Sekolah dicutikan gara-gara J E R E B U !

Sabtu dan Ahad lepas, IPU memang tak sehat sungguh la.. kelabu jer permandangan

Paling teruk hari Ahad… jam 6 pagi 220, tak sampai 3 jam terus naik ke 238

Maka, semalam KPM terus umumkan cuti sekolah gara2 jerebu. Pelajar sekolah di cutikan selama 2 hari iaitu 05.10.2015 – 06.102.2015.

Semua sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan diarah tutup dua hari bermula esok ekoran situasi semasa jerebu yang semakin buruk. 

Menyentuh tentang peperiksaan awam, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula minggu depan, kata Mahdzir, kementerian tidak berhasrat menangguhkannya.

Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan.

Jelas beliau, sebagai langkah persediaan kementerian akan melaksanakan Ops Topeng dengan Jabatan Pendidikan negeri dan sekolah akan mengambil langkah membekalkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing.

Peperiksaan PT3 dijadual berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober ini, SPM (2 November hingga 8 Disember), STAM (17 hingga 24 November) dan SPTM (November).
– Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Itu sekolah kerajaan…manakala bagi pelajar sekolah agama pula mengalami kesulitan berikutan sekolah di tutup pula.

Sepatutnya hari ini ada Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi Tahun 5… dan terpaksa di tangguhkan pula…

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
  2.  Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
  3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
  4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
  5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015) selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.
  6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

Sekian
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

*****************************************
**********************

Agak-agak bila la akan hilang jerebu ni yek?

Sebab segala perancangan terganggu.. jika begini la keadaan nya.. sekolah ditutup, pelajaran tertangguh, peperiksaan di tangguh.. bagaimana kalau mereka yang dah merancang perkara lain… mesti akan berubah juga perancangan nya kan?

Banyak faktor perlu di ambil kira akibat jerebu ni……

emmmmmmmmmmm……………………….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply