Salam semua, alhamdulilah…. sudah 1 minggu Danial berada di Merlimau Melaka untuk menyertai Kem Bina Insan Cemerlang…
Kem ini berlangsung selama hampir 1 bulan dari 23.11.2014 – 21.12.2014 di Pondok Batu Gajah,Merlimau, Melaka.
Kadar bayaran yang di kenakan RM500.00 setiap peserta meliputi makan, minum, tempat tinggal dan juga bahan belajar.
Pada 23.11.2014 saya telah pun menghantar Danial ke sana.
Membawa segala perkakasan dn keperluan diri untuk menginap di Pondok Kem selama 1 bulan. Tidak di bernarkan membawa sebarang alat eletronik waima radio , permainan game dan juga telefon bimbit.
mujur Danial memang tidak pernah memiliki telefon bimbit.. jadi saya jenis x kisah pun.
Setelah 1 minggu berlalu………………..
Pada 30.11.2014 yang lalu, saya datang menjenguk Danial di kem tersebut.
Alhamdulilah anak saya sihat dan gembira sepanjang berada di sana. Ada juga bertnya, tak rindu ker kat ibu dan ayah? dia jawab rindu tapi Danial nanges dalam hati jer…hehehe
Maklumla.. ini la pertama kalu saya hantar dia jauh sikit dari saya.
Setiap petang ada aktiviti riadah….
Setiap hari Ahad di bernarkan datang melawat dn membawa anak keluar dari KEM bermula dari lepas Zohor hingga sebelum Maghrib.
Tapi saya tak lama pun bersama.. selepas makan dan membeli keperluan tambahan… Danial dah nak balik ke kem. Sebab kawan-kawan main aktiviti luar.. dia nak sertai. Nampak sangat tak heran ibunya datang…hehehe
Tak mengapa, saya lagi suka… sekurang2 nya dia selesa tinggal di sini kan?
Ini pula tempat anak-anak mandi untuk ruangan lelaki.
Lihatla.. kolah kemain besar… memang riuh rendah la mandi kan….
Ada juga yang ibu bapa datang melawat hanya duduk di area kem situ. Mungkin nak habiskan masa bersama kot.
Dan lebih selesa duduk di sekitar situ… makan dan berborak2…
Dalam jam 5.30 petang saya tinggalkan Danial dengan rakan-rakan.
Syukur, dia tak meragam dan menangis walaupun baru berusia 10 tahun. 15.12.2014 ni hari jadi nya… awal-awal dah request kek tuk di jamu bersama rakan-rakan.
Ok… mujur dah teror sikit buat Kek Coklat… jadi saya buatkan kek itu jerla… pandai2 la nanti nak potong bersama rakan2 kat sana. Tapi kene bawa lebih la.. sebab ramai kan..hehehe
Jadi pada yang berminat ingin menghantar anak-anak untuk tahun hadapan boleh la rujuk ke lawam web KEM tersebut :
15hb hari isnin la…hehe
Orang lelaki tak kan lah nak tunjuk nanges sedih depan mak ayah..
tu mengintai orang mandi ke hape…eeiii teruk betul.
eh… sibukla..
dia request bawa hari ahad la… nak jamu kengkawan… eee sibuk jer..
jom pergi.. x nak ker tgk dia…..hahaha
cuti sekolah memang bagus bw anak ke kem seperti ini…
Harap pak dan maknya tidak melalak. 🙂
assalamualaikum.. PMKT melaka kalau anda2 ade anak perempuan .. better jangan hantar kesana.. kalau dalam tempoh singkat boleh la.. sebab pelajar tetap yang perempuan majority tak menjadi.. yg boleh sy cakap teruk..sy menyesal hantar anak sy kat sane..anak sy berubah.cikgu2 sekolah jugak perasaan perubahan tu… kata2 dah kesat, dah pandai maki2.. kuat memberontak.. sy kata mmg anak sy terikut2 sebab die masih berumur 11 tahun.. saya cari dimane silapnye.. sy cari setiap pelajar tetap punye fb.. terperanjat nye sy.. mereka free hair.. seksi… gambar peluk2 dengan lelaki lagi… pmkt byk masalah dalaman…panjang kalau sy nak ceritakan.. tapi cukup la .. sy ngaku sy buat silap hantar anak sy kesane..