Nikmatilah hari raya yang sihat bersama Quaker Oats

Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum[1], Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh – dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing  Quaker  Oats,  ataupun  biskut  Raya  yang  lazat  dengan  resipi  chef  selebriti  Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru MultigrainCerealdan Biskut Onde-Onde Oatmeal!

Ok la.. mari kita tengok resepi Quaker Oats iaitu Biskut Onde-Onde Oatmeal

Bahan-Bahan

  • 130g Quaker Instant Oatmeal
  • 130g tepung
  • 20g kelapa parut kering
  • 20g serbuk santan
  • ½ sudu teh soda penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • 125g marjerin
  • 30g gula perang
  • 50g gula kabung (gula melaka), diparut
  • 60ml minyak canola
  • 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
  • Gula melaka cair (untuk hiasan)
  • Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara-caranya

    1. Prapanaskan  ketuhar  pada  suhu  180°C.  Lapik  dua  dulang  pembakar  besar  dengan kertas silikon.
    2. Gaulkan  tepung,  kelapa  parut  kering,  serbuk  santan,  oat,  soda  penaik  dan  garam dalam mangkuk. Ketepikan.
    3. Dalam  mangkuk  yang  lain,  pukul  marjerin, gula  perang,  gula  kabung,  minyak  dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
    4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
    5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply