Oden di Family Mart

Haaa… sapa pernah pergi ke Family Mart?

Saya pun pertama kali gak pergi.. pernah lalu depan ni.. ingatkan kedai macam 7-eleven yela jual makanan je kan…

Rupanya ada jual macam ala-ala steamboat tu.. tapi kuahnya tomyam.

Jadi saya pun pergila mencuba…

Nampak menarik… tanya adik tu macam mana nak beli…

Dia suruh pilih salah satu pada menu no 1 tu…nampak macam ada mee la kan.. tapi tak ambik.. saya ambik fish ball ke tak silap.. lupa

Kemudian boleh tambah pada menu ke 2…

Jadi saya pilih la beberapa menu.. kebetulan Huzaiman ada.. dia pun minta 1.. ketam..

Dah pilih menu dia bubuh la kuah tomyam dalam angkuk tu

Lepas tu ke cashier nanti dia kirakan…tanya sama ada nak makan terus atau bungkus… kalau bungkus dia tutup.. kalau makan terus dia biarkan terbuka la…

Saya pilih bungkus,,.sebab nak g makan kat McDonalds

Baru ambik 7 makanan pun dah RM7.95 .. lagi 5 sen genap RM8.00…

Rasanya?

Ala.. macam makan kat steamboat tepi jalan tu.. yang orang selalu bawa naik lori tu… bezanya beli kat family mart ni macam kebersihan nya terjaga la sikit kan.

Tempat pun selesa… itu jerla..

Tapi Family Mart ni katanya dari Jepun yek? besanya bila sampai ke Malaysia.. semua makanan di masak dengan betul mengikut spesifikasi HALAL la kan.

Okla kan.. macam sama jerla menu sana ngan sini.. bezanya kalau hujan sedap la makan kan benda panas2…

Nampak gayanya semakin berkembang pesat Gamily MArt ni.. tengok dah banyak cawangan dah…

Mungkin ramai permintaan kan.. harap2 bertahan la macam 7-E…

TAHNIAH la!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge