Siapa layan drama Menongkah Kasih?? hahahaha
Sinopsis :
Saksikan lakonan mantap Zarina Zainuddin sebagai Datin Rahmah yang sibuk mengejar harta di usia muda sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa dan Riyana menerusi drama bersiri baharu, Menongkah Kasih terbitan Sha’s Media di slot Azalea.
Membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Zarina Zainuddin (Datin Rahmah), Ana Dahlia (Reffa), Ayda Jebat (Riyana), Aidil Aziz (Aidil) dan Beego (Hilmi), Menongkah Kasih sebanyak 20 episod ini merupakan arahan daripada Ayie Mustafa dan nukilan skrip daripada Siti Solehah.
Bermula tahun ini, slot Azalea akan disiarkan di TV9 seminggu lebih awal daripada TV3. Menongkah Kasih telah mula menemui para penonton TV9 pada 26 Januari 2016, setiap hari Selasa hingga Jumaat, pukul 8.30 malam. Di TV3 pula, drama bersiri ini akan mula disiarkan pada 1 Februari 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang.
Dek kerana mementingkan kerjaya dan urusan syarikat yang ditubuhkan oleh arwah suami, Datin Rahmah selalu sibuk dengan kerja sehingga menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Kadang kala, Datin berasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid kesemuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar.
Reffa bekerja di syarikatnya tetapi mereka jarang pergi kerja bersama-sama. Riyana pula seorang yang suka memberontak dan sering berpeleseran dengan kawan-kawan yang hanya mahu mengambil kesempatan atas kemewahan hidupnya.
Datin Rahmah telah menolak lamaran Azri, pekerjanya yang mahu mengahwini Reffa. Walaupun Datin memang menyukai kebaikan dan keperibadian Azri yang sudah dianggap seperti anak sendiri tetapi Datin masih mementingkan darjat dan status. Datin juga bergaduh dengan Reffa yang cuba mempertahankan Azri.
Sejak itu, Reffa murung dan menjadi seorang pendendam. Lebih merumitkan keadaan apabila Datin memberitahu yang dia telah merancang untuk mengahwinkan Reffa dengan anak kawan baiknya iaitu Hilmi. Reffa berkata dia sanggup mati daripada berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai. Reffa menunjukkan protes dengan tidak masuk ke pejabat dan tidak bercakap dengan Datin Rahmah. Azri telah diberhentikan oleh Datin Rahmah.
Riyana pula telah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan bebelan Datin Rahmah. Dia telah menumpang di rumah teman lelakinya, Aidil. Riyana tidak sedar bahawa Aidil sebenarnya seorang yang suka berfoya-foya dan hanya mahukan duit daripadanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Aidil sehinggalah terjadi satu perisitiwa hitam yang akan merubah hidup Riyana.
Walaupun dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, Datin Rahmah kesunyian apabila anak-anak tidak mahu bersamanya menguruskan syarikat. Penyesalan yang tidak berkesudahan membawa Rahmah pulang ke kampung untuk memperbetulkan kesilapan lampau namun dia menerima kejutan dengan kemunculan anak tirinya yang sangat baik budi.
Masihkah ada peluang kedua bagi Datin Rahmah untuk membetulkan kesilapan lampaunya? Teruskan menonton Menongkah Kasih pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 8.30 malam di TV9 dan juga nantikan siarannya di TV3 bermula 1 Februari 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 2.00 petang.
Sebenarnya suka layan citer ni…..tapi tak sempat nak tengok…. Kalau TV3 jam 2 petang… kalau TV9 jam 8.30 malam time anak2 tgh wat keje sekolah…hahaha
Layan online aja la… syok pula citer nya.. dah episod ke 14 dah… ada lagi 6 episod…
Masuk episod ke 14 baru tahu bagaimana Datin Rahmah masa muda dulu…hahahaha.. Jadi kene la tengok lagi beberapa episod untuk faham jalan citernya…
Tak sempat tengok kat Tv.. leh jer google… ramai kot online dah….hehehe
Ini tentu semua settle sebab tak nak ada gangguan ketika menonton. 🙂