Waktu bekerja FLEKSIBLE

Bermula 01 Mac 2019… di Kementerian dan Jabatan persekutuan dapat menggunakan waktu bekerja fleksible serti jadual di bawah

Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka bagi menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga.

Difahamkan, waktu kerja fleksibel akan diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini.

Menurut  Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Borhan Dolah menerusi Astro Awani, pekerja boleh tiba di tempat kerja dan pulang dalam tempoh masa tertentu, selagi tempoh waktu bekerja untuk satu hari itu telah dipenuhi.

Jelasnya, waktu kerja fleksibel hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.

Bagaimana pula jabatan yang berkaitan kaunter perkhidmatan?

Beliau menegaskan,ketua jabatan haruslah memastikan operasi kaunter tidak terjejas apabila melaksanakan waktu kerja fleksibel.

“Ketua jabatan harus mempunyai prerogatif untuk mengarahkan kakitangan datang ke pejabat pada waktu yang diperlukan.Wanita hamil dan suami mereka dibenarkan untuk pulang sejam lebih awal seperti yang diamalkan dalam skim waktu kerja sebelum ini,” katanya.

Jadi TAHNIAH la sesiapa yang dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply