Gadjet DAPUR – OVEN dan BM

Saya ni bukan la kaki masak.. tapi memang amat-amat memerlukan juga la gadget-gadget yang boleh di guna bila masa-masa yang penting….

Sebelum kahwin, rajin la juga mambakar kek dan kuih muih…. selepas kahwin, masih teruskan aktiviti tu tp saya kene pergi rumah mak saya untuk membakar…..

Rumah mak saya ada oven dan mixer……. adalah bertahan 2-3 tahun buat kerja ulang alik membakar umah mak….. tapi sejak mengandung anak ke 3 hari tu, kurang dah aktiviti tu. Sebab tak larat nak jaga anak dan jaga kuih yang di bakar…hahaha

Jadi awal tahun tu hari duk gak la usha-usha nak beli oven…. mixer dah pernah beli pada Tahun 2012. Sebab konon nak guna tuk buat kuih raya nanti…. tapi oven saya pinjam mak saya punya..

Saya guna OVEN BUTTERFLY yang bulat tu… jenuh la buat kuih raya kan.. sebab kecik…

Tapi hari tu Sen Heng ada wat promosi kat katalog…

20140519_202658

Bila tengok katalog, terus ternampak OVEN CORNELL 42L ada promosi. RM249.00 tapi kene tambah point 255 la…

Mujur point masa tu ada banyak… jadi dapatla beli……

Pastu terus nampak BREADMAKER juga dari jenama KENWOOD. Ramai suggest BM ni… apa lagi sambarla, sebab RM339.00 tambah point 220 aja. Kira murah la…

Dari sepatutnya nak beli 1 barang, terus dapat beli 2 barang….

Jadi bila ada2 gadget ni….. rajin la juga membakar. Kejap-kejap buat kek, kejap-kejap buat roti, kejap-kejap buat kuih… hehehe

Sekarang ni nak kejar PRESSURE COOKER lak…hahahaha

PC pun boleh tahan mahal gak tau… jadi kene la simpan duit nak beli. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply