Menjamu selera di Bear Grille, De Centrum Mall

Lagi beberapa minggu tahun 2016 akan berlabuh.. sebelum tu mari la kita update seberapa banyak citer yang lupa nak dishare… hahaha

Awal bulan Disember tu hari sempat la pergi makan kat tempat baru…. sebab selalu sangat kuar kat timeline FB kan promonya… so.. apa salahnya kita cuba makan di tempat tu

BEAR GRILLE

Restoran berkonsepkan stimbot dan gril dengan konsep berbeza…kedai ini disusahakan oleh En Imran Ahmad Sha’er bersama lima rakannya, dimana pemilik kedai meletakkan dapur di dalam meja, pelanggan yang datang secara berkumpulan sama ada bersama kelurga atau rakan dapat merasai detik ‘main masak-masak’ seperti zaman kanak-kanak bersama dan seterusnya merapatkan silaturahim.

Moh ler tinjau keadaan sekeliling nya……..

Signboard dari pandangan luar…. tak nampak pula sebab x buka lampu… tu yang saya tandakan warna merah tu…hahaha

Emm… mentang-mentang boleh refill… anak-anak suka la kan… sebab leh refill banyak kali tu yang seronok g minum air jer…hahaha

Ok.. mari kita lihat apa menu yang terdapat di situ…

Jadi  memandangkan saya pertama kali datang… saya cuba mana yang di makan dek anak-anak la…  jadi saya pilih CODIERO dan BEARLICIOUS untuk 3-4 orang punya tu…

Makan la di mana-mana… nasi putih tetap tak leh tinggal…hahaha… sebb baru la kene dengan tekak…hehehe

MENU 1

Ini adalah BEARLICIOUS yang sesuai di makan untuk 3-4 orang…

Bearlicious yang berunsur makanan laut dan dimasak dengan sos istimewa… memang sedap sosnya…. sampai ke tekak rasanya.. semua ada.. memang SEDAP la saya cakap.. lain dari yang lain….

MENU 2

Ini adalah CORDEIRO yang sesuai di makan untuk 3-4 orang dan anak-anak gemar makan ni berbanding bearlicious tu.

Cordeiro iaitu campuran daging kambing diadun dengan sos istimewa diminati pelanggan dari negara Timur Tengah. Sos nya memang sedap.. kene dengan tekak anak-anak.. kalau rasa nak bagi untuk kanak-kanak.. menu ini sesuai untuk mereka…

Haaaa.. ko ..licin la kami makan..sedap tak terkata kuahnya… hahahaha. Maklum la makan panas-panas.. kene pula dengan nasi putih.. perghhh… sedap wei…

Selain menu yang saya makan.. jangan risau.. restoran ni ada juga menjual menu ala Thai dan makanan Jepun, teppanyaki. Jadi boleh la makan itu selain setamboat dan gril ni…

Alhamdulilah… anak-anak saya suka makan.. mungkin boleh datang lagi untuk makan cuma mungkin harap ada penambahan sikit dari segi :-

  • Suhu– saya dapati kipas tak ada, kalau dapat letak di dinding kurang sikit terasa panas di dalam kedai.
  • Larangan merokok – masa saya datang.. ada seorang mamat merokok.. padahal dalam kedai..kalau luar kedai saya tak kisah sangat. Saya bawa anak-anak.. jadi kurang selesa dengan pencemaran udara…
  • Hiburan – sementara menunggu makanan tiba.. tak tau nak buat apa.. melangut.. haha.. kalau ada tv tu mungkin kurang sikit kebosanan terutama ada anak kan
So.. rasanya itu jer kot yang mungkin boleh di perbaiki di masa hadapan. Tempat ok … memang mudah di kunjungi, parking banyak di bahagian bawah. Buat masa ni PERCUMA.. mungkin akan datang berbayar…

Lokasi Restoran Bear Grille ini terletak di De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, Kawasan Institusi Bangi, Kajang, Selangor

Alamat:
Bear Grille
A-LG-10, De Centrum Mall,
Jalan Ikram, Bangi – Uniten, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
emel : hello@beargrille.com
call/whatsapps : 012-373 3121
Untuk maklumat lanjut boleh didapati menerusi :

Jadi pada yang ingin mencuba tempat baru.. boleh la datang ke sini!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply