Samyang Hot Chicken Ramen

Wah…… sejak dua menjak semua duk pakat2 beli mee ramen korea ni wei… tak leh jadi ni.. saya pun mencari-cari gak…

Puasla g cari..
G Giang–> tak ada
G Mydin –> lagi la tak ada
G Jusco Aeon –> pun tak ada
G Aeon Big –> tak ada gak

Sana sini la g cari….. pastu berhenti kejap.. sebab letih gak mencari…hahaha

Pastu semalam g balik ke Alamanda Aeon Big tu kan… ha ko…. tetiba nampak ramai memborong Samyang ni…

Terus berkejaran g cari ko…hahahaha

Akhirnyaaaaaa……………………..

Puas hati dapat gak jumpaaaa

Beli 1 bungkus… pastu masuk FB ramai lak kirim…

eh..eh.. kirim hengat letak harga sama ker?? mesti la tak…

Kat internet ni.. harga nya :

Sebungkus (5 pek) – RM 33.00 + RM 9.00 postage
Sepeket : RM 7.00 + RM 9.00 postage

Ko tengok..letak la harga macam mana.. laku ko derang nak beli.. sebab stok susah nak dapat tau…

Ohya…sebelum wat spekulasi yang bukan-bukan.. mee korea ni HALAL ok…

*********************

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal.

Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini.

“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.

“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi.

Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan  sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jakim siasat status halal mi segera dari Korea]

Sebelumnya, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan mi segera itu.

“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.

Sebelum ini, mi segera Samyang tersebut menjadi popular akibat ramai yang menyahut cabaran untuk mencuba tahap kepedasannya.

Info : Jakim sahkan Ramyeon Samyang halal

******************************

Ok… nanti nak cuba rasa….

Ramai cakap PEDAS koo… jadi nak gak tahu sedap ker?? hahaha…

Gilerla..pest time makan mee mahal ko.. selalu makan mee maggi jer yg 5 bungkus RM4.00 tu…hahahaha

Tunggu next entry la yek…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

  1. MamaJue says:

    Sumijelly kita dah makan samyang ni.. ok la tak la pedas sampai tak leh abis kan.. pedas tu hujung2 bibir jer.. sapa yang makan pedas ok jer.. hehehe.. tp hat serbuk ada hitam2 tu jue tak lalu.. hahaha bau pun nak pengsan.. kekekek

Leave a Reply