Menerokai pengalaman di Farm In The City bersama anak-anak

Siapa pernah dengar Farm In The city? Siapa pernah pergi?

Ini adalah kali ke 2 saya pergi ke Farm In The City… dan yeeeee.. masih di tempat yang sama di Seri Kembangan dan masih berkonsep yang sama.. dapat bertemu haiwan..hehehehe

Seelok-eloknya.. datang la awal pagi …  sebab cuaca masa ni tak panas, sejuk, redup dan nyaman udaranya.. apa org cakap fresh gituew.. dapat bau haiwan di pagi hari..hik3

Harga tiket untuk seorang  menggunakan MYKAD seperti berikut :
– Dewasa : RM 37.00
– Kanak-kanak : RM 30.00
– Kanak-kanak bawah 90cm PERCUMA

Rasa macam mahal ke kalau untuk keluarga? Jangan risau.. sekarang ada promosi dari Farm In The City

Ada pakej untuk famili… RM 125.00 untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak dan dapat juga beberapa cenderahati dari Farm In The City. Agak menarik sikit kan dan dapat juga penjimatan jika ambil pakej family ni.

Jadi selepas pembelian tiket ni.. akan dapat wristband untuk di pakai kat tangan… Kira ada wristband tu agaknya boleh keluar masuk la.. mana tahu nak g beli makanan pastu nak masuk balik ke kan… tak puas ke nak pusing-pusing lagi…

Banyak juga perubahan ke sini… masa saya pergi tu tahun 2013 ok.. agak lama.. 5 tahun yang lalu juga…

Jadi bila masuk je pintu tu… ada beberapa mainan kampung mereka sediakan… antaranya :

BOLA BOWLING KELAPA

SANGKUT BOLA PADA PALANG

Ok.. game ke 2 tu tak tau apa dia.. tu saya punya tekaan je ..hik3

Seronok la anak-anak saya sbb dapat main mainan kampung.. dia tak tahu dulu ibu dia masa kecik-kecik suka duk atas pelepah daun kelapa.. pastu tarik keliling rumah kampung…

Syok wei.. lagi syok dari main game mobile lagend.. *tetiberrrrr..heheheh

Selepas tu baru jumpa pintu gerbang nak masuk ke Farm In The City…

Tu gambar masa pergi tahun 2013 dan terkini…

emm.. nampak gaya perbezan nya adalah anak-anak semakin membesar..hehehe yang lelain mungkin ada penambahan haiwan.. pokok semakin bertambah dan rimbun..

Dulu-dulu pergi tak banyak pokok lagi kan..hehehee

Eh.. kene la ambik 1 keluarga.. kenangan ni… nanti nak buat album gambar khannn…….. wat tatapan esok2 hari…

Masuk-masuk memang jumpa kura-kura gergasi ni… Giant Tortoise

Lama nya hidup.. ada lagi kura-kura ni.. Syok anak-anak.. di baginya makan je kerja nya..

Huzaiman ni.. suh bergambar.. sibuk gak nak bagi makan kat kura-kura tu….

Yang seronok nya bila berada di Farm In The city ni…

Anak-anak dapat pegang haiwan-haiwan peliharaan di sini…

Macam bagi burung makan, pegang kulit ular, pegang bulu kambing, dapat bagi makan arnab, mengagau ikan..

erkk.. boleh tak nak tunjuk je gambar.. sebab tak larat lak nak terangkan tapi yang nyatakan memang best la ke sini…. banyak aktiviti boleh buat tau…

Kene la datang untuk merasainya kan?

Mana nak jumpa haiwan macma ni kat bandar?

Ada ker? kebanyakkan semua ada di kampung… anak-anak ni semua lahir kat bandar… mana pernah pegang-pegang haiwan semua ni…hehehe

Masa ni baru leh tengok bertapa penyayang nya anak-anak terutama nya bila jumpa ARNAB… smeua nak pegang…

Ok.. lepas tu kita tengok ikan pula…

Banyak juga ikan kat dalam kolam ni… nak bagi makan ikan pun bukan sebarangan tau…

Kene beli makanan nya di tempat jualan.. ada tersedia di tepi tempat tersebut…

Budak ni la paling suka..

Asyik nak bagi makan je.. ikan la.. arnab la burung la…heheheh

Kesian anak-anak saya.. tak pernah pegang ayam..hik3

Tu dia.. dapat la peluang pegang ayam dan kejar ayam…. nak sangat kan rasa pegang..ha pegang la.. sementara ada kesempatan..

Kat bandar ni banyak jumpa anjing .. kucing.. burung pun semua dalam sangkar…hahahaha

Sapa pernah jumpa merak putih?

Hari tu masa saya ke sana.. terjumpa la merak putih ni…. jap.. meh google mengenai merak putih ni…

Merak putih (pavo cristatus) termasuk merak yang jarang dijumpai , populasinya tersebar di India dan Srilangka dengan status konservasi beresiko rendah (least concern=LC), kategori yang diberikan oleh IUCN-International Union for Conservation of Nature – untuk spesies yang telah dievaluasi tetapi tidak termasuk ke dalam spesies terancam atau mendekati terancam punah, bahkan juga tidak termasuk dalam kategori ketergantungan konservasi.

Merak warna putih ini masih dalam jenis merak india dan merupakan merak yang sangat jarang di dunia karena warnanya yang bisa dibilang aneh dan tidak banyak dijumpai di dunia ini, biasanya hanya dijumpai di kebun binatang dan beberapa dijadikan hewan peliharaan di rumah. Di Indonesia jika ingin menemui hewan ini, kita dapat pergi ke Batu Secret Zoo, Malang, Jawa Timur.

Kalian pasti berpikir, apalah istimewanya burung merak. Mungkin anda sudah terbiasa melihat burung merak yang warna warni. Namun merak putih ini memiliki daya tarik tersendiri karna warnanya yang bisa dibilang limited edition. Ciri-ciri utama dari burung merak adalah bulu-bulu ekornya yang dihiasi dengan warna-warna yang sangat indah. Namun, hanya merak jantan yang mempunyai ekor sehebat itu.


Maaf la… bahasa indonesia je yang saya jumpa… puas cari dalam bahasa melayu tak jumpa… nanti dah jumpa saya edit la sikit yek..hehehhe

Bila bergambar ngan merak putih ni tak nampak lak..

Putih sangat.. takut lak tengok..kalau memalam jumpa merak ni kan..hehehe

Tu kami punya tour guide… Cik Ika.. rajin melayan anak-anak saya semasa di sana…

Yang banyak tanya mestila anak bongsu saya.. si Huzaiman….

Kali ni agak lega sikit pergi berbanding tahun 2013…. masa tu Huzaiman baru 2 tahun.. jadi agak susah nak kawal dia ke sana ke sini.. pastu tak reti duduk diam..

Kali ni Huzaiman bebas pergi ke mana-mana.. maklum la dah 7 tahun kan…hehehe

Ok.. kita teruskan pengembaraan di Farm In The City….

Saya suruh anak-anak saya pegang kulit ular dan biawak tu…

Supaya nanti kalau ada pelajaran sains.. tahu dah macam mana rasa kulit ular dan biawak kan…

Nak tunjuk sendiri mesti la tak.. kat Farm In The City jerla boleh tunjuk dan rasa…hehehe

Pheww…. setelah berjam-jam di dalam tu…

Berpeluh tauuuuuuu…. hahahahaha

Kalau nak ke sana tak payah la pakai kasut tumit tinggi ke.. baju lip lap lip lap ke… pakai jer baju tshirt.. yang boleh serap peluh… kalau boleh topi jangan lupa bawa.. nanti panas…

Kasut.. pakai je kasut sukan..senang nak lari dari haiwan yang kita tak suka…hahahaa

ok.. setelah berjalan sepanjang di Farm In The City ni…. terdapat 1 haiwan baru di sana…

Alpaka (Vicugna pacos)

Alpaka (Vicugna pacos) adalah sejenis haiwan mamalia di Amerika Selatan seperti llama kecil. Bulunya yang panjang dapat dijadikan bahan untuk membuat pakaian.
Alpaka telah lama diternakkan sejak beribu-ribu tahun, dipercayai daripada penjinakan spesies terdekat yang lebih besar dan liar seperti vikuna – masyarakat Moche di utara Peru misalnya seringkali menggunakan motif haiwan ini dalam seni kraftangan mereka.
Ia dijinakkan untuk memperoleh bulu dan daging. Saiznya yang kecil menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan sebagai haiwan pengangkut.
Alpaka hidup secara berkawan-kawan di mana sekawanan haiwan tersebut terdiri daripada seekor haiwan jantan alfa, pasangan-pasangan betinanya serta anak-anak.
Haiwan ini biasanya akan memberi amaran kepada kawanan mereka di saat datangnya pemangsa melalui jeritan, dan kawanan-kawanan ini boleh menyerang, menggigit serta meludah pemangsa yang lebih kecil sebagai langkah mempertahankan diri.

Haiwan ini kurang memerlukan makanan yang banyak berbanding haiwan-haiwan lain yang sama besar.

Ia biasanya akan memakan rumput – tidak kiralah yang segar mahupun yang kering – ataupun dedaun tumbuhan lain (namun, sesetengah jenis tumbuhan boleh menjadi beracun kepada alpaka sepeti buah oak, gandum kuda, pokok oren dan sebagainya).

Ia juga cenderung akan mengunyah benda-benda yang asing seperti botol plastik.

Semua maklumat mengenai Alpaka ni saya google je… hehehe

Jadi harap bermanfaat untuk semua…sebab saya nak dengar satu-persatu pun tak berapa jelas.. maklumla.. sibuk tengok benda lain lak..hehehe

Tamat sudah pengembaraan di Farm In The City…

Sebelum balik.. anak-anak di berikan sijil membuktikan mereka telah pun melawat Farm In The City… erkk.. sijil ni laku ke nanti nak cari kerja? hehehe

Tak la.. sijil tu untuk suka-suka je.. kenangan dari Farm In The City kan..hehehe

Sebelum balik.. kita pekena aiskrim dulu…

Panas litlit ko kat sana…hahahaa.. tu pasal kene bawa air putih sekali.. haus minum.. haus minum…hehehe

Jadi pada yang ingin pergi .. nak pula hujung bulan 8 dengan bulan 9 ni banyak kan cuti umum.. boleh la bawa anak-anak pergi ke Farm In The City ni…

Tak rugi pun pergi.. sangat-sangat berbaloi dan seronok….

Farm in The City,
Lot 40187 – 40188, Jalan Prima
Tropika, Bandar Putera Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Waktu operasi : 10.00 pagi – 6.00 petang

Jadi.. apa tunggu lagi.. jangan lupa kunjungi FARM IN THE CITY.……………

Sarapan pagi bersama Milo

Walaupun cerita ni dah lama.. x kira..nak gak update…hahahaha

Sap apernah sertai MBD2018 ni?

Setiap tahun acaara ni ada…. nak sertai.. tapi tak sertai…hehehe… Jadi kali ni ada buat kat Putrajaya lagi.. jadi tekad nak g gak.. bukan nak lari.. saja nak memeriahkan acara…..hahahaha

Jadi pada 11 Ogos 2018 dapat gak pergi ke acara sarapan pagi bersama MILO….bersama dengan anak-anak…

Pertama kali pergi ni wei………..

Rupanya banyak tempat dia buat. tempat pertama di Kuching kemudian Kota Kinabalu, seterusnya Kuantan kemudian Pulau Pinang pas tu Johor Bahru terus ke Kota Bahru dan yang terakhir di Putrajaya……

Jadi kenapa kita tak g kan.. jom jerla ye dak…

Rupanya kene daftar juga walaupun tak lari….

Ingatkan kene bayar.. eh.. percuma la.. jadi kalau ada 4 orang yang pergi.. 4-4 dapat cenderahati dari MILO tau…

Selepas pendaftaran… boleh la redeem makanan pagi di kaunter makanan…

AIR? eh x yah beli.. minum je seberapa banyak milo pun tak per.. percuma ko……..

Menu yang di beri sama ada bihun goreng atau roti… dan ada epal ngn air mineral.

Anak-anak suka la.. sebab dapat minum air milo percuma..hahaha

Di minum je sepanjang acara ni… dan yang best dapat main permainan nya… lepas lengkapkan permainan nya.. dapat la 1 plastik milo 200 grm.. ok la kan.. sapa nak bagi ye dak?

Banyak sebenarnya acara boleh sertai…

Kalau tak dapat masuk larian.. jangan kecewa.. sebab boleh join permainan yang derang buat…

Ni hasil kutipan sepanjang di acara milo….

Seronokla.. sebab dapat banyak cenderahati… boleh buat stok beberapa bulan la…

So.. lain kali ada acara milo lagi..boleh la pergi… pasti seronok…………

Blog asyik down…

Hai semua…..

lama rasanya tak bersiaran…sedih nyaaa

1…sebab MALAS…

2..sebab blog bermasalah….

Mana tak tension… asyik dapat notification je cakap blog down je…

Tak tahu apa masalah… dah la saya ni tak berapa pandai nak edit2 templete apa bagai…. nak harapkan tukar theme blog pun suh orang buatkan….

Nanti yek..tengah cari solution… kalau macam ni susah la nak update blog kan? (alasan sungguh) wakakaka

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M

Selamat Hari Raya 1439H….

Hari ni dah Syawal ke 19… lama nya tak update blog weiiiiiiiiiiiii………..hik3

Ini la gambar kami di pagi raya……..

Sempat bergambar kat kedai makan… hahahaha

Beraya di Mcdonalds…

syahdu tak? kah3

Lepas tu jalan2 di Tesco pula membeli belah barang keperluan untuk makan-makan di rumah…. kali ni saya sekeluarga beraya di Melaka sahaja… duduk sana dekat 5 hari memandangkan ibubapa say apun stay di Melaka… so kita sekali arungkan aja…hik3

Jadi itulah kisah raya saya sekeluarga di pagi raya bagi tahun 2018…….

Raya korang macam mana? Meriah tak?

Nikmatilah hari raya yang sihat bersama Quaker Oats

Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum[1], Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh – dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing  Quaker  Oats,  ataupun  biskut  Raya  yang  lazat  dengan  resipi  chef  selebriti  Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru MultigrainCerealdan Biskut Onde-Onde Oatmeal!

Ok la.. mari kita tengok resepi Quaker Oats iaitu Biskut Onde-Onde Oatmeal

Bahan-Bahan

  • 130g Quaker Instant Oatmeal
  • 130g tepung
  • 20g kelapa parut kering
  • 20g serbuk santan
  • ½ sudu teh soda penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • 125g marjerin
  • 30g gula perang
  • 50g gula kabung (gula melaka), diparut
  • 60ml minyak canola
  • 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
  • Gula melaka cair (untuk hiasan)
  • Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara-caranya

    1. Prapanaskan  ketuhar  pada  suhu  180°C.  Lapik  dua  dulang  pembakar  besar  dengan kertas silikon.
    2. Gaulkan  tepung,  kelapa  parut  kering,  serbuk  santan,  oat,  soda  penaik  dan  garam dalam mangkuk. Ketepikan.
    3. Dalam  mangkuk  yang  lain,  pukul  marjerin, gula  perang,  gula  kabung,  minyak  dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
    4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
    5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.

Selamat mencuba!

Melawat Istana Kellie Castle, Perak

Ok..sambung lagi kisah masa di Ipoh, Perak.. tak habis lagi ni… hik3

Dapat la juga saya ke Kellie Castle.. setelah memujuk myIR ke sana…susah wei nak ajak.. dia tak gemar sangat sebenarnya…

Jadi saya dan anak2 melawat la sebentar ke Kelllie Castle

Istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Jadi dari Tambun terus ke Batu Gajah menjejak sejarah Kellie Castle…

Suasana ketika saya sampai sangat panas….

Memang terik menjadikan rasa bahang dengan keadaan sekitar Kellie Castle ni…

Kellie’s Castle atau Istana Kellie’s yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith.

Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah. Istana Kellie’s ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan.

William Kellie Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani dan merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890, sewaktu berumur 20 tahun, William telah datang merantau ke Malaya untuk menambah baik taraf kehidupannya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai Jurutera awam dengan kontrak 2 tahun dengan kerajaan untuk membina laluan keretapi,malangnya projek itu terpaksa diberhentikan.

Bagaimanapun, beliau telah bekerjasama dengan seorang kontraktor iaitu Charles Alma Baker untuk membuat projek membina jalan raya di Perak.Dari situ beliau telah menjadi seorang peladang dengan menanam kopi, dan mengusakan ladang getah.

Kellie Smith telah berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau dan bakal mewarisi dana sebanyak 300 000 pound. Kellie telah dikurniakan 2 orang anak iaitu, Helen dan Antony.

Di dalam Kellie Castle ini ada di paparkan sejarah dan juga kisah2 pembinaan oleh pemilik nya William Kellie Smith.

Boleh baca sambil memahami setiap cerita di sebalik nya…

Semasa saya datang… ramai pelajar Konvo datang untuk bergambar bersama jubah masing-masing…

Merakam detik kegembiraan di sini… memang seusai juga di jadikan lokasi bergambar… kene pula dengan cuaca yang panas.. gambar semestinya menjadi lagi cantik kan?

Kellie telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang lain.

Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu.

Disamping itu juga, istana ini juga bilik khas untuk menyimpan arak, kain linen, dapur memasak dan kandang kuda.

Selain itu juga, istana ini mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung.

Istana ini bukan saha mendapat perhatian Malaya ketika itu, tetapi mendapat perhatian diluar negara hinggakan surat khabar The London Financier juga menulis tentang istana ini pada awal pembinaannya.

Apa yang menarik tentang istana ini, istana ini dibina dengan mengambil kira cuaca Malaya yang panas. Walaupun kawasan luar panas dan terik, anda pasti berasa selasa jika berada dikawasan dalam istana ini kerana mempunyai ruang angin yang banyak.

Dengan kedudukan istana yang dibina di atas bukit dan juga kedudkan yang strategik, Kellie dan juga pengawal beliau telah bersiap sedia untuk melarikan liri jika berlaku apa-apa serangan orang tempatan terhadap beliau.

Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai laluan rahsia didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.

Bukan itu sahaja, kawasan taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang boleh keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan.

Hajat Kellie ingin melihat istananya siap akhirnya tidak kesampaian. Istana ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunh ramai pekerja Kellie. 11 tahun selepas ia mula dibina, istana ini masih belum dapat disiapkan.

Kellie tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalan beliau ke Lisbon, beliau telah meniggal duia kerana penyakit pneumonia

Apabila datang ke istana ini, pasti anda dapat tahu lebih banyak sejarah tentang istana ini. Anda juga boleh merasai dan melihat sendiri istana ini dengan lebih dekat.

Anda juga boleh melihat bangunan yang terbengkalai atau bangunan yang tidak sempat disiapkan di istana ini. Malahan, pengunjung boleh juga melihat terowong rahsia yang ada didalam istana Kellie ini.

Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Bayaran masuk : RM5.00 dewasa, RM3.00 kanak-kanak

5 tahun sekali sempena PRU 14

Alhamdulilah……….

Pakatan Harapan berjaya menumpaskan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 14 kali ini.. satu detik bersejarah di mana… Perdana Menteri yang ke 4 dilantik kembali mejadi Perdama Menteri yang ke 7 dan juga menjadi sejarah di mana Timbalan Perdana Menteri di pengang oleh wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah….

Tahniah……….

******

Ok.. part tu dah lepas.. ni nak imbas kembali kenangan mengundi sempena PRU 14.. nanti lagi 5 tahun baru ada lagi PRU..hik3

Kali ni mengundi di Bangi… jadi tak perlu nak keluar awal-awal… maka saya keluar jam 10.30 pagi mengundi..

Haaa….. ko.. rupanya ramai..

Ingatkan tak ramai wei… tu dia.. panjang sampai luar dari tempat mengundi…..

Bertabah la di kala matahari tengah meninggi…

Tapi hari tu memang panas terik.. ada la juga angin sepoi2 bahasa lalu lalang…

Mujur bawa payung.. kalau tak.. mau pitam..hik3

Lagi sikit jer lagi nak ke depan…

Tabah lagi menunggu wei.. walaupun macam-macam ragam masa beratur…

Dah dekat sangat..

Saya di saluran 4… dapat la berkenalan beberapa orang pengundi.. saja2 borak meghilangkan bosan ketika beratur…

Akhirnya…………

Selesai mengundi jam 12.30 tenghari….

Dekat 2 jam la beratur dengan sabar demi NEGARAKU….

Habis mengundi baru boleh selfie dengan bendera PH….

Suka warna nya.. merah dan biru muda…….. kombinasi warna yang lawa…

Selesai sudah tanggungjawab saya… dan keputusan pun dah di ketahui…. marila kita berdoa untuk NEGARA dan juga PERDANA MENTERI supaya di panjangkan umr untuk mentadbir MALAYSIA….

AMIN

Dah semak tempat mengundi PRU14?

Lagi 5 hari kita bakal keluar mengundi bagi PRU 14

Semua dah semak ke di mana tempat mengundi?

Kali ni saya mengundi di Bangi setelah menukar alamat di kad pengenalan….

Nampaknya

Kawasan saya ada 4 bendera berkibar megah di jalanan

Barisan Nasional, Pakatan Harapan, PAS dan PRM

Jadi marila kita tengok calon-calon nyaaaaa………….

Jadi… untuk tahu keputusan PRU 14 siapakah bakal menjaga DUN dan PARLIMEN Bangi…. nantikan pada 9 Mei 2018 selepas jam 9 malam……

Menunggu teka teki siapa bakal mentadbir SELANGOR pula kali ni…hik3

Selamat mengundi kawan-kawan!!!

Menginap di The Haven, Ipoh Perak

Ok.. agak lama dah tak update blog ni… emm.. makin malas rupanya dah yek.

Meh la sambung citer.. nanti tak der pula kenangan dalam blog….

Kan hari tu g hari keluarga opis.. alhamdulilah, dapat la merasa duduk di The Haven… selalu tengok dan baca review orang.. kali ni dapat merasa menginap di situ.

Mesti ramai yang dah tahu The Haven ni kan… Sebuah kediaman “condominium luxury” 5 bintang dengan 512 unit dari 3 buah tower setinggi 26 tingkat.. Keluasan setiap unit dari 968 hingga 2,840 kaki pesegi.

Jadi jom kita tengok sekitar dalam apartment ni…

Ruang tamu….

Terdapat ruang makan sekali… besar dan luas…

Pantry…

Ada microwave dan sinki.. peti ais pun ada sekali…

Ada tempat memasak….

Cari juga periuk belanga nya.. emm.. x jumpa.. risau juga bawa sendiri punya.. nanti x leh guna lak…

Tapi bukan nak masak pun.. saja je nak tengok..hik3

Ok.. jom tengok bilik pula… ada 3 bilik dalam apartment ni….

Ni bilik utama…

Katil KING… besar la kan… mestila bilik ni ibu dan ayah tido…

Tapi macam biasa.. ada budak nak numpang tido… hahaha.. tapi tak berjaya la..

Sebab banyak bilik kosong kan….

Ni bilik air nya…

Ada bathtub kan… emm.. anak2 la yang rasmikan…

Mana ada masa nak berendam… sibuk nak mandi kolam lak kan….

Ni bilik no 2 pula

Ada katil QUEEN… jadi Huzaiman dan Iskandar nak tido dalam bilik ni… nak kongsi bilik kan..

Siap pesan.. ko jangan kencing sudah.. ni hotel kot.. jangna buat pasal..hahaha

Ni bilik no 3…

Ada katil SINGLE… suka la Zulfadhli… dia dah pilih siap2 nak tido sini…

Dan kesemua bilik terdapat air cond… apa lagi.. memang lena la tido masing2 kan…

Ni bilik air..

Bilik no 2 dan bilik no 3 kongsi bilik air ni… tapi bilik air ni terletak kat luar la..

Maka kene keluar la kan kalau nak ke bilik air…

Amacam.. lawa kan bilik nya….

Law abilik..harga nya pun lawa juga…

Bermula RM546.00

Jadi rasanya.. bilik yang saya sekeluarga menginap adalah bilik 3 bedroom lakeview executive suite rasanya… berdasarkan keterangan di gambar ada 1 king, 1 queen, 1 single

RM 1,560.00 x 2 malam = RM 3,040.00

Perghh…. RM3K.. mujur la opis sponsor.. kalu g sendiri.. mesti berkira2..hik3

Ok.. jom tengok keliling kolam renang lak…

Kolam renang kanak2

Mujur ada slide situ.. maka berulang2 la main tu jerla…

Ni pula kolam dewasa, besar juga….

Mengadap tasik…

Ingatkan anak-2 x pergi sini.. berani sungguh derang masuk kolam dewasa… adeh… dah la ibunya tak tukar baju…

Terus halau balik masuk ke kolam kanak2

Ini pula sekita taman di situ…

Jalan2 juga la… dah anak2 nak jalan…

Ingatkan besar nak keliling tasik tu.. sekali kecik je.. tak terasa pun…

Memang di kelilingi pokok dan bukit bukau la…

Rasa tenang dan sunyi jer… nyaman tau…

Jadi setelah 3H 2M kami berada di sini.. harusla pulangkan…

Anak2 la paling seronok… kira rezeki anak-2 juga kan…

Sayang nya.. Danial jer tak dapat ikut.. sebab tak dapat pelepasan pulang….

Terima kasih atas penginapan yang menarik ini…

Memang sesuai la The Haven ni menjadi antara tempat penginapan yang terbaik di Tambun

Maka tidak hairanlah hotel The Haven tercalon di 2015 World Luxury Hotel Awards Nomination dalam 3 ketegori iaitu :-

a) Luxury Family All-Inclusive Hotel
b) Luxury Hotel – Best Scenic Environment
c) Luxury Suite Hotel1. Best High-Rise Residential Development (Readers’ Choice Malaysian Reserve Property Press Awards 2014)

Dan The Haven Hotel sudah pun berjaya merakul lebih 20 anugerah terbaik di peringkat negara mahu pun antarangbangsa.. Antaranya :-

1. Malaysia’s Top 10 Outstanding Property Developers Award 2014
2. Eco Developer Of The Year 2013 (Malaysia)
3. South East Asia Property Awards 2012
4. Best Managed Condo Resort 2014 ( Malaysia)
5. Malaysia’s Best High Rise Residential Development 2014
6. Best Green Development 2014 (Malaysia)
7. Quality & Excellence (The Diamond Eye Award 2011, Geneva)
8. Quality & Innovation (International Arch of Europe Gold Award 2011, Frankfurt)
9. Best State Developer – Perak (Editors Choice Malaysian Reserve Property Awards 2012)

Jadi pada mereka yang menuju ke Tambun atau ke Lost World Of Tambun.. boleh la mencuba menginap di sini…

Rasai la sendiri.. baru boleh tahu…hik3

BEST WESTERN PREMIER The Haven Ipoh
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia
Phone: +605 220 9000
Hotline: +60 1700-8-1700-0
Fax: +605 220 9011
Email: reservations@bestwesternhaven.com.my

Hari keluarga di Lost World of Tambun, Ipoh

Minggu lepas pejabat saya menganjurkan hari keluarga di Iph, Perak. Tempat yang di pilih dah tentu sesuai dengan anak-anak kan.. nama pun hari keluarga…. Maka Lost World of Tambun menjadi pilihan.

13.04.2018 | Jumaat

Seawal pagi dah bertolak ke Tambun….

Di sebabkan perginya hari Jumaat, maka terpaksa cutikan anak-anak. Ikutkan Danial pergi.. tapi di sebabkan tak dapat pelepasan dari sekolah nya.. maka anak 3 org jer la ikut…

Sampai di Ipoh terus ke The Haven … untuk check in..

Saya menginap di sini selama 3 hari 2 malam… Alhamdulilah.. dapat gak merasa menginap di The Haven ni.. biasa baca review orang je..

Nanti, hotel nya saya review yek….

Sampai je hotel, ada cabutan bertuah untuk pendaftaran….

Anak-anak cabut, dapat la RM150.00 parkson baucer

Boleh la beli baju raya kat parkson nanti..hik3  

Anak-anak.. sampai jer.. terus nak masuk kolam kan..

Mana boleh pisahkan kolan dengan kanak-kanak kan…

Malam tu saya pergi makan malam di luar.

Nampak kerang bakar.. order la

Ingatkan tak der yang nak makan ngn ibu… sekali Huzaiman suka pula makan kan. terpaksa kopek siap2..hik3

Menu biasa2 je….. dah lapar.. makan jerla

Ada shell out.. tapi takut anak-anak tak makan.. jadi makan menu yang biasa ambik jerla kan..

Nama kedai ni TOMYAM BATU ENAM, betul2 simpang trafik light nak ke lost world of tambun tu…

Simpang pertama… sebab nak masuk taman tema ni ada 2 simpang..

Pas makan.. balik tidoo……………..

14.08.2018 | Sabtu

So.. hari sabtu baru la hari keluarga nya…

Pepagi breakfast kat hotel masing-masing dulu.. kemudian terus ke LWOT lak

Dah siap pakai baju mandi dari hotel.. senan gnanti dah sampai baru buka…

Di sebabkan duduk sampai ptg.. bawa la segala kelengkapan persalinan.. nanti trs tukar baju…

Haa…… malas nak taip…

Tengok jerla gambar.. tapi secara ringkasnya.. ada la game kanak-kanak.. walaupun masuk dan tak menang… hahaha

Pastu acara bebas.. sukatila nak main waer park ke.. wet park ke… janjji dalam tu sudah.. Anak-anak bawa diri sebab ibu nak bergumbira bersama kawan opis..hahaha

Jalan-jalan je.. tak beli pun pelampung..

Tempat nya tak la besar sangat.. di sebabkan dah biasa ke Sunway Lagoon.. rasa x syok lak g sini..hahaha

Dah penat main.. moh la balik..

Malas nak tukar baju.. pakai jerla baju renang tu masuk kereta.. sampai hotel nanti tukarjerla.. senang terus mandi.. lagi pun hotel tak sampai 5 minit pun jaraknya .. kejap je

Tu harga ,asa saya pergi…

Tak tahu la akan berubah ke tidak kan nanti…

Malam nya ada makan malam di LWOT balik.. pas belek2.. rupanya tak ambik gambar waktu makan malam kat situ..hahaha

Gasak.. tak derla kenangan kan…

15.04.2018 | Ahad

Pepagi… macam biasa.. sarapan dulu di hotel… kemudian acara bebas.. iaitu BALIK..hahahaa

Sebelum balik………

Sempat la berendam dulu sejam 2…

adoi la.. dah kecut2 pun masih mandi.. mujur si Zulfadhli demam.. maka 2 orang jerla yang lenjan masuk air.. hahaha

Bersiap untuk pulang…

Seronok duduk sini.. yang tak seronoknya mahal..hahahaha

Terima kasih atas penginapan di The Haven, Ipoh Perak…

Nanti saya tulis detail sikit yek pasal hotel tu…

Pas check out.. terus ke Kellie Castle.. jalan2 je.. kemudian terus balik ke Bangi

Perghhhhhhhh………. panas ko ke kellies castle tu… tapi sesuai la untuk bergambar.. gambar nampak lawa je kan? hik3

Itu jerla kisah nya…kene la blog kan.. nak wat kenangan kan…

Tunggu hari keluarga lagi 2..3 tahun.. tgk pada kewangan..ada duit dapat la merasa.. kalau tak tengok company lain buat jerla….hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...