Menjamu selera di Nasi Dulang Daun Pisang

Ok.. cerita ni cerita tahun lepas…tahun 2018.. aci tak nak citer? hahaha

Hari tu berkesmepatan la merasa makan di Nasi Dulang Daun Pisang ni… sebab hebohkan orang cerita pasal kedai makan ni….. jadi sebagai penduduk Bangi.. kene la g cuba..hehehe

Akhirnya sampai gak tempatnya……. tapi kenapa tak ada papan tanda Nasi Dulang Daun Pisang? yang ada Restoran AL-Mubarak…. emm.. gasak la.. janjji tempat yang betul kan…

Sampai je kene beratur utk pesanan makanan, kemudian bayar dan di berikan nombor… maka marilah kita duduk sambil menunggu makanan

Agak ramai juga masa saya datang… ialah waktu makan tengahari.. ramai la kan?

Penuh juga…… jadi kene cepat-cepat la cari tempat duduk.. nanti tak boleh makan pula…

Itu antara menunya…..

Dah nama nasi dulang daun pisang.. jadi setiap hidangan di letakkan atas daun pisang la…..

Set Ayam – RM 7.50
Set Ikan – RM 15.00
Set Sotong – RM 22.00

Saya order 3 jenis menu…

Ikan bawal
Ayamg goreng
Sotong

Saja je nak cuba…

Boleh pula 2 beradik ni nak berkongsi makan….

Mujur dalam dulang kan.. jadi besar la sikit… ulam-ulam konpem la derang tak makan.. ibu ngn ayah la makan….

Harga keseluruhan nya : RM 59.60

Lagi 40 sen genap RM60.00 untuk 4 jenis menu termasuk 2 air berperisa dan 2 air kosong. Untuk set sotong tu ikut berat dan size…

Tapi saya rasa macam mahal sikit la…hehehe… sbb sotong nya kecikkkkkkkkkkkkk… tu jela.. yang lelain ok.. setakat nak cuba sekali tu ok la.. nak datang ulang-ulang mungkin tak kot..hahaha

So… pada yang ingin mencuba rasa.. boleh la ke :-

Nasi Dulang Daun Pisang
Pt 75024 Jalan Besar Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Waktu beroperasi : 10.00AM – 4.00PM, setiap hari
No Tel : 012-323 0220

Selamat menjamu selera!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply