[RESEPI] Aiskrim Slime-sicles KCA

Demam Nickelodeon’s Kids Choice Awards (KCA) semakin kemuncak ni…. semua sebut pasal NKCA kan….

Jadi untuk menyejukkan badan.. mari kita cuba beberapa resepi dari KCA pula.. nanti masa siaran langsung KCA tu.. boleh la kita buat kudap-kudapan tu kan…
RESEPI Aiskrim Slime-sicles

Bahan-bahan nya :

  • Gula
  • Buttermilk
  • Parutan kulit lemon
  • air jus lemon
  • sedikit garam
  • setitik dua pewarna hijau
Erk… itu antara bahan-bahan nya… 
Maka setelah saya sediakan bahan nya.. Danial nak tolong pula, tapi Huzaiman kacau pula…

Dia sibuk gak nak satukan bahan-bahan tersebut

Dah suh duduk jauh-jauh nak gak tolong.. rajin sungguh

Setelah bahan-bahan di satukan…

Saya perasan kenapa macam sikit lak kandungan nya kan…

Bila saya satukan dalam bekas.. dapat 1 cawan.. aik pelik ni..hehehe

Jadi saya bungkus dalam plastik aiskrim tu.. dapat 1 batang dan lagi 1 tu setengah jer..hehehe

Lepas tu kan.. saya belek balik resepi.. rupa-rupanya salah sukatan pulaaa….. adehh tension tul wei,….
Sebenarnya bahan-bahan nya adalah seperti berikut :
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan ai jus lemon
  • 2 sudu besar parutan kulit lemon
  • sedikit garam
  • 1 1/4 cawan buttermilk
  • sedikit pewarna hijau (kuning + hijau)
Cara-caranya
  • Memula campurkan gula + air jus lemon + parut kulit limau dan pukul sehingga sebati
  • kemudian tambah buttermilk dan pukul lagi 
  • tambah kan pewarna hijau (boleh beli kat kedai bakery jer)
Bila dah belek balik rupa-rupanya saya terkurang buttermilk .. sepatutnya sukatan 1 1/4 cawan, tapi saya bubuh 1/4 cawan aja.. tu pasal sedikit dapat dan warna hijau menjadi pekat…sepatutnya jadi warna hijau cair sikit…

Sepatutnya jadi macam gambar kat atas ni… tapi tak apa.. saya akan cuba lagi… jadi pada korang.. jangan tak cuba ok resepi nya….

Mesti sedap kalau betul2 ikut sukatan ni.. macam kat website KCA tu. Boleh la makan sambil menonton Astro Nickelodeon Channel 612 sempena 2016 Kids’ Choice Awards pada 14th March jam 11.30 pagi tau.

Ohya.. bukan ini aja resepinya.. sebenarnya pelbagai.. kalau nak tahu resepi yang lain, boleh la layari KCA2016 yek…
Selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply