Haiii……….. apa khabar semua??
ishk.. makin lama makin tak berupdate lak… tak ada apa2 sangat pun aktiviti bersama anak-anak… cuma bila ada jemputan dari pihak luar, saya pasti akan pergi yangpenting dapat bawa anak bersama-sama…hehehe
29 November yang lepas saya telah hadir ke E-Curve kerana ada Nickelodeon Party dengan anak-anak… sesuai la dengan temanya yang melibatkan anak-anak.
Event kali ni di buat panggung wayang Chathay Cinepelex. Akan ada tayangan perdana untuk beberapa siri terbaru pada Tahun 2015. Nak tahu apa cerita terbaru tersebut?? haaa….. nanti saya akan ceritakan yek..
Sebelum tu meh tengok apa aktiviti anak2 saya semasa di sana.
Selepas ambik goodies bag dan juga tiket anak-anak saya tak sabar nak main pelagai aktiviti di ruang legar tersebut.
Memula beratur dulu nak ambik popcorn dan air.
Suka la anak-anak semua, sebab dapat popcordn dan air percuma kan….
Derang kan suka makan pop corn nak2 pula masuk panggugn wayang…hehehe
Jadi sebelum masuk panggung wayang derang joint la aktiviti kat luar dulu.
Booth Dora Explorer
Ala.. tunjukkan benda-benda di papan..pas dapat tunjukkan dapat la sticker. Suka la Huzaiman.. sebab tunjuk-tunjukkan… tak susah pun quiz nya.
Booth Spongebob
Masukkan bola ping pong dalam lubang yang betul…. benda ni pun senang… Iskandar dan Huzaiman pun reti main…hehehe
Booth mewarna
Masing-masing mewarna karektor dari Nickelodeon
Booth Ninja Turtle
Jatuhkan patung untuk mendapatkan sticker atau pin baju… sangat senang.. Huzaiman campak jer.. semua patung tu jatuh..hehehe
Selepas semua aktiviti di lakukan, kami semua masuk ke dalam panggung…. Di dalam panggung kami di sajikan dengan beberapa tayangan perdana untuk tontonan semua seperti Dora Explorer
Sebelum kami pulang, kami di beri peluang untuk bergambar bersama maskot Dora Explorer dan Ninja Turtle
Seronok anak-anak sebab dapat berjumpa dengan maskot Dora dan ninja…
Jadi pada anak-anak semua, jangan risau tahun depan rancangan yang menarik bakal menemui anak-anak semua di saluran Nickelodeon.
OGGY AND THE COCKROACHES pada Januari 2015
Tayangan perdana selama 2 jam pada Kahamis, 01.01.2015 : 1.15pm
Tayangan biasa setiap hari bermula 05.01.2014 hari Isnin pada jam 6.05pm (MY)
WANDA AND THE ALIEN pada Januari 2015
Di tayangkan di Nick Jr. pada 26.01.2014 pada pukul 11am dari Isnin hingga Sabtu
DORA AND FRIENDS: INTO THE CITY! pada Mac 2015
ALVINNN!!! AND THE CHIPMUNKS pada April 2015
Jadi jangan lupa untuk berada di kaca tv untuk melihat semua kartun-kartun tersebut…
Tahun baru, siri baru dan juga jalan cerita yang baru!
wah… meriah e? siap ada maskot ninja turtle lagi tu
anak-anak memang suka tengok kartun…kita pulak yang kena mengalah….