Gara-gara stesen NGV banyak yang di tutup sementara

29 OKTOBER 2016

PENUTUPAN SEMENTARA BAGI PERKHIDMATAN NGV DI 67 STESEN PETRONAS
PETRONAS 

Dagangan Berhad (PDB) sedang melaksanakan proses penambahbaikan prosedur keselamatan di stesen PETRONAS yang mempunyai fasiliti NGV.

PDB sedang melakukan penutupan sementara bagi operasi NGV di 67 stesen PETRONAS yang terletak di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan pembukaan semula akan diberitahu kelak. Walau bagaimana pun, perkhidmatan bagi produk bahan api lain dan Kedai Mesra di stesen-stesen ini akan beroperasi seperti biasa.

PDB sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan standard keselamatan yang tertinggi di premis kami.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Senarai kemudahan NGV di stesen Petronas yang masih beroperasi dan ditutup sementara boleh didapati di www.mymesra.com.my.

***********************************

Baru-baru ni keluar kenyataan mengenai setesen NGV ditutup sementara…. konon nya sebanyak 67 Stesen Petronas.. tapi sebenarnya melebihi dari 67 stesen tu…

Bila tengok balik kat stesen minyak petronas yang ada NGV tu… kemain panjang beraturnyaaaa………

Untuk mengisi gas sahaja mengambil masa dekat 1 jam lebih untuk beratur.. ada yang sampai 2 jam.. tapi bila waktu isi.. hanya dapat dalam RM 2 @ RM 5 kerana pressure gas makin rendah…

Emm…. kalau la NGV di tutup terus… adakah harga tambang TEKSI akan meningkat juga?? emmm… habis la karier teksi mcm ni kan… pakai minyak memang mahal… kalau guna NGV berbaloi…. cuma kene sentiasa wat penyelenggaraan jerla…

Okla.. saja jer share kisah NGV ni..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply