Cuti Sekolah Bulan Mei 2016

Laaaa…… sedar tak sedar.. dah masuk cuti sekolah rupanya….

28.05.2016 – 12.06.2016
(2 minggu)

Rupanya.. dalam minggu cuti sekolah masuk minggu ke-2 adalah Bulan Ramadhan…

Tak sangka bulan Ramadhan kali ni masuk waktu cuti sekolah.. jadi dapatla anak-anak berehat kat rumah.. dan tak tahu la.. berapa kali la pintu peti ais bakal di buka sepanjang hari…hahahaha

Di sebabkan cuti sekolah jatuh pada bulan Ramadhan.. nampaknya x der ke mana-mana la yek… hahaha..

Tapi syok juga kalau dapat menginap kat Hotel.. bersahur di waktu pagi dan berbuka puasa di hotel.. tapi tak merancang.. maka tak dapat la nak pergi.. tak teringat

Dulu bila ada promosi.. teringin sangat nak try berbuka dan bersahur kat hotel.. tapi bukan cuti sekolah.. tak dapat nak pergi… ni dah cuti sekolah.. terlupa..hahaha

Tak perla.. buka di rumah pun lebih baik..tak der membazir..hehehe

Selamat bercuti sekolah dan selamat menyambut bulan Ramadhan semua!!

Menjamu Selera di Nando’s, Alamanda Putrajaya

Ni cerita minggu lepas.. tak sempat pula nak update…hahaha

Macam man anak jadi blogger tegar ni.. update blog pun apa la pemalas sungguh,…..

Ha… untuk yang tak tahu… Nando’s dah tukar tempat tau.. tak ada lagi kat tingkat atas…sekarang kat tingkat bawah.. depan Bowling Centre tu….

Tok sah la koang g cari kat atas lagi.. dah ada kat bawah.. sebelah panggung wayang GSC jer ko.. sebelum tengok wayang… leh la makan sini..hahaha

Dah sampai tempat meja.. ko jangan la nak duk tengok kiri kanan .. cepat-cepat panggil pelayan.. kang lambat ayam ko masak…

Jom tengok menu Nando’s

Ni la masalahnya… ko tengah snap gambar.. kawan ko g rampas menu ….

Padan la muka.. nampak sejambak tangan atas menu tu… korang nak tahu apa menu nya.. g sendiri la ke Nando’s….  apa jenis kawan la.. jeles tengok aku snap2 gambar menu la tuew.. wakakaka

Ok.. pas dah order makan.. moh tengok sekeliling tempat Nando’s

Tak la besar kan? Tapi boleh la kalau nak g makan beramai2…..

Nak lagi besar.. ko g jer IOI City Mall.. memang besar dan luar sikit dari Alamanda ni….

Ohya… ni nak bagi tau kat korang.. kalu g Nando’s ni.. korang install la App dia kat Google Play Store tu

Tak rugi pun ko download APPS NANDO’S MALAYSIA ni weii….

Ni muka depan lepas install yek…

Selalunya… sebelum order tu..

Korang tunjuk dulu ID Nando’s ni… sebab setiap kali makan.. nanti akan dapat 1 rewards dalam bill……

Nanti leh nampak la macam ni… haaa.. ko leh tahu la berapa kali ko g makan Nando’s…. ala.. kalau ko tak g makan sendiri pun.. kawan-kawan ko g makan.. ko suh la dia guna ID ko.. apa susah..wakakaka

Ko dah banyak kali melantak kat situ… nanti dapatla 1 ayam PERCUMA… walaupun 1/4 ayam sahaja.. tetap makanan kan?

Ha.. ni ler rupa ayam PERCUMA tu kan….

Kalau jenis kaki makan banyak.. boleh la makan ayam PERCUMA ni bila dah banyak kali makan kat Nando’s kan?

 

Ni antara menu-menu yang kawan saya makan… hahaha

Kalau pandai la.. mana satu menu saya.. keh3

Suka makan ayam Nando’s ni kalau ada 3 sos ni…

Tomato tu makan kentang.. pastu tambah garlic peri-peri.. perghhhh terangkat…

 

Total keseluruhan nya.. tak sampai pun RM100.00++ pun…

Tapi Nando’s ni.. anak-anak tak gemar.. mereka suka lagi makan Kenny Roger Roaster tu…. hhehehe

Kla… ilang dah ngidam nak makan Nando’s ni.. dari hari tu kot nak makan…hehehe. Terima kasih kat kawan.. sebab sudi banjer kita…hehehe

Hei Sushi Menu Istimewa Ramadhan 2016

Selalunya bulan puasa orang akan makan nasi .. kali ni apa kata sesekali makan pula makanan ala jepun… SUSHI….

Hei Sushi di Alamanda Putrajaya ini adalah cawangna yang pertama di Malaysia

Lokasinya di aras bawah.. berdepan dengan pusat bowling dan berdekatan dengan escalator…

Walaupun kawasan nya kecil.. tapi jangan risau…

Tempat tetap ada…. ruang yang bersih teratur serta santai sahaja…

Yang penting tempat memasak nya terbuka.. boleh nampak terus bagaimana penyediaan makanan dari dapur kan?

Di Hei Sushi, untuk menu hidangan kali ini telah menawarkan sesuatu yang berbeza dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat Malaysia amnya.

Bermula dari 23 May sehingga 31 Julai 2016 seawal jam 6 petang sehingga 9.30 malam, Hei Sushi menawarkan pelbagai jenis hidangan berbuka dengan gaya Jepun.

Terdapat 3 set hidangan untuk menu istimewa dari Hei Sushi kali ini….

Set A…

Sesuai untuk seorang…

Ramadhan Set A (Harga RM19.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang)

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion

 

Set B….

Seusai untuk seorang tapi nak makan banyak…hahahaha

Ramadhan Set B (Harga RM25.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood)

Side dish boleh pilih ;

  • Spider Maki atau
  • Otak-otak harumaki atau
  • Sunshine maki atau
  • Ebi tempura

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion
Set C….
Untuk 4 orang… eh.. sesuai gak untuk makan seorang..tu kalau rasa lapar sangat ni… tapi macam banyak jer.. apa salah makan ber 4 kan.. boleh borak2 sambil makan…hehehe

 

Ramadhan Set C (RM129.90)

Hidangan utama boleh pilih 4 antara;

  • Heri Tori Specialty atau
  • Tori Chicken atau
  • Shake Kara + White Rice
  • Ika Kara + White Rice
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood) atau
  • Saba Kara + White Rice

+
Side dish boleh pilih antara 2;

  • Spider Maki atau
  • Hei maiki atau
  • Sunshine maki atau
  • Hana neta
  • Tempura Moriowase
  • Temari combo
  • Sashimi platter (3 jenis)

bersama

  • Buah kurma x 4
  • Salad atau sup miso x 4
  • minuman sejuk red passion x 4

Menu semua dah tengokkan…

Jom tengok secara close up….

Jadi pada yang kene makan nasi juga berbuka… jangan risau..

Menu nasi ada..  makan dengan Shake Kara @ Ika Kara @ Saba Kara… sedap sambal nya.. pedas-pedas manis….hehehehe

Jadi pada yang ingin kan kelainan untuk berbuka puasa ramadhan kali ini..

Waktu menu untuk berbuka puasa di buka dari :

6.30 petang – 9.00 malam
(23 Mei 2016 sehingga 31 Julai 2016)

 

Boleh la cuba makan di Hei Sushi

Hei Sushi 
P03A Plaza Alamanda
Putrajaya
No Telefon : 03-88931066

Kembar baju

Huzaiman ni betul la… dia nak pakai baju yang si Zulfadhli tu punya….

Mujur la abang-abang nya dulu sekolah kat pasti.. jadi banyakla size nya.. ada yang kecik punya.. jadi terus jadi hak dia la… Huzaiman dah claim awal-awal yang baju kecik tu dia punya…

Punya la suka dapat pakai.. bila abang nya pakai baju pasti.. dia pun cari la baju dia… nampaknya kene pastikan baju dia pun basuh sekali .. kang tak jumpa dia nangis-nangis nanti…hahaha

Samyang Hot Chicken Ramen

Wah…… sejak dua menjak semua duk pakat2 beli mee ramen korea ni wei… tak leh jadi ni.. saya pun mencari-cari gak…

Puasla g cari..
G Giang–> tak ada
G Mydin –> lagi la tak ada
G Jusco Aeon –> pun tak ada
G Aeon Big –> tak ada gak

Sana sini la g cari….. pastu berhenti kejap.. sebab letih gak mencari…hahaha

Pastu semalam g balik ke Alamanda Aeon Big tu kan… ha ko…. tetiba nampak ramai memborong Samyang ni…

Terus berkejaran g cari ko…hahahaha

Akhirnyaaaaaa……………………..

Puas hati dapat gak jumpaaaa

Beli 1 bungkus… pastu masuk FB ramai lak kirim…

eh..eh.. kirim hengat letak harga sama ker?? mesti la tak…

Kat internet ni.. harga nya :

Sebungkus (5 pek) – RM 33.00 + RM 9.00 postage
Sepeket : RM 7.00 + RM 9.00 postage

Ko tengok..letak la harga macam mana.. laku ko derang nak beli.. sebab stok susah nak dapat tau…

Ohya…sebelum wat spekulasi yang bukan-bukan.. mee korea ni HALAL ok…

*********************

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal.

Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini.

“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.

“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi.

Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan  sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jakim siasat status halal mi segera dari Korea]

Sebelumnya, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan mi segera itu.

“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.

Sebelum ini, mi segera Samyang tersebut menjadi popular akibat ramai yang menyahut cabaran untuk mencuba tahap kepedasannya.

Info : Jakim sahkan Ramyeon Samyang halal

******************************

Ok… nanti nak cuba rasa….

Ramai cakap PEDAS koo… jadi nak gak tahu sedap ker?? hahaha…

Gilerla..pest time makan mee mahal ko.. selalu makan mee maggi jer yg 5 bungkus RM4.00 tu…hahahaha

Tunggu next entry la yek…hehehehe

Menginap di Legoland Hotel Resort, Johor Bahru

haip..haip.. jangan wat spekulasi dulu… ni nak bagi tau.. ni cerita Tahun 2015 wei… hahahahah. Punya la lama nak update.. tak terupdate.. pastu baru teringat nak update.. tak buat juga..

Tak boleh jadi.. kene buat juga.. sebab kenangan kan.. nanti nak compare harga ker.. nak compare suasana ker.. senang la kan ..rujuk jer dalam blog..hahaha

Ok.. mana yang terlepas citer ke Johor Bahru tu.. nah tempek sikit link..hahaha

Jika ingin kan hotel berdekatan di Johor Bahru.. boleh la cari di HotelCombined disitu ada pelbagai jenis hotel beserta dengan harga yang berpatutan…

Selepas bertolak dari Hotel Selesa tu.. kami bergerak ke Legoland.. anak-anak dah excited wei..hahahaha

Ishk.. mana lak gambar ..hari tu dah edit.. tak pepasal kene edit lagi sekali…hahahah

Masa bagi tau anak-anak nak ke legoland.. kemain semua suka…

Setiap sign borad saya suh cari perkataan legoland tu.. hahaha.. ada jer legoland semua jerit kegembiraan….

Tengokla.. masing-masing

Tak reti duduk diam la.. melompat2.. mujur kete luas.. kalau tak.. hai. bergaduh jer memanjang…hehehe

Wah.. dah nampak dah hotel Legoland wei…

Warna warni sungguh.. lawa kan?

Alhamdulilah… sampai juga kami sekeluarga kat Legoland ni.. selalu baca jer blog orang.. pastu dengar jer cerita kengkawan kan…hehehe

Kali ni sendiri mengalami pengalaman bermalam di Legoland… walaupun 2 hari 1 malam pun.. syukur la kan.. merasa la juga…

Sampai jer pintu masuk Legoland.. emmm.. memang penuh dengan lego la kan?

Penuh weiii… sana sini merata-rata la… anak-anak mula la x tentu arah.. hahaha.. terutama si Huzaiman.. semua dia usik.. sana sini

check in pukul 4 ptg tau…. jadi bila kami sampai awal.. kami letak beg dahulu.. kemudian ke taman tema sampai kul 4 ptg.. baru masuk bilik…

Naik lift nya memang happening…. macam disko..

ada lampu kelip-kelip.. pastu lagu rancak.. setiap lift lain lagunya… anak-anak la suka…

Masuk bilik masing-masing dah ke katil…

Katil double decker.. tapi bawhanya ada 1 lagi katil jadi boleh la tuk 3 org.. ala.. Huzaiman kecik.. boleh tidur kongsi-kongsi ngan abang nya…

Kemain.. tv depan katil…

buka kartun jerla sepanjang berada dalam bilik…

Ni katil di bilik utama…

Saya pilih bilik tema Lanun…hahaha

anak-anak lelaki.. kene la cari yang ala-ala ganas kan? takkan la bilik princess lak..hahaha eh..tapi sebenarnya x ada tau princess..hahaha

Bilik ni di pisahkan dengan pintu sliding….

Jadi ada la privasi.. kemudian tv ada 2 .. satu depan katil anak-anak.. 1 lagi tergantung tepi ni…

Gini jer rupa bilik airnya

tak de la bathtub ok… pakai shower jer… boleh la.. sebab datang nak g taman tema.. bukan duk dalam bilik…hehehe

Yang comelnya.. ada 2 sinki ko…

1 dewasa.. 1 lg tuk kanak-kanak….

Siap ada cawan dan alatan bilik mandi.. semua ada cop legoland…suka la anak-anak

Ada 4 helai baju..

2 dewasa 2 kanak-kanak….. anak 4 org.. emm.. berebut2  la..

sudahnya bagi jer pada adik2 nya..hahaha

Sedap rupanya kukis kat legoland ni..

Ada dijual kat kafe bawah.. boleh beli kalu nak tambah lagi tau…

Ni adalah peti karun… haaaa… jangan tak tahu… dalam tu ada harta karun…hehehe

Harta karun nya legoland la.. ala.. kecik jer… anak2 kene selesaikan kua nya baru leh dapat jawapan dan kunci kombinasi tuk buka…

Ikutkan macam nak dapat.. tapi x leh buka.. ggrrr.. pastu suh Danial g kat kaunter khidmat pelanggan minta bukakan…kah3

 

 

Bila dah bermalam situ.. dapat percuma sarapan pagi tuk 5 orang tau…

Lawa giler tempat makan nya.. semua ada lego yang besar2 tu…  makanan pula memang sangat banyakkkkk…. sampai tak terpilih….

Datang awal.. maka leh lepak lelama sikit… sampai kul 10 pagi la…hehehe

Sebenarnya… nak bermalam di Legoland Hotel ni memang mahal… mujur ada Matta Fair masa tu…

Saya ambik pakej RM 1,390.00 untuk 5 orang.. (2 dewasa + 3 kanak-kanak). Harga pakej ni termasuk tiket untuk 2 hari untuk taman air dan taman tema serta sarapan pagi untuk keesokan harinya….

Di sebabkan anak saya 4 orang.. makan saya kene tambah 1 lagi tiket untuk 2 hari

Maka saya ambik 2 hari kombo tiket berharga RM 155.00

Jumlah keseluruhan nya adalah RM 1,545.00 untuk 2 dewasa + 4 kanak-kanak. Kira ok la kan.. masih bawah RM2,000.00 kan… dan masih murah..

Jadi pada mereka yang ingin menginap di Legoland Hotel, boleh la tunggu masa promosi Matta Fari .. memang amat berbaloi…

Bagi Tahun 2016 harga RM 1,690.00

Beza sikit la.. mungkin 2017 naik lagi ker? mana tau kan…hehehe

untuk 2 hari kombo RM 180.00 untuk kanak-kanak… emm.. naik gak.. dalam RM25.00 kan… boleh tahan gak harga nya…

Tapi bila dah total untuk pakej hotel + 1 tiket kanak2 masih RM1,870.00 … bawah RM2,000.00 lagi..hehehe

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi dan pakej di Legoland, boleh la layari laman web Legoland

Jadi rajinla merancang…supaya berbaloi dan menjimatkan…hehehe

Tapi kalau nak cari hotel lain.. boleh try cari di HotelCombined banyak pilihan yang akan di senaraikan dan dapat jimat banyak di situ…

Atau korang boleh jer guna apps tu jer.. download di google play di sini

Ok nanti kita sambung kisah di Taman Tema dan Taman Tema Air Legoland lak…..

Program Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016

Yayasan Restu dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan program Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016.

Program ini dilihat sebagai usaha murni bagi mengenengahkan Malaysia Islamic Art sebagai salah satu produk pelancongan Negara disamping mempromosikan produk pelancongan yang berunsurkan Islamik di Selangor.

Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 22 Mei 2016 – 5 Jun 2016
Masa : 09.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No. 2A Pesiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor

Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya Pameran Khazanah Rambut Asli & Tapak Kaki Rasulullah SAW (Artifak Dinasti Mughal),

Replika Pedang Rasulullah SAW dan sahabat RA, Islamic Bookfair, Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Seni Khat (Musabaqah Khattul Quran), Malam Semarak Cinta Rasul, Kayuhan Basikal Shah Alam, Berkuda, Memanah, Gerai Jualan & Pameran dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik akan berlangsung.

Majlis Perasmian Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016 ini akan diadakan pada 28 Mei 2016 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi.

Manakala booth Tourism Malaysia Selangor akan dibuka pada 26 Mei – 29 Mei 2016 jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Jempur hadir beramai-ramai semua!!

Bayar Mc’Donalds menggunakan kad debit atau kad kredit

Masa g makan kat Mc’Donalds Bangi tu hari.. masuk2 rasa macam pelik…

Kenapa tak ramai orang.. pastu lenggang jer…. pastu nampak luas sikit… macam nampak perubahan… jadi beratur la… nak beratur pun pening.. sebab semua kaunter kosong.. wakakaka

Sampai kat kaunter… eh perasan ada kertas cara mudah bayar….

Terus cakap ngn my IR cakap.. boleh bayar pakai kad debit @ kad kredit…. apa lagi suh la my IR cuba.. nak suh saya yg kuarkan kad.. konpem DECLINE.. duit tak der… wakakaka

Pesana macam biasa la…

Cuma time nakbaar tu selitkan kad kemudian masukkan pin nombor…

Masa nak bayar tu tengok la harga nya.. betul ker tak?

Kang terbayar lebih tak pepasal jer… kalau terkurang boleh topup ngn duit tunai jer…

 

Dah tu kemudian tunggu la sampai nombor  di panggil…wah macam g klinik lak.. ambik ubat..kah3

Tapi bila buat begini sekurang2 nya tak la penuhkan kat kaunter.. cuma time saya datang tak ramai sangat la.. tak tahu la kalau time ramai… kene lak time kad tak leh guna kan.. ha.. mengagau lak org tu nak cari duit tunai..emmm…

 

Setelah menunggu dalam 5 minit.. nombor pun naik.. ambik makanan terus duduk….

Eh.. air kopi latte tu ambik kat Mc Cafe yek.. kat kaunter biasa tak der…hehehe kangkorang g order lak…

Ok la.. pas ni boleh la guna kad jer.. sebab sebarang harga mereka terima pakai KAD….. makin galak la anak saya ajak makan Mc’donals gini…hahahaha