Selamat Hari Jadi Danial yang ke 10!

Alhamdulilah…….. bertambah lagi usia anak sulung saya Muhammad Danial.

20141214_143108

Sudah berusia 10 tahun dah……. tahun depan Darjah 5… macam tak percaya dah semakin membesar dah…

Lagi 2 tahun kemudian menginjak ke sekolah menengah pula

Buat masa ini, Danial tiada di rumah. saya hantar dia ke KEM di Melaka. Minggu ini adalah minggu terakhir. 21.12.2014 ini selesai la kem cuti sekolah untuk Danial.

Semalam, sempat la saya bawakan KEK COKLAT untuk di jamu bersama rakan-rakan di kem tersebut. Walaupun hanya kek coklat sahaja… mereka suka makan. Mungkin sebab dah lama tak makan kek kot. Makanan kat sana macam stail asrama la.. nasi goreng, ayam goreng, mee goreng..hehehe

Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri

20141214_144825

Tak sabar nak menjemput Danial dari KEM. My IR dah terasa sunyi di rumah tak ada Danial. Zulfadhli pun kekadang cakap rindu ngan abang nya. Huzaiman kalau berjumpa dengan abang nya.. kemain suka.

Saya?? susah nak cakap.. semua perasaan ada.. tapi pergi demi kebaikan diri nya.. saya gembira dan tak perlu susah hati.

Apa-apa pun, saya harap Danial mendapat ilmu sepanjang berada di kem tersebut. Semoga anak saya membesar dengan sihat, mendapat ilmu dunia dn akhirat serta sentiasa menjadi kebanggaan keluarga dan negara.

Selamat Hari Jadi Danial yang ke 10!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply