Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.
Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
- Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
- Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
- Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam**, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.***
Produk ini sudah boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.
Nota kaki : Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.
Kulit pun berbeza beza jenisnya, produk yang sama belum tentu sesuai dengan kulit kita kan
Assalamualaikum dan salam jumaat dari Maznee.
Selalu juga nampak brand eucerine di farmasi.