Jom tonton The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water

Eh..eh….dah masuk cuti sekolah la… wah.. tak perasan pula dah cuti sekolah. Jadi apa planning dengan anak-anak? Bercuti ke mana? Haaa….. kalau tak ke mana-mana, boleh la bawa anak-anak menonton wayang The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water

sponge bob

The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D | Siapa yang tak kenal dengan Plankton kan. Si kecil yang berwarna hijau yang juga pemilik Chum Bucket. Misinya ada lah untuk mencuri resipi rahsia Krabby Patty dari saingan perniagaan nya iaitu Mr. Krabs, pemilik Krustry Krab.

Di Bandar dasar laut di Bikini Bottom, Krusty Krab telah diserang oleh Plankton dengan makanan2 gergasi yang tujuannya tuntuk mencuri formula. Dalam masa yang sama, Plankton menggunakan dirinya sebagai umpan. Tapi…Plankton yang menjadi umpan itu hanya sebuah robot untuk mengaburi mata Mr. Krabs. Plankton yang sebenar sedang meyusup masuk ke dalam bilik kebal Mr. Krab untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty. Malangnya…SpongBob sempat menangkap Plankton yang sedang mencuri formula tu. Berlaku lah perebutan dan pergelutan antara Plankton dan SpongeBob.

Tetapi….haaaaaa…Formula tu hilang secara tiba². Di sinilah bermulanya hura hara di Bikini Botton. Bekalan Krabby Patty dah habis. Formula rahsia dah hilang. Tanpa formula rahsia, SpongeBob tak boleh nak buat Krabby Patties. Pelanggan dan jadi kemaruk dan merusuh sebab tak dapat makan Krabby Patty dan mereka mula menyalahkan Plankton kerana mencuri formula rahsia yang sebenarnya hilang secara tiba2. Hanya SpongeBon yang percaya Plankton tak bersalah.

Maka bermulalah kerjasama antara Plankton dan SpongeBob untuk mencari kembali formula rahsia yang hilang tiba2. Mereka mencipta mesin masa yang boleh membawa mereka kepada masa sebelum formula rahsia tu hilang. Bermulalah perjalanan mereka merentas masa. Tapi bukan masa sebelum tu, perjalanan mereka jaun ke masa depan si mana mereka bertemu dengan Bubbles, Ikan lumba² yang ajaib yang tugasnya menyelia kosmos. Akhirnya mereka Berjaya mendapatkan semula formula, tapi formula tu adalah palsu.

Haaaaa…Mana perginya formula rahsia tu? Macam mana SpongeBob SquarePants, Patrick Star, Squidward Tentacles, Mr. Krabs dan juga Sandy Cheeks boleh sampai ke daratan sedangkan mereka tak boleh hidup tanpa air kecuali Sancy Ckeeks. Siapa Burger-Bread the Pirate?

haaa………. apa lagi.. cepat2 la ke Panggung Wayang… dah di tayangkan pada 5 Mac 2015 hari tu
 SAMSUNG CAMERA PICTURES
haaa……… kami dah tengok

Memang sangat seronok.. dan best.. nak pula dalam bentuk 3D

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Anak-anak suka la.. sebab dapat juga jumpa karektor Spongebob…

Memang bergambar la kan……hehehe

Eh..eh.. sebelum tu. nak bagi tahu juga… boleh muat turun permainan SpongeBob: Sponge on the Run yang boleh di dapati di PLAY STORE untuk telefon android.

spongebob_hero
Macam-macam game yang boleh di terokai…

Antara ciri-ciri yang terdapat di permainan ini adalah :

• Suai padan kan SpongeBob dengan kostum unik seperti Caveman dan Pirate
• Main melalui lokasi ikonik termasuk Bikini Bottom, dahsyat Bikini Bottom, Jelly Ikan Medan dan di pantai dunia sebenar
• Perjalanan antara lokasi dengan mesin masa Plankton ini
• Menjadi Super SpongeBob dan ‘ketuk’ semua  yang keluar daripada jalan SpongeBob tersebut
• Tingkatkan kuasa dengan Plankton menggunakan perisai dan magnet
• dialog lucu antara SpongeBob Plankton dan pihak lawannya
• Bandingkan jarak dan markah selepas larian anda dengan pemain lain (untuk iOS dan Amazon sahaja)
• Custom animasi dan suara Pengambilalihan dengan SpongeBob Plankton dan dicipta hanya untuk permainanSpongeBob: Sponge pada Run telah dibangunkan oleh Playside Studio.

Jadi.. apa lagi.. jangan lupa menonton wayang serta memuat turun aplikasi ini ya..!!

Are you ready kids?
Aye-aye captain.
I can’t hear you…
Aye-aye captain!
Oh! Who lives in a pineapple under the sea?
SpongeBob SquarePants!
Absorbant and yellow and porous is he!
SpongeBob SquarePants!
If nautical nonsense is something you wish…
SpongeBob SquarePants!
Then drop on the deck and flop like a fish!
SpongeBob Squarepants!
Ready?
SpongeBob SquarePants! SpongeBob SquarePants! SpongeBob Squarepants!
SpongeBob… SquarePants! Hahaha! Ahh ha ha ha!

The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D ini akan akan memulakan tayangannya pada 5 March 2015. Untuk movie trailer, boleh tengok kat [SINI]. Untuk info filem, boleh tengok kat [SINI]. Kalau nak tau pasal rancangan² di NICKELODEON, boleh terjah [FB Nickelodeon].

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply