Lagi 2 minggu cuti sekolah bakal tiba

eh..eh.. rupa-rupanya dah dekat 1 minggu tak update blog…

adeh..parah..parah dah ni… sebab dah mula malas nak update.. padahal banyak nak citer ni…hahahaha

Lagi 2minggu cuti sekolah bakal menjelma…….. haaa……… apa agak2 nya perancangan tuk anak-anak yek?

SAM_0547

Setakat ni, hanya 2 orang sahaja yang akan bercuti sekolah. Danial dan Iskandar sahaja. Zulfadhli akan ke sekolah seperti biasa, sebab ada daycare untuknya. Huzaiman masih di tadika.. jadi duduk jer di sana kan…hehehe

Untuk aktiviti cuti sekolah ini, Danial saya dah ada program untuknya. Dia akan menyertai Kem Bina Insan selama sebulan di Melaka. Harap-harap dia jadi pergi…. sebab takut time hantar tak jadi pergi lak…..hahahaha

Saya harap ada perubahan yang POSITIF untuk dirinya memandangkan prestasi persekolhanan nya untuk tahun ini menurun. Saya kene berikan dia semangat untuk persekolahan akan datang.

Anak-anak korang ke mana cuti sekolah ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to razis Cancel reply