Pendaftaran Huzaiman ke SKJ4 bagi Tahun 2018

Wah……… Huzaiman nak masuk darjah 1 ko… tapi lambat lagi la.. Tahun 2018..hehehehe

Tepi macam biasa… permohonan pendaftaran Darjah 1 bg tahun 2017/2018 dah buka yek….

Dulu masa zaman-zaman Danial, Iskanar dan Zulfadhli.. masih lagi pakai portal https://esppsel.moe.gov.my/

Tapi kini Kementerian Pendidikan Malaysia dah upgrade weii… sekarang dah ada portal baru.. lagi canggih manggih… (ye ker?)

Sistem esppsel akan ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016.
Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan dimaklumkan melalui sistem yang baharu daripada KPM.
Sila layari laman sesawang http://public.moe.gov.my untuk makluman dan keterangan lanjut.
Admin esppsel ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan jutaan penghargaan kerana menggunakan aplikasi esppsel selama ini.

Admin esppsel
04. 01. 2016

Jadi untuk pendaftaran baru.. kene la masuk ke laman web :

https://public.moe.gov.my/

Sebelum tu mohon DAFTAR dulu yek…

kang tak daftar macam mana nak masuk lak…hehehe

Cara daftar? ishk.. takkan nak ajar kot… klik jer.. nanti ada la arahan selanjutnya… tapi kene ingat yek.. pendaftaran menggunakan nama ibubapa sahaja… sbb nanti sistem akan terus detect maklumat melalui no kad pengenalan ibubapa terus.

Dah daftar segala bagai nanti nampak 2 menu..

1 menu tuk ke sekolah kawalan menengah.. ha yang ni nanti Danial boleh la isi. maklumla. tahun depan Tingkatan 1.

Lagi satu menu tuk Tahun 1.. klik jer yang itu

Macam biasa lagi…

Kene la mohon baru dulu… kene isi segala butir2 anak yek… segala butir2 peribadi ibubapa…

Nanti bila dah isi … HANTAR.. kemudian baru ada 2 menu macam kat bawah ni…

Nanti bila nak semak.. boleh klik menu tersebut…

Kuar la paparan seperti di atas…

So setakat ni.. baru 1 jer tanda HIJAU.. maksudnya masih ada lagi beberapa step tau… jangan lupa lak.. pas isi.. print dan hantar ke sekolah rendah yang di daftar untuk pengesahan pula…

Kang tak pepasal.. tak di terima lak di sekolah yang di pohon…

Ok… tunggu tahun depan lak.. nanti kita semak lagi apa pula perlu di kemaskini lagi…

sekian sahaja potpet dari saya untuk pendaftaran tahun 1………..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

  1. akubiomed says:

    Sudah beberapa kali Kementerian Pendidikan Malaysia ubah sistem. Hairan ada sesetengah sekolah tidak perlu ibubapa isi diportal dengan pihak sekolah uruskan. Terfikir ibubapa yang tidak celik IT macam mana yer?

    Percayalah lepas buka sekolah akan isi semula borang yang pernah diisi didalam portal dengan borang pula. Pengalaman saya tetapi tidak ibubapa lain.

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply