[REVIEW] Munafik 2

Siapa dah tonton Munafik 2?

Ok.. saya berjaya pergi tengok atas nak tahu cerita nya…

Tahu tak.. Munafik terdahulu saya tak tgk wayang pun..tengok online je..hik3

Sinopsis :

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Tarikh tayangan: 30 Ogos 2018 (Malaysia)
Pengarah: Syamsul Yusof

**************************************

Ok.. saya sebenarnya macam rasa kureng sikit Munafik 2 ni…

So agak keciwa sikit.. tak tahu kenapa.. selepas sejam saya dah mula bosan……hahahha

Kiri kanan duk tutup mata.. pastu terjerit2.. saya pun tak nampak penjiwaan cerita tak meresap dalam jiwa……..

So..nak tahu ceritanya.. layan la sendiri… malas nak cerita.. nanti kata MUNAFIK lak…

Cuma nak bagi tahu

Dapat harga tiket kat TGV RM 8.00 sahaja.. eh.. murah la pulak ye….

Pastu sebelum makan kene beli popcorn

Cuba makan popcorn royal tu RM17.50… sedap so..boleh la beli nanti.. besau juga

Tu jerla nak review…

Jadi.. pada yang nak menonton.. SELAMAT MENONTON!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply