Esok adalah peperiksaan UPSR bagi pelajar Tahun 6 yang akan berlangsung selam 3 hari bermula dar 8.09.2015 – 10.09.2015…. dan ramai mengatakan tahun 2015 adalah tahun terakhir bagi UPSR.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah, merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di negara ini. Ia diperkenalkan pada 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif di samping terdapat juga soalan objektif. Matlamatnya untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris selain Bahasa Malaysia dengan berpandukan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Peperiksaan yang ada kini, UPSR menggantikan PPDL; mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP dan menyesuaikan SPM supaya selaras dengan kehendak KBSR dan KBSM, lahir daripada Pelaksanaan Laporan Kabinet (1979) sekaligus memberikan penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum sejajar Falsafah Pendidikan Negara.
“Namun mengambil kira pemerhatian dan kekhuatiran banyak pihak bahawa pelajar kita terlalu ditekan berorientasi peperiksaan, sangat molek jika UPSR tiada lagi selepas ini. Lebih parah, kalau orientasi UPSR terlalu akademik hingga berlaku kebocoran kertas peperiksaan, maka akibatnya akan dibawa ke PMR. Pelajar-pelajar UPSR khususnya di kalangan Melayu berlumba-lumba mendapatkan 5A untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).“
– Astro Awani
Tahun depan anak saya Danial akan berada di Tahun 6. Tak tahu la apakah nama ujian yang bakal dia hadapi. Maklumla.. tahun 6 adalah tahun penentu untuk memasuki sekolah menengah di mana akan melalui lagi cabaran untuk belajar lagi..hehehe
Tak kisah la apa ujian, saya berharap anak saya berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi tak kira apa pun.
Untuk pelajar Tahun 6, selamat menjawab peperiksaan dan selamat berjaya!
Apa jenis peperiksaan anak-anak membuat ibubapa tidak senang duduk. 🙂
Selamat berjaya untuk anak-anak yang menghadapi UPSR terakhir tahun ini 🙂