The Adventurer’s Web di Aeon Mall Nilai

Pernah dengar AEON Mall Nilai? Terletak di Nilai, Negeri Sembilan…

AEON Nilai merupakan pasaraya terbesar di Malaysia..dan baru di buka pada awal tahun lalu.  jadi dalam masa yang sama banyak tarikan  terbaru akan dibuka sdi AEON.

Jadi untuk pertama kali The Adventurer’s Web tempat riadah sekeluarga bakal di buka pada 23 Mac 2018 sempena pembukaan rasmi bersama AEON Nilai juga…

Terletak di Aras 2 dengan keluasan 2,440 squaremeter. Aktiviti di dalam ini juga akan bertukar dari semasa ke semasa.

Zaman sekarang, ibubapa suka membawa anak ke tempat membeli belah dan dalam masa yang sama ingin anak-anak berseronok tanpa perlu beralih tempat… jadi jika anda inginkan semua nya di dalam satu bumbung.. amatla sesuai jika membawa anak-anak ke sini…

Di The Adventurer’s Web ini terdapat 3 tempat yang berlainan jenis dan juga mengikut umur serta kesesuaian pengunjung untuk meneroikai nya… jom lihat apa yang terdapat di situ

1) DINASOUR RANGERS

Di Dinosaur Rangers ini saya sanagat sarankan untuk anak-anak dan ibubapa cuba.. kerana tempat ini sangat menarik terutama nya anak-anak kerana boleh melakukan beberapa aktiviti bersama ibubapa sekali..

Tempatnya tidak berapa besar. Di dalamnya terdapat replika Dinasour untuk anak-anak pelajari asal usul dinasour serta mengenal rupa bentuknya.

Replika ini bergerak dan berbunyi…. tapi jangan risau dia tak bergerak kemana-mana.. dia setempat sahaja…

Di dalam ini juga ada beberapa aktiviti boleh di lakukan, tidak hanya melihat pameran Dinasour sahaja..

Untuk anak-anak yang sukakan sukan lasak, boleh cuba untuk memanjat tiang ini.. tidak terlalu tinggi jadi amat sesuai untuk semua kana-kanak mencuba.. boleh jadikan ia satu pengalaman.

Pada yang suka sejarah… boleh ke Fossil Extraction ini…

Dan ada juga education hub di mana pengunjung akan di sajikan infomasi mengenai Dinasour serta akan ada beberapa gimik untuk pengunjung untuk menikmati pertunjukan tersebut.

Rugi tau kalau tak masuk Dinosour Rangers ni….

2) Mini Science & Technology Discovery Centre

Di sini untuk mereka yang minat sains amat sesuai untuk belajar… kerana di sini semua boleh di cuba..

Seperti pasir ini… ia akan berubah warna mengikut bentuk pasir tersebut…

Jika kita bukitkan pasir meninggi.. akan menjadi gunung berapi… jika ratakan akan menjadi rumput.. jika berlekuk akan menjadi seperti sungai yang mengalir.

Antara aktiviti yang boleh di cuba anak-anak di mini sains ini… sesuai untuk para pelajar yang meminati sains…

3) MONSTER HOUSE
Ok.. tempat terakhir dan agak mencabar sikit…

Rasanya jika anda seorang yang berani boleh la cuba untuk masuk…

Terdapat 13 bilik untuk pengunjung masuk…

Setiap bilik berbeza-beza suasana dan konsep…

Ini pintu masuk ke monster house tersebut…

Jangan risau.. semua nya tak bergerak.. bukan seperti rumah hantu di funfair tau.. di mana semua bergerak-gerak

Yang ini semua replika sahaja…

Ada juga setu bilik di mana pengunjung boleh mencuba pakaian dan bergambar untuk kenangan. Gambar akan di print dan di berikan kepada pengujung setelah tamat semua bilik di monster house tersebut.

Jangan risau.. di monster house terdapat 2 jenis kategori

  • Untuk keluarga di mana sesuai untuk kanak-kanak masuk.
  • Untuk yang sukakan exteme yang lebih takut dan seram sesuai untuk dewasa la

Jadi bagaimana? Teruja ke untuk mencuba tempat baru ini? Jangan risau… pembukaan rasminya pada 23 Mac 2019 ini.

Yang lebih menarik lagi.. sempena pembukaan AEON Nilai, 200 tiket percuma akan di berikan pada pengunjung untuk mencuba The Adventurer’s Web ini…

Jadi jom bawa anak-anak ke AEON Nilai ini.. lagi pun minggu depan cuti sekolah penggal pertama sudah pun bermula.. memang sesuai sangat untuk mengisi masa lapang anak-anak ni.

Kiranya jika masuk sini anak-anak pasti leka dan seronok.. kerana di sini kebanyakkan menggunakan kemahiran dan daya imiginasi sendiri untuk mencuba dan melakukan aktiviti.

Harga untuk setiap tempat seperti jadual di atas.

Jadi ayuh beramai-ramai datang ke hari pembukaan pada 23 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi :

THE ADVENTURERS WEB

2nd Floor, AEON MALL Nilai

No 2 Persiaran Pusat Bandar

Putra Point, Putra Nilai

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Monter House : 011-16436050

Dinosaur Range : 012-6574912

Mini Science : 017-6726385

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply