Tarikan terbaru di Kidzania – Pusat Penyelidikan Pembersih Udara dan Pembangunan SHARP

Taman tema kanak-kanak, Kidzania, menjalin kerjasama dengan SHARP Malaysia mewujudkan Pusat Penyelidikan Pembersih Udara dan Pembangunan SHARP di taman tema berkenaan yang juga menjadi aktiviti terbaru yang boleh dinikmati pengunjung.

Pusat penyelidikan itu akan memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai tahap kebersihan udara melalui demonstrasi teknologi pembersihan udara dan bagaimana kualiti udara mempengaruhi kehidupan manusia.

Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, berkata inisiatif itu bertujuan memberi pengalaman kepada kanak-kanak selain melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan sains dan teknologi.

“Kami percaya kanak-kanak lebih bersedia menghadapi dunia sebenar dengan pengetahuan sains dan teknologi kerana mereka adalah masa depan kita,” katanya pada pelancaran pusat penyelidikan itu di taman tema kanak-kanak itu di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Sharproxy Sales & Services Company (M) Sdn Bhd, Tadashi Ohyama.

Majlis berkenaan menyaksikan kerjasama strategik antara Sharp dan KidZania Kuala Lumpur dengan Sharp menyediakan pusat penyelidikan dan kajian pembersih udara yang memberikan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak di taman tema pendidikan berkenaan.

Sementara itu, Ohyama berkata, melalui kerjasama itu, SHARP berharap dapat mendidik generasi muda mengenai pencemaran udara dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjaga alam sekitar.

Antara aktiviti yang boleh dicuba di pusat penyelidikan itu adalah proses penapisan asap dan ujian bau di mana kanak-kanak boleh melakukannya sendiri.

Kidzania menawarkan lebih 100 permainan berkaitan pekerjaan yang menggalakkan kanak-kanak bersedia hadapi alam dewasa pada masa akan datang.

“Kami berharap ia akan menjadi inspirasi kepada pengunjung bagaimana untuk menikmati kehidupan yang lebih baik melalui pembelajaran dan minat serta menjaga alam sekitar,” katanya.

Sempena kerjasama dengan KidZania dan kejayaan yang diraih, Sharp menawarkan promosi bermula 29 Mac hingga 2 April depan bagi setiap pembelian dalam talian pembersih udara Sharp model FUA80EW, pembeli akan diberikan dua unit pembersih udara FPF40LW secara percuma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply