Palm Garden Golf Club buffet Ramadan 2019

Wah…sedar tak sedar dah nak hujung minggu yek… cepat nya masa berlalu…

Sabtu dan ahad la masa untuk bersama dengan keluarga kan?

Ni pertama kali saya ke Palm Garden Golf Club.. cantik rupanya kawasan ni…

Ada haiwan ternakan juga seperti ayam, itik, kambing dan beberapa lagi haiwan lain…

Jangan tak tahu, di Pam Garden Golf Club juga ada tersedia buffet Ramadan berkoncepkan ‘NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG’  

Sajian utama di sediakan seperti Nasi Bukhari, Lemak Pucuk Manis dengan Labu, Goreng dengan Sos Thai, Gulai Lemak Telur ltik dan banyak lagi akan di tukar setiap hari untuk mengelakkan menu berulang.

Pelbagai pencuci mulut yang sedap dan menarik di hidangkan.

Air minuman yang sejuk dan panas di sediakan untuk pembasah tekak.

Selain menu yang terdapat di dalam.. ada juga menu lain yang di sediakan di luar.

Kambing golek dan juga ayam golek di sediakan.

Sedap makan panas-panas ni… 

Bagaimana dengan menu tersebut.. ada yang menarik hati?

Tempat parking yang tersedia dan pemandangan yang menarik untuk di nikmati ketika berbuka puasa memang sesuai dengan konsep NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG

Untuk menikmati buffet ramadan ini yang berlangsung dari 08.05.2019 – 01.06.2019 seperti berikut :

Harga Walk In
RM78nett (dewasa) 
RM48nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 
RM58nett untuk warga emas. 

Untuk harga promosi sebelum 7hb Mei 2019 bel 10 dapat 11.

Palm Garden Golf Club, 
Ioi Resort, 62050 Putrajaya
No tel : 603 8213 6366 atau 017 2167101 

Website : www.palmgarden.net.my
Facebook : https://www.facebook.com/palmgardengolf/
Instagram : https://www.instagram.com/palmgardengolf/?hl=en

Kenangan 2 hari 1 malam di Vietnam

Sebenarnya cerita ni pada tahun 2017……….. 2 tahun yang lepasssssss ..lama tak? Maaf la yek…

Lupa nak update… pastu macam eh..perlu la update.. nanti nak cari balik senang…bila pernah pergi kan…kenangan wei…

Ini adalah pertama kali pergi ke Vietnam bersama dengan BFF..hahaha.. ni dengan kawan-kawan opis..  Mehla kita coret sikit dalam blog sebagai kenangan di hari tua..

09032017 – Khamis

Jam 5.30 pagi atas ERL ok…

kan kene ada kat airport 2 jam awal kan… maka kene la kuar awal..

Lupa lak pukul berapa jam.. mungkin jam 9 pagi kot…

Naik flight dah siap-siap order makanan.. takut lapar.. maklumla kat Vietnam tak tahu lagi camna… saya pertama kali datang kan..hehehe

sampai je Airpot Vietnam… terus mencari bus stop nak naik bas.

Sebab baca dalam google.. baik naik bas dari naik teksi yang mahal…. iyela.. baikla kita jimat kan..

Tapi kalau naik bas… barang macam luggage bag tu konduktor akan kira bayaran juga.. maaf la tak ingat berapa RM..hahaha

Sampai je kami terus jalan kaki mencari hotel nya…

Kawan dah siap2 cari jalan.. saya follow je.. sebab yg uruskan penginapan kawan-kawna saya…hahaha

kami menginap di GIA HUY HOTEL je…

GIA HUY HOTEL
26 Nguy?n An Ninh, 
B?n Thành, Qu?n 1, 
Ho Chi Minh, Vietnam

Ada 2 katil single dan 1 katil queen.. cukup la kami ber4…

Bukan nak besar mana pun.. untuk tidor satu malam je.. esok dah check out kot..hehehe

Jadi sampai hotel lebih kurang jam 12.30 tghari……

Ok la kan biliknya… yang penting terletak betul2 di tengah ben than tempat syurga membeli belah..

Hotel ni free wifi ok.. memang lenjan la update status… tp rasanya masa ni x der masa.. sebb datang vietnam nak g shopping bukan bersukaria.. bukan saya la shopping..tapi kawan-kawan

Saya datang negara orang nak tengoh keindahan tempat orang je..hehehe

Jom ke pasar Ben Thant

Dah habis dalam..kami keluar pula.. jalan luar lak..

Ialah.. kedai situ dekat-dekat je..jadi marila kita berjalan…

Apa lagi la kawan-kawna saya membeli… tak habis lagi tu

Saya kerja nya mengambil gambar jer..hahahaha

Pastu balikhotel letak barang yang di beli tu…terus rasa lapar.. makan la petang sikit lagi…

Ni depan hotel je kedai makan… mujur dekat dengan restoran makan.

kemudian sambung berjalan lagi weiii…..

Kemudian ke Saigon Square lak..

Tempat dia macam kat kenanga la lebih kurang.. semua barang ada baik baju, beg, kasut eh..macam-macam la.. sediakan duit sudah…

kemudian berjalan jela lagi.. sampai ke shopping mall ala-ala mcm sogo la..

Cantik juga tempat ni…

Dah nama pun shopping mall kan..hehehe

Malam tu ada pasar malam

Jual macam pasar malam jerla… tinjau-tinjau jer…

Pas tu saya sorang2 je balik ke hotel.. kawan-kawan yang lain masih bershopping dan makan larut malam… penat dah.. lagipun tak tahu nak beli apa pun..hehehe

10032017 – Jumaat

Esok pagi sebelum check put kami pakat pusing lagi bandar vietnam…

Sebelum tu marila makan… dah nak tengahari masa ni..

Sedap makanan nya di situ… ambik set kongsi ramai-ramai… licin semua makanan..

Cendawan enoki di goreng sangat ranggup.. teringat-ingat sampai sekarang rasanya… try buat kat rumah tapi tak berjaya

Tengokla kawan saya.. helmet tepi jalan pun nak beli…

Macam tak der jual ke helmet kura-kura ni kat Malaysia..hehehe

Jadi kami jalan-jalan lagi…

Entah apa tempat saya ambik jerla gambar.. kenangan kan… kereta jangan cakap la banyak giler ko…

Kene hati-hati melintas….

Ini la kopi vietnam yang ramai sebutkan tu…

RM3 secawan… rasanya okla..tuk cuba apa salahnya membeli kan…hehehe

Ini la pandangan kedai makan area saya menginap…

Sangat banyak kedia makan..pilih la.. kedai yang saya pergi makan namanya Kampung Melayu

Ini pula padandangan menghala ke hotel kami menginap…

Nampak tak yang saya bulat warna merah tu.. itu la hotelnya… sebenarnya kan.. keliling hotel ni.. ada banyak jual tudung.. murah-murah je..

Boleh la usha-usha bila petang-petang..lagi meriah…

Pastu kami pulang ke hotel bersiap untuk check out

Tu dia.. bila pergi ber4 tapi pulang nya macam bawa ramai orang..hahaha

Beg dah beranak pinak… masing-masing bawa hasil rembatan di Vietnam

Ini la hotel lobby nya..

Kecik je.. untuk daftar je.. pastu masing-masing naik hotel pastu keluar balik nak menyopping.. jadi tempat persinggahan je la kan. mandi dan tidur..hehehe

Sampai dah airport…

check in dan masukkan luggage.. sementara tunggu untuk di panggil…

Sempat lagi berposing kat airport… maklumla..pas ni entah bila nak datang lagi..

Tapi tu la.. entah apa-apa la di ambil..hahaha

Masa ni dah tunggu kat pintu gate…dalam kul 8 malam rasanya kapal terbang berlepas.. sebab kami sempat solat maghrib di airport.. cuma x der tempat sesuai.. mana-mana kawasan lapang kami solat..hehehe


Begitula perjalanan kami 2 hari 1 malam ke vietnam.. cepat dan pantas….

Mungkin ada rezeki bolehla pergi lagi.. insya allah

30 hari sebelum Ramadan Al-Mubarak

RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).

Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).

Bersedia kah kita untuk mejalani ibadah puasa yang akan menjelma tak lama lagi…?

Lagi 30 hari sahaja…. semoga kita dapat bertemu Ramadan yang di tunggu ini…………

Bila Huzaiman tukar sekolah

Alhamdulilahhhhh………………sudah masuk bulan ke 4 di tahun 2019.. Huzaiman pun dah selesa bersekolah…

Sebelum  ni Huzaiman bersekolah penuh di Sekolah Agama Swasta memandangkan tak dapat di SK Jalan Empat… tapi setelah setahun berlalu saya buat kembali surat pindah sekolah.. dah berjaya dapat..

Lupa pula wat entry pasal dia.. nanti tak de kenangan pula…hehehe

Tempat wajib bergambar…hahaha

Amacam? Kacak tak?

Semasa perhimpunana dan menuju ke kelas…

Masa ni dia kira murid baru la kan.. sebab pertama kali datang sekolah kebangsaan..hehehe

Main duduk je mana kosong…

lepas tu cikgu kelas perkenalkan pelajar baru.. kebetulan ada lagi sorang.. jadi 2 orang la pelajar baru juga..hehehe

Belajar membeli makanan dan minuman…

Saya bekalkan RM3 je sehari… kalau sempat kekadang bekalkan nugget ke, hot dog ke.. tuk makanan tambahan…

Jadi ini jela kenangan terakhir anak sekolah rendah kan.. lepas ni tak der dah..hahahaa… semua dah meningkat dewasa..dah nak masuk sekolah menengah lak..huhuhu

Semoga anak-anak saya semua dapat menimba ilmu hingga ke menara gading…amin

The Colourful Staircase di Aeon Mall Nilai

Masa pergi ke Aeon Nilai … tetiba pergi ke satu sudut hujung sebelum nak ke tandas… nampak macam warna warni

Ter tulis pula THE COLOURFUL STAIRCASE 

Nampak warna hijauuuuuuuuuu…. lawa kan?

Jadi saja la jenguk ke dalam tu… eh..eh…

Rupanya ada tangga warna warni…

Sebenarnya kene naik dari GF hingga ke atas la..

Sebenarnya tangga ni nak mengajak para pelanggan AEON untuk menggunakan tenaga.. mengamalkan kesihatan dengan cara bersenam walaupun di dalam shopping mall ….

Kalau rajin pergila.. siapa kaki gambar mesti suka.. sebab boleh bergambar kot.. banyak warna dan mural yang lawa-lawa di lukis di dinding

Kene cuba tau… nanti boleh la feeling…feeling model TANGGA…hahahaha

Restoran Rebung Chef Ismail buffet Ramadan 2019

Siapa tak kenal Dato’ Chef Ismail Ahmad pemilik Restoran Rebung …. yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang masakan. Beliau di besarkan di Kampung Chengkau Hulu, Rembau Negeri Sembilan.

Membantu arwah neneknya di dapur membuatkan beliau berjaya mendapat ilmu dalam masak-memasak. Arwah datuknya juga turut mengajar membeli barang dan hasil tangkapan laut yang segar di pasar.

Jadi sempena bulan puasa yang bakal menjelma ini, restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjgun ke Restoran Rebung. Bermula daripada makanan pembuka selera hingga la pencuci mulut.

Restoran Rebung masih mengekalkan sajian utama masakan iaitu daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, siput sedut masak lemak, pari asampedas dan banyak lagi.

Sebelum ke Restoran pengunjung akan di sajikan dengan peralatan memasak yg terletak di pintu masuk lift dari tempat letak kereta.

Boleh la bergambar mengamit kenangan semasa di kampung.. susah woo sekarang nak jumpa periuk belanga macam tu….hehehe

Boleh la bergambar mengamit kenangan semasa di kampung.. susah woo sekarang nak jumpa periuk belanga macam tu….hehehe

Sementara sebelum masuk ke ruang makan.. terdapat juga pameran pakaian tradisional seperti baju kedah, kain batik dan kain pelikat.

Sapa pernah pakai baju kedah? dulu memang banyak baju ni kat rumah…hehehe best pakai dengan kain batik.

Ruang makan di restoran pengunjung terus di sajikan pemandangan makanan utama…

Jom lihat apa menu yang terdapat di Restoran Rebung

Sesuai dengan konsep “Nostalgia Sajian Desa” amat sesuai untuk pelanggan menikmati masakan kampung yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas yang sentiasa menjadi rebutan kerana kebanyakkan restoran banyak disajikan dengan sajian barat.

Tengok.. dodol pun ada wei…sedapnyaaaaaa…..

Sementara pelanggan menjamu selera…pelanggan akan di alunkan denfanirama ghazal dari kumpulan Ghazal Sri Nuansa.

Jadi sambil menjamu selera smabil mendengar alunan irama ghazal yang mengusik jiwa… nak pula di bulan ramadan.. mesti dah teringat kampung time dengan alunan irama ghazal kan?

Menarik menu-menu yang di sediakan…

Setiap hari akan berubah menu utamanya… maklumla 90 jenis makanan nak hidang dalam satu masa pun tak terlarat nak makan kan…

Kalu nak rasa semua..kene la datang hari-hari… mesti dapat rasa semua…

Ruang makan di Restoran Rebung ini mampu menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa…dan terdapat 5 jenis ruang makan.

Ruang solat untuk lelaki dan perempuan juga di sedaiakan dan bileh menampungs sehingga 20 orang pada satu masa..

Kemudahan lift, tempat letak kereta yang luas serta kawasan restoran ini juga mesra OKU.

Pakej buffet ramadan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan ramadan bermula dari 6 Mei 2019 – 3 Jun 2019.

Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempaahan berbuka puasa :-

Harga buffet ramadan 2019
Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett (5-12 tahun)

Restoran Rebung Cehf Ismail
5-2, Aras 5, Parkir bertingkat Bukit Aman,
No.1, Jalan Tanglin, Taman Botani,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2276 3535; Fax : 03-2276 2525
emel : restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail

Cuti sekolah pengal pertama 2019

Minggu lepas cuti sekolah.. jadi tak dapat nak kemana-mana pun.. di sebabkan.. Danial mendapat chicken pox dari asrama…

Tapi dia kene sebelum cuti sekolah.. kiranya dia balik rumah tu dalam fasa penyembuhan la.. sebb dia dah demam dahulu di asrama.. boleh pula dia tak bagi tahu saya dia tak sihat..adoila…

Jadi masa jemput Jumaat hari sebelum cuti sekolah tu baru dia bagitahu ayahnya… jadi hati sabtu pergi klinik, doktor sahkan kene chicken pox cuma dalam fasa akhir la..

Maka.. pada hari Rabu masa cuti sekolah tengok keadaan nya dah baik.. jadi hanya dapat bawa pergi tengok wayang dan jalan-jalan naik Bas, MRT dan LRT..hahaha

Gigih jalan kaki dari rumah nak ke bas stop…

Nak naik grab macam RM13.00 memandangkan penumpang lebih dari 4 orang..hahaha…

Jadi jalan kaki la jimat sikit duit bayar grab.. bukan jauh mana pun ..ke depan je… errr… tapi bila tengok jauh gak la..hahaha

Ala… tak sampai 1 km pun.. dalam 15 minit la berjalan.. basah la badan sikit…

Dapat naik bas.. yeahh.. kebetulan lak ada bas MRT ngn Smart Selangor…

Jadi mestilah pilih Smart Selangor.. sebab PERCUMA..hahahaa

Kemudian naik pula MRT dari Kajang ke Cochrane…

Turun ke MyTown.. sbb nak tengok wayang…

citer Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal je… tapi anak-anak jerla tengok…

Saya hanya hantar dengan pendangan mata dari jauh..hik3.. tak koser la pula nak layan kartun kan… biarla anak-anak jer tengok…

Keluar panggung wayang lapar… mana taknya kul 2.40 petang tak silap.

Pergi solat.. pastu terus ke McDonalds makan lak..

Kemudian naik MRT dari Cochrane ke MRT Maluri.. tukar pula naik LRT ke PWTC

Sebab balik tu boleh balik dengan ayahnya.. ayah nya kerja.. tak dapat cuti… jadi kan jimat perjalanan balik

Sementara tunggu ayahnya,… lepak jap la kat Starbuck..

Leh la si Iskandar buat kerja sekolah sikit dan yang lain lepak-lepak…hahaha

Maka berakhirla cuti sekolah anak-anak …

Banyak duduk rumahjer.. memandangkan si abang pun dah besar boleh tengokkan  adik-adiknya.. walaupun kene kerap call tanya itu ini dari opis…

Sebab nanti mesti ada yang tak buat dan bergaduh..pengsan ibu,…

Sebagai penutup cerita.. gambar berdua ibu dan ayah… nasibla kan.. ayahnya berbaju kerja.. dah susah sikit nak bergambar bersama.. Senyum pun payah… 

Janjji anak-anak gembira walaupun hanya berjalan dari Bangi ke KL sahaja………hehehe

Palm Garden Hotel Buffet Ramadan 2019

Bila bulan ramadan, mesti ramai mencari buffet ramadan kan?

Apa kata jika berkesempatan marila mencuba buffet ramadan di Palm Garden Hotel yang bertemakan “RAMADAN KAMPUNGLICIOUS”.

Terdapat lebih dari 80 jenis menu makanan di sediakan sepanjang bulan Ramadan ini dengan pelbagai menu seluruh Malaysia dan juga beberapa menu makanan antarabangsa juga di sediakan.

Antara menu utama di sediakan…

Menu utama tersebut akan di tukar setiap hari.. jangan risau… kalau pergi hari-hari pun tak bosan la orang cakapkan.

Jadi boleh la hari-hari berbuka di sana kan?

Banyak bukan menu yang di sediakan….. sayur-sayuran, ulam, desert, abc… emmm… terliur pula rasa tekak bila tengok menu-menu tersebut….

Oh ya… untuk makluman semua, bukan hanya menu ini aja ada di dalam hotel, terdapat juga beberapa gerai di luar perkarangan hotel di sediakan…..

Gerai di luar semestila yang bakar-bakar dan goreng-gorengkan…

Sedap tu makan panas-panas masa berbuka nanti….

Kambing golek ni mana boleh tinggal kalau g buffet ramadan kan?

Ayam golek juga ada di sediakan…

Antara gerai-gerai yang di sedaiakan adalah :-

Amacam sedapkan??

 Air minuman, gula-gula dan juga popcorn amat sesuai untuk kanak-kanak…

Jadi ada juga benda yang dapat buat anak-anak diam kan? Berikan aja popcorn ni.. tentu duduk setempat…. 

Antara menu-menu yang saya dah cuba….

Semua sedap-sedap belaka….. rugi tau kalau tak cuba… Jadi cepat-cepat tempah sebelum terlambat… sekarang ni ada promosi harga buffet ramadan.

Harga buffet Ramadan seperti berikut :


WALK IN
RM98.00 nett – Dewasa
RM58.00nett – Kanak-kanak (bawah 12 tahun) & Warga emas

ONLINE –> Ramadan Buffet
RM85.00 nett – Dewasa
RM51.00nett – Kanak-kanak (bawah 12 tahun) & Warga emas

Tapi jika beli secara online sebelum 5 Mei 2019, haa…. harga dapat lagi murah…

RM75.00 nett – Dewasa
RM45.00nett – Kanak-kanak (bawah 12 tahun) & Warga emas


Jadi tunggu apa lagi.. cepat-cepat tempah sebelum meja penuh… nanti lagi susahkan…

Palm Cafe Coffee House
Palm Garden Hotel
IOI Resort City
62502 Putrajaya
Tel : 03-8943 2233
emel : palmgarden@palmgarden.com.my
Tempahan online : https://palmgarden.com.my/ramadan-buffet/

The Adventurer’s Web di Aeon Mall Nilai

Pernah dengar AEON Mall Nilai? Terletak di Nilai, Negeri Sembilan…

AEON Nilai merupakan pasaraya terbesar di Malaysia..dan baru di buka pada awal tahun lalu.  jadi dalam masa yang sama banyak tarikan  terbaru akan dibuka sdi AEON.

Jadi untuk pertama kali The Adventurer’s Web tempat riadah sekeluarga bakal di buka pada 23 Mac 2018 sempena pembukaan rasmi bersama AEON Nilai juga…

Terletak di Aras 2 dengan keluasan 2,440 squaremeter. Aktiviti di dalam ini juga akan bertukar dari semasa ke semasa.

Zaman sekarang, ibubapa suka membawa anak ke tempat membeli belah dan dalam masa yang sama ingin anak-anak berseronok tanpa perlu beralih tempat… jadi jika anda inginkan semua nya di dalam satu bumbung.. amatla sesuai jika membawa anak-anak ke sini…

Di The Adventurer’s Web ini terdapat 3 tempat yang berlainan jenis dan juga mengikut umur serta kesesuaian pengunjung untuk meneroikai nya… jom lihat apa yang terdapat di situ

1) DINASOUR RANGERS

Di Dinosaur Rangers ini saya sanagat sarankan untuk anak-anak dan ibubapa cuba.. kerana tempat ini sangat menarik terutama nya anak-anak kerana boleh melakukan beberapa aktiviti bersama ibubapa sekali..

Tempatnya tidak berapa besar. Di dalamnya terdapat replika Dinasour untuk anak-anak pelajari asal usul dinasour serta mengenal rupa bentuknya.

Replika ini bergerak dan berbunyi…. tapi jangan risau dia tak bergerak kemana-mana.. dia setempat sahaja…

Di dalam ini juga ada beberapa aktiviti boleh di lakukan, tidak hanya melihat pameran Dinasour sahaja..

Untuk anak-anak yang sukakan sukan lasak, boleh cuba untuk memanjat tiang ini.. tidak terlalu tinggi jadi amat sesuai untuk semua kana-kanak mencuba.. boleh jadikan ia satu pengalaman.

Pada yang suka sejarah… boleh ke Fossil Extraction ini…

Dan ada juga education hub di mana pengunjung akan di sajikan infomasi mengenai Dinasour serta akan ada beberapa gimik untuk pengunjung untuk menikmati pertunjukan tersebut.

Rugi tau kalau tak masuk Dinosour Rangers ni….

2) Mini Science & Technology Discovery Centre

Di sini untuk mereka yang minat sains amat sesuai untuk belajar… kerana di sini semua boleh di cuba..

Seperti pasir ini… ia akan berubah warna mengikut bentuk pasir tersebut…

Jika kita bukitkan pasir meninggi.. akan menjadi gunung berapi… jika ratakan akan menjadi rumput.. jika berlekuk akan menjadi seperti sungai yang mengalir.

Antara aktiviti yang boleh di cuba anak-anak di mini sains ini… sesuai untuk para pelajar yang meminati sains…

3) MONSTER HOUSE
Ok.. tempat terakhir dan agak mencabar sikit…

Rasanya jika anda seorang yang berani boleh la cuba untuk masuk…

Terdapat 13 bilik untuk pengunjung masuk…

Setiap bilik berbeza-beza suasana dan konsep…

Ini pintu masuk ke monster house tersebut…

Jangan risau.. semua nya tak bergerak.. bukan seperti rumah hantu di funfair tau.. di mana semua bergerak-gerak

Yang ini semua replika sahaja…

Ada juga setu bilik di mana pengunjung boleh mencuba pakaian dan bergambar untuk kenangan. Gambar akan di print dan di berikan kepada pengujung setelah tamat semua bilik di monster house tersebut.

Jangan risau.. di monster house terdapat 2 jenis kategori

  • Untuk keluarga di mana sesuai untuk kanak-kanak masuk.
  • Untuk yang sukakan exteme yang lebih takut dan seram sesuai untuk dewasa la

Jadi bagaimana? Teruja ke untuk mencuba tempat baru ini? Jangan risau… pembukaan rasminya pada 23 Mac 2019 ini.

Yang lebih menarik lagi.. sempena pembukaan AEON Nilai, 200 tiket percuma akan di berikan pada pengunjung untuk mencuba The Adventurer’s Web ini…

Jadi jom bawa anak-anak ke AEON Nilai ini.. lagi pun minggu depan cuti sekolah penggal pertama sudah pun bermula.. memang sesuai sangat untuk mengisi masa lapang anak-anak ni.

Kiranya jika masuk sini anak-anak pasti leka dan seronok.. kerana di sini kebanyakkan menggunakan kemahiran dan daya imiginasi sendiri untuk mencuba dan melakukan aktiviti.

Harga untuk setiap tempat seperti jadual di atas.

Jadi ayuh beramai-ramai datang ke hari pembukaan pada 23 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi :

THE ADVENTURERS WEB

2nd Floor, AEON MALL Nilai

No 2 Persiaran Pusat Bandar

Putra Point, Putra Nilai

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Monter House : 011-16436050

Dinosaur Range : 012-6574912

Mini Science : 017-6726385