Majlis Graduasi Tahun 6 SKJ4

Wah… beruntung betul anak-anak sekarang kan?

Baru darjah 6 tapi majlis akhir tahun gilang gemilang… majlis graduasi ala-ala konvokesyen universiti tu..hik3

Hari ni adalah hari Majlis Graduasi Danial yang berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya…. saya sempat la berkejaran ke sana sekejap…

Jadi seperti biasa.. mak nya kalau dah blogger.. mesti la nak buat blog kan? hahahaha… jadi meh ler layan gambar-gambar nya yek…hik3

Dapat la juga tengok jap.. lepas habis dia ambik sijil.. bergambar la kejap.. terus la saya balik ke opis.. hehehe

Mujur dekat jer Putrajaya ke Bangi kan?

Cepat jer dah besar kan.. dah 12 tahun.. ishk.. tak sedar dah… dia bakal menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah pula…

Dulu ingat lagi kecik jer dia kan…. pejam celik.. pejam celik.. huhuhuhu

Kenangan ramai-ramai 1 kelas 6C9.. ni pun tak cukup pelajar nya.. mungkin ada yang tak dapat hadir atau x der dalam gambar berlegar2 la tu kat dewan.. pemalu nak bergambar..hik3

Dalam kelas Danial ada 36 orang… ramai juga kan…

Berbeza sungguh 6 tahun yang lalu.. semasa dia baru jer habis Tadika….

Nampak sungguh perbezaan nya.. dulu berisi sikit.. sekarang dah tinggi dan kurus dannnn semakin gelap……hehehehe

Apa-apa pun ibu doakan semoga Muhammad Danial dapat menimba ilmu tak kira di mana jua berada…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply