Ujian Kelayakan Sekolah SRAI

Eh..eh… dah 9 Ramadhan….. lagi 20 hari lagi kita akan berpuasa.. pastu RAYA!! hahahaha

Pada Ramadhan ke 3 iaiatu Sabtu 20.06.2015 yang lalu, Zulfadhli kene g ujian menduduki tahun satu di SRAI….

Untuk anak no 3 ni, saya cuba tempat untuk dia.. abang-abang nya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat… kalau tak der rezeki di SRAI tak apa.. Zulfadhli tetap boleh bersekolah di SKJ4 tu.. saya tak kisah…hehehe

Jadi.. pada hari sabtu tu, berpagi-pagian la ke SRAI… seawal 8.00 pagi dah sampai sana….

Sebelum tu kene bawa la kertas pendaftaran masa daftar temph hari…

Anak saya no 116….

 

Haaa……. sekali tengok dapat kelas no 4.

Saya tak ingat ada berapa kelas pada hari tersebut… tapi yang nyata seramai 538 pelajar yang menduduki ujian kelayakan sekolah (UKS).

Memang ramai… jadi cuba fikirkan.. parking memang penuh… pastu ibubapa semua datang kan…hehehe

 

Lepas dah tahu kelas mana….. terus saya hantar Zulfadhli ke kelas ujian tersebut…

Semua pelajar dah duduk di tempat masing-masing… lepas hantar saya terus jer turun.. sempat la bagi kata-kata semangat.. suh dia jawab jer semua soalan walaupun tak tahu…hahaha

Ujian tersebut bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11 pagi.. 2 ujian.. iaitu ujian menulis dan ujian lisan bacaan…

Saya tak tahu anak saya boleh atau tidak.. tapi kalau ikutkan dia memang rajin baca dan menghafal surah2 di rumah…hehehe

Jangan tak tahu.. kalau solat, saya tugaskan Zulfadhli baca doa selepas solat sambil di aminkan oleh abang dan ayahnya tau…heheheh

 

Lihatla.. ramai kan ibubapa hadir menghantar anak-anaknya…

Tapi tak boleh pun tunggu depan kelas kan.. nanti menggangu kan pelajar… jadi semua kene tunggu di bawah dan mendengar taklimat ringkas mengenai sekolah.

Saya datang ngan Huzaiman.. sebab myIR kene g ambil kad laporan KAFA abang-abang nya pula.. jadi terpaksa buat 2 kumpulan..hahaha

Dalam jam 10.45 pagi… ada yang selesai.. jadi ramai la juga ibubapa g jenguk anaknya…

Saya naik tapi ngintai jer.. pastu tunggu kat tepi.. tau2 dia dah keluar cari saya… maksudnya ujian nya dah selesaia walaupun ketika itu ramai lagi yang belum selsesai ujian lisan…hehehe

Naik jer kereta tanya semua leh jawab ker tidak…. Zulfadhli kata jawaaaaaaaaaaaaaabbbbbbbbbbbb hehehe

Tak perla… ada rezeki ada lah kan.. kalau tak ada.. sekolah lah bersama abang-abang nya…hehehe

Jadi kita tunggu jerla keputusan ujian ni pada 10.07.2015 nantiiii.. sama ada berjaya atau tidak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply