Samarinda Ramadan – Andainya Takdir

Asal Ramadan.. Samarinda la yang selalu di tunggu-tunggu…. suka pasal drama mesti kebabommmmm….

So.. untuk tahun 2017, Drama Andainya Takdir mengambil alih pula…

Sinposis :

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat

Fatihah berasa terpinggir.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

*************************

Sebenarnya saya tak layan pun memalam.. saya layan ulangan.. nak tunggu jam 10 malam memang mata dah kuyu la…

Memang lain dari yang lain… ni lebih kepada cerita kehidupan masyarakat sebenar…. memang berjaya Shukri dan Nina berlakon…

Drama macam ni yang saya suka layan….

Minggu ni.. minggu terakhir.. apa la kesudahan nya…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

  1. Ibu Zaid says:

    Bulan puasa ni memang ibu tak sempat nak tengok drama

    Anak lelaki 2 orang ni buat drama aksi depan mata

    Kita pula jadi drama polis, kejar mengejar

    Ayahnya pula jadi otromen

Leave a Reply