Alhamdulilah…….. bertambah lagi usia anak sulung saya Muhammad Danial.
Sudah berusia 10 tahun dah……. tahun depan Darjah 5… macam tak percaya dah semakin membesar dah…
Lagi 2 tahun kemudian menginjak ke sekolah menengah pula
Buat masa ini, Danial tiada di rumah. saya hantar dia ke KEM di Melaka. Minggu ini adalah minggu terakhir. 21.12.2014 ini selesai la kem cuti sekolah untuk Danial.
Semalam, sempat la saya bawakan KEK COKLAT untuk di jamu bersama rakan-rakan di kem tersebut. Walaupun hanya kek coklat sahaja… mereka suka makan. Mungkin sebab dah lama tak makan kek kot. Makanan kat sana macam stail asrama la.. nasi goreng, ayam goreng, mee goreng..hehehe
Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
Tak sabar nak menjemput Danial dari KEM. My IR dah terasa sunyi di rumah tak ada Danial. Zulfadhli pun kekadang cakap rindu ngan abang nya. Huzaiman kalau berjumpa dengan abang nya.. kemain suka.
Saya?? susah nak cakap.. semua perasaan ada.. tapi pergi demi kebaikan diri nya.. saya gembira dan tak perlu susah hati.
Apa-apa pun, saya harap Danial mendapat ilmu sepanjang berada di kem tersebut. Semoga anak saya membesar dengan sihat, mendapat ilmu dunia dn akhirat serta sentiasa menjadi kebanggaan keluarga dan negara.
Selamat Hari Jadi Danial yang ke 10!
selamat hari lahir Danial…semoga jadi anak yang soleh…
Selamat menyambut hari lahir. Sebaya dengan anak saya yang nombor 2.
Happy belated birthday abang danial. Smg membesar sbg anak yg berbakti pada org tua, bangsa dan negara