

Salam semua….. lama dah tak update ni…hehehehe

Kali ni nak citer mengenai mak saya yang telah mendapat panggilan menunaikan Haji bagi 1435H/2014M bersama dengan adik lelakinya dan adik iparnya.

Hari Sabtu lepas kenduri doa selamat telah pun berlangsung dengan lancar, kemudian pada hari Ahad pula selepas pukul 3.00 petang kami berangkat menuju ke Tabung Haji Kelana Jaya.

SAM_3815

Seronok dan gembira rasanya kerana impian mak ingin menunaikan Haji tercapai…

Walaupun ayah tak ikut serta kami sentiasa mendoakan mungkin selepas ini ayah pula menyusul ke sana….

SAM_3854 SAM_3862 SAM_3880 SAM_3893 SAM_3911 SAM_3917

Setelah bersama-sama di TH Kelana Jaya, jam 7.30malam mak dah masuk ke dewan TH dan kami terpaksa meninggalkan mereka untuk berehat dan bersiap untuk ke KLIA.

Penerbangan ke Jeddah pada Hari Isnin jam 1.30 pagi.

IMG-20140921-WA0028

Semoga ibadah haji mak bersama pak teh dan mak teh berjalan dengan lancar serta dalam keadaan yang baik.

AMIN……..

 

Nota : Nampaknya tahun ini Raya Haji tanpa mak di sisi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply