anak saya yang no 2 ni suka menyimpan duit… kurang sangat berbelanja kalau ada extra duit.. bagi duit belanja RM2.. balik pun bawa balik RM2 tuk simpan dalam tabung… dengan syarat.. dia kene bawa bekal la.. baru boleh simpan
Jadi dia simpan la duit sehingga la duit nya dah dekat RM100.00.. tanya dia nak beli apa.. dia cakap nak beli BASIKAL… ok.. saya suh simpan lagi…
Bila duitnya dah mencecah RM150.00 dia kata dah banyak.. kemudian tukar pula impian nak beli ROLLERBLADE pulak…saya suh cakap ngan ayahnya la… hehehe
Bincang punya bincang.. dia siap buat research dalam utube cara-cara pemakaian rollerblade tu koo… gigih ker tak gigih…
Akhirnya… minggu lepas pergi la cari untuk dia.. sebab hari-hari dah tanya bila nak g beli kan..hehehe. Pergi la ke Kajang.. ingatkan ada.. pastu g pula ke kedai Al-Ikhsan lak.. pun x ada…
Sudahnya pergi ke PKNS Bangi jer…hehehe
Tu dia.. rambang mata dia ok…
Macam biasala.. sebagai ibubapa.. beli yang biasa-biasa jerla.. sebab dia x pandai lagi.. tak yah beli yang mahal-mahal kan…
Selepas pilih mana berkenan.. dengan warna sekali.. belila dia…suka la dapat beli..hahah senyum kemain lebar ko..
Sampai rumah.. tak sabar-sabar nak main.. saya kata petang baru g taman la nak main…
Tapi hujan pula.. sudahnya dia berlatih dalam rumah jer.. mujur la rumah besar kan..hahaha.. dapat la dia balance kan dirinya masa main.. jatuh jangan cakap la banyak kali..hehehe
Tak per.. nanti hujung minggu ni kita main kat taman pula yek…
Musim roller blade ni skrg ni.. Anak2 buah pon dok berzikir kat bapaknya nak roller blade ni, hehe~
Kena pad perlindungan. Pertama kali main mesti jatuh sebab tidak pandai imbang badan.