Bila nak ke Johor ni memang tak der masalah… cuma kalau tempat baru saya kurang sikit tau mana hotel terdekat… Jadi.. saya tempah penginapan lagi 3 minggu sebelum bertolak…
Sebab dengan harapan akan terjumpa la yang murah2 ker… mana tau ada promosi sempena nak cuti sekolah kan.. tapi tak ada…
Kali ni tak menginap di hotel.. tapi saya cuba menggunakan Apartment Service di LSE @ Teega Boutique Suites
Sangat senang berurusan dengan pemilik Suites ni….
Tempah melalui Booking.com je… sebab nak cuba juga.. ramai kata boleh dapat murah kan..hehehe
Dapat 2 katil, 1 katil king lagi 1 katil queen… bantal pun cukup… saya siap bawa toto lagi bentang kat tgh2 antara katil tu….
Cukup kot tuk 6 beranak duk serumah kan…
Ada ruang makan, tempat masak dan juga mesin basuh…
Peti ais pun ada…. memang banyak bawa minuman dan makanan semua masuk dalam peti ais jer… senang
Bilik air nya selesa…
Ada air panas… senang nak mandi kalau sejuk
Balkoni di luar di sediakan tempat duduk beserta penyidai pakaian…
Ada tuala mandi, seterika dan juga hair dryer sekali
Suite yang saya duduk ni mengadap jalan raya…
Kalau lagi satu suite mengadap laut, jadi harga agak mahal dalam beberap puluh ringgit la…
Ada kemudahan swimming pool, tempat main snooker dan juga game bola guna tangan…
Boleh la kan… ada juga mainan walaupun x semeriah tempat bedio game
Yang best ada tempat bersenam.. konon nak pergi.. tak pergi-pergi gak… emm.. tengok jerla tempat gym tu dari jauh..heheheh
Pintu masuk memang ada aksess kad…
Nak turun lift menggunaka 2 lift berbeza.. 1 dari parking ke area swimming pool, lagi 1 dari swimming pool ke suite…
Elok la berbeza.. baru ada privacy kan… Nak masuk parking pun pakai kad.. scan macam smart tag je.. lalu jer… best tul
Tempat letak kunci selepas check out… mengikut arahan tuan rumah…
Memang selamat… dan nyaman di sini..
Harga untuk 3 hari 2 malam di Teega Boutique Suite RM 554.44 sahaja
Ok la kan harga untuk sepanjang cuti sekolah..selalu mahal.. berbaloi la dengna kemudahan yang di sediakan…
Yang penting ada swimming pool untuk anak2 mandi manda.. tak payah nak g taman tema air la…
Jadi sesiapa ke Sanrio Hello Kitty boleh la menginap di sini juga.. dekat je dengan Puteri Harbour.
Ibu pun selalu juga booking online pakai boking dot com
Mahal sikit dari harga terus deal dengan tuan rumah
Lepas ni sis boleh whatsap tuan rumah saja
Senang