Tukar kad Debit CIMB yang baru bagi tahun 2016

Baru-baru ni saya dapat SMS dan juga emel untuk menukar kad Debit CIMB …

rupa-rupanya… kad saya tamat pada bulan Ogos 2016

Sapa masih lagi pakai kad yang pertama tu? kad kosong… tanda tanpa debit kad…???

Jadi sapa yang menggunakan kad debit yang ada tanda mastercard tu.. boleh la belek-belek kad tu sekarang… tengok tarikh tamat kad nya….

Terus saya ke CIMB Bank yang terdekat untuk penukaran kad debit ni….

Senang nya nak berurusan.. pergi ke kaunter nombor cakap nak tukar kad debit.. pastu isi borang.. ambik nombor.. tunggu nombor di panggil..bagi kad lama dan IC kemudian terus dapat kad baru masa tu gak…

Taraaaaaaa…. saya dah dapat kad debit yang baru….

Amboi.. ada simbol macam leh sentuh jer kad ni.. Pegawai bank kata.. lepas ni kene paki no pin jer… tak yah sign-sign lagi dah…

Tapi selalunya kalau saya pakai kad debit ni.. tak pernah pun isi pin nombor.. selalu kebanyakkan sign jer…hehehe

Ok.. pasni kita tengok masih pakai signature ker pin pula…?

Ok.. saya dah tukar? anda bila lagi?

Lepas ni.. kad Maybank pula kene tukar.. maka tunggu arahan baru tukar la…heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Nad Ah Jung says:

    Kalau tak guna mastercard tu (i guna yg kad debit biasa) still perlu tukar for new one?? Lagipun saya tak dpt sebarang mesej di phone ataupun mail.. kalau tak tukar sebelum tahun baru mesti kena denda kan?

  2. Mohd Adha Mohd Zain says:

    Ni pulak cara untuk tukar kad debit Maybank. Tak perlu pergi ke kaunter bank.

    Anda boleh mengarahkan pihak Maybank menghantar Kad MyDebit yang baru terus ke rumah / pejabat anda.
    CARANYA:
    – Login https://www.maybank2u.com.my
    – Pergi ke home
    – Klik Card Management
    – Klik ATM/ Debit Card – Active or replace your card
    – Akan keluar Replace your Card, klik “replace card”
    – Masukkan alamat penuh rumah atau pejabat yang selamat untuk terima kad
    – Buat pengesahan dengan “request for TAC”
    – Masukkan nombor TAC
    – Jika Berjaya, anda akan terima mesej pengesahan “Your request to replace ATM/Debit card is successful. Card will be sent within 14 working days”

    http://myadha.blogspot.com

  3. Gabi says:

    Kena bayar tak kalo nak tukar kad debit cimb tu? Saya guna yang Ada tanda mastercard tu tapi x de pulak yang mydebit Kat atas tu..

    • x habis2 menyusahkan orh says:

      Haha betul betul..meluat saya nak pegi bank beratur ape la..siap nk borang plak. Pakai je la my kad. Kan maklumat semua ada dlm mykad tu.

  4. sakit hati says:

    saya smpi skrg x dpt…penat beratur…smpi bank tu tutup…datang ari lain..mmg bengang…

    pegi kat KLCC ari sabtu ramai…

    pegi waktu biasa pn sama….sblm ni beratur kat cimb Nilai….org yg urusakn tu siap bole borak2…sorang ambil masa 12-15 min…..patutnya da org ramai cmtu..depa kene pantas…siap beborak bagai…gelak2 mmg x terima…org ramai duk perati je..

Leave a Reply to Gabi Cancel reply