Semalam ambik cuti 1 hari… bawa anak-anak berjalan keliling KL.
Ingatkan nak naik LRT, monorel… tapi memandangkan macam malas pula nak turun naik pastu jalan-jalan… maklum la walaupun pengangkutan awam ada.. tp nak ke tempat-tempat menarik sekitar KL kene jalan jauh kot…
Bawa pula 4 orang anak… perghhhh.. jenuh ok. sebab nak kene kawal mereka seorang diri….hehehe
Pepagi, saya bawa anak-anak sarapan dahulu. Kasi kenyang perut suapaya mereka tak meragam.. kang macam- macam lak drama nanti..hahha
Destinasi Pertama – Menara KL
Tak naik ke atas pun.. hanya kat bawah sahaja. Kononnya nak ke Culture Village kat situ.. tapi di tutup lak. Jadi hanya sekitar kawasan situ jer la jalan-jalan…
Kos : RM3.00 ( parking)
Destinasi ke-2 : Tugu Negara
Parking kat depan.. pastu naik tangga naik ke atas…
Haaaaaa… jumpa pun TUGU NEGARA…….. kali terakhir datang masa tahun 2007.. masa tu ngah mengandungkan si Iskandar..hehehe
Kos : Tiada bayaran
**********************************
***************
*******
Pastu masuk waktu makan…… kebetulan berada berdekatan JKR… apa lagi, call my IR suh banjer makan. Nampak tak penjimatan di situ.. makan tengahari di taja oleh suami…. wakakaka
Kemudian kami teruskan pengembaraan lagi..hahaha
Destinasi ke-3 : Memorial Tuanku Abdul Rahman
Tak ada orang pun nak melawat tempat2 begini… sangat senang nak ke sini. Betul-betul depan Sasana Kijang. Jadi masuk .. jalan-jalan.. tak leh ambik gambar la kat dalam ni…….hehehe
Kos : Tiada bayaran
Destinasi ke – 4 : Dataran Merdeka & Bangunan Sultan Abdul Samad
Berhenti aja tepi jalan tu kejap…….
Sebab nak ambik gambar jer kan.. bukan nak jalan-jalan… hahahaha….
Dulu ingat lagi depan dataran ni ada pasar malam…. seronok kot.. pas beli makanan.. lepak dataran.. sekarang ni nak g pun dah malas… hahahaha
Kos : Tiada bayaran
Destinasi ke – 5 : Setesen Keretapi Tanah Melayu
Masa nak ke sini.. melilau gak cari parking…… penuh dan berbayar…
Sekali lalu belakang kat Platform 4 tu…. open parking… apa lagi.. park kete.. terus masuk dalam KTM.. ingatkan nak naik keretapi. Tapi masa dh suntuk… takut nanti pulang jalan jem lak kan..hahaha
Jadi kita ambik gambar jerla.. lainkali la kita naik yek anak-anak
Kos : Tiada bayaran
Destinasi ke 6 : Galeri Kuala Lumpur
Masa lalu nak menuju ke KTM tu baru perasan Galeri ni la rupanya ada signboard I LOVE KL tu….hahaha
Jadi lepas g KTM pusing balik patah ke sebelah Dataran Merdeka…. memang tak der tempat parking pun situ.. khas untuk pelancong sahaja… tapi tanya guard nak park kejap sebab nak ambik gambar jer…
Dapat la kan parking…heheheh
Kos : Tiada bayaran
Destinasi terakhir : Splash Water, The Mines
Selepas pusing KL kami pun pulang…… dari Dataran terus masuk Parlimen lalu Sg Besi, masuk balik Salak Selatan…hahahha
Singgah kejap ke The Mines.. bawa anak-anak sejuk kan badan kejap….
Penatkan ronda-ronda walaupun dalam kereta kan…jadi singgah The Mines pas mandi manda leh la terus makan malam kan….. sekurang-kurang nya sampai umah terus lena la anak-anak yek…
Kos :
RM1.00 (parking)
RM40.00 (makan malam)
Siapa kata pusing-pusing KL memerlukan kos yang tinggi….. kene pandai cari tempat menarik dan juga tempat yang tidak memerlukan bayaran.
Nak pusing-pusing 1 KL dalam masa sehari memang tak cukup….. banyak tempat-tempat menarik ok.. jadi pandai-pandai la pilih untuk di kunjungi…
Jumlah kos keseluruhan :
Tiada ternilai… kerana dalam masa 1 hari dapat meluangkan masa bersama anak-anak walaupun hanya sekejap. Lupa sebentar kerja dan juga kepenatan melihat anak-anak gembira walaupun saya tak bawa mereka bercuti jauh-jauh..Jadi bawala mereka sementara kita masih ada masa dan juga sementara anak sedang membesar…..
Jadi…… apa program korang bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah ni? Minggu depan anak-anak dah masuk sekolah. Nanti kalau ada karangan…… boleh la anak-anak bercerita mengenai pengalaman berjalan sekitar KL kan?
Korang asal mana? Key Ell ker?? hahahahaaaaaaaa
Seronok bala tentera dibawa berjalan-jalan. Nasib baik emaknya tidak asyik nak interframe jer. 🙂
Hahaha…bab karangan tu tak blh tahan…..KL memang besttt