• Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >
Mar
25th

INFO Lanjutan : G6PD

Ini adalah lanjutan dari Entry aku yang bertajuk APAKAH ITU G6PD??

Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).

Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.

 

Tanda-tanda

Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:

- lemah badan
- pucat
- susah bernafas
- jaundis (kulit menjadi kuning)
- air kencing menjadi gelap atau merah
 

Penyebab

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:

- jangkitan
- ubat gegat
- pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik.

 
Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:

- Dapsone dan sulphones
- Methylthioninium chloride (methylene blue)
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Pamaquin
- Primaquine
- Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
- Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit
- Aspirin
- Chloroquine
- Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
- Probenecid
- Quinidine
- Quinine
- Naphthalene (dalam ubat gegat)
 

Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:

- Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis
- Pengambilan asid folic yang berterusan
- Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini
 

Perkara-perkara lain

- Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.
- Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.

Sila rujuk kepada doktor anda untuk keterangan lanjut sekiranya anda ingin penjelasan lanjut.

 

sumber rujukan : Anispharmacy

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
24th

MERAH itu MENAWAN…

ni la orang kata…
betul2 punya rehat…
dalam dok tgh rehat tu…
sempat lagi aku calit inai mekah yg jenis tiub tu kat jari jemari ku…
lama dah tingin nak pakai inai…
masalahnya MASA jer x der…
so…tgh dalam pantang nie…
aku calit la di jari jemari ku…
huhuhu…lawa x??
meriahkan warnanya…??

kuku 1

kuku 2

MERAH itu MENAWAN…..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
23rd

Jangan ingat depa buta IT….

huh…duk umah parents aku nie kan…
yg sonoknya, pasal ada komputer…
kalu ada komputer, ada internet…
kendian…dah ada internet lak…
ada VIDEO CAM lak….

x caya??
korang tgk sendiri la gambar nie…
ayah aku nie ADVANCE tol…
pakai SKYPE lagik….
anak buah aku pun dah pandai…
anak aku lak?? tgh nak cuba2 tu….
huhuhu……

IT 2

(Danial tgh ber’VIDEO CAM’ ngan umairah)

 

IT 1

(Umairah di SKYPE CONFERENCE)

 

IT 3

(Umairah tgh sibuk menaip tu)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
22nd

My Hero…. not 1 or 2 but 3…

huhuuh..x sangka la pulak…
dah 3 orang anak aku……
pertama – 2004 skrg dh 4 tahun 2 bulan
kedua – 2007 skrg dh 2 tahun 1 bulan
ketiga – 2009 dan baru berusia 27 hari….

hero 1

masa anak 1 orang, x der la riuh sgt…
masuk yg kedua..kemeriahan dah terasa…
bila anak berlari2…kejar mengejar..
gaduh, bergusti…dgn ayahnya sekali la…
kali ie dah tambah lagi sorang…
x tahula cam ner keadaan nya…
mungkin lagi riuh…
hehehe…..

Hero 2

sonok bila tgk anak2 bila balik kerja…
segala kepenatan ilang..
tapi kekadang, letih gak nak melayan
ialah..kita balik kerja dah la penat…
anak lagi nak layan, umah lagi nak urus…
tapi kekadang aku kene fikir balik…
anak dah 8 jam dkt TASKA, time aku balik nie lah dia nak kita layan..
so…kene la aku menahan penat…
kehkehkeh……..

hero 3

k…mari kita layan gambar aku berposing 3 beranak..
ayah dia x der…ada hal…
ni pun aku suh anak jiran aku snap kan…
kehkehkeh………

hero 4

hero 5

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
21st

Ole-ole dari UK

Pagi tadi ayah aku pergi ambik ole-ole yg dikirim dr UK
Ole-ole tu adalah dr adiknya yang menetap kat UK
tu la adik bongsunya yang satu-satunya duk jauh…
adik beradik ayah aku yg lain sumer ada kat Malaysia

Pak Cik nie aku panggil POK CIK RUBIAT…
memang sangat sporting kalu berjumpa ngan anak2 buah dia…
aku ingat lagi…kenangan lampau tu…
gara-2 menghantar rombongan kahwin pok cik…
aku nyer tangan patah…kene langgar dek motorsikal…
salah aku la gak..sbb melintas x pandang kiri kanan..
huhuhu…kenangan tu…

so…ole-ole tu ayah aku ambik kat umah sedara terdekat gak…
dikirim melalui org kot…
kekadang pok cik kirim CD, BUKU, KASET, MAKANAN…
kali nie ayah aku dapat CD ngan COKLAT..
nyumm…nyumm…..
dapat la aku makan COKLAT tadi…
dalam pantang leh kan makan COKLAT??
x kan x leh kot..sedang kan milo pun leh minum…
huhuhuhu………

 

ole 3

ole 2

ole 1

ole 4

 Thanks POK CIK RUBIAT atas ole-olenya……

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
20th

x sabar rasanya….

lagi 1 minggu aja …………………
minggu nie my hubby g cuci umah sementara aku lak duk umah mak aku ……
next week….aku akan berangkat ke rumah baru…
muahahaaaaaaaaaa……
x sabar rasanya…

maka dengan ini aku wat pengumuman….
bermula 28.03.2009….
aku akan berpindah dari Kajang ke rumah baru…..
dengan iu…segala surat menyurat…
sila tukar ke ALAMAT baru…
yang akan diumumkan kelak….

tapi nak ker aku bagi korang alamat baru kat cini…
giler ker…
kalu nak…emel la personal…
muahahaaaaa……….

waduh……….waduh…
sudah tidak sabar rasanya…………

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
20th

TAG : dari Cik Yatt

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” ni untuk diletakkan di blog.

Award

Yatt…ni skrg udah mask tahun 2009…apa la ko nie..
adakah cukup besau aku letak nie???

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Yatt aka Nkara… kawan kerja aku masa kat Putrajaya…
now still best frenz.. i lap u Yatt…

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Fakta ker?? huhuhu…………. Auta x leh yek…

1) aku suker mem’BLOG’
2) aku suker ngan kawan-kawan aku….
3) aku suker ngan kehidupan yang aku layari sekarang…
4) aku suker window shopping…(pasal wit x der..huhuhuu)
5) aku suker membaca majalah/buku/novel…
6) aku suker gigit telinga anak aku…(hobi nie tau..muahaha)
7) aku x suker kalu kene TAG…(hahahah..ni jujur tau…kehkehkeh)
8) aku x suker basuh barang yang ecik2…mcm sudu/garfu/piring…(pemalas tol aku)
9) aku x suker dalam kepanasan (x kira hati atau pun cuaca…hahahaha)
10) aku x suker TAG orang…(so kira selamat la kawan2 akuyg kat luar tu yek…)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Cuba korang rujuk balik FAKTA aku yang ke -10…………..

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan “anda telah di tag, sila layari di sini untuk mendapatkan award anda”.

- sorry………..disebabkan x der PEMANGSA…so… TAG ini ditutup………..
muahahahaaaaaa………….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
20th

Sumer pun dalam pantang…….

Stokin

ni sapa yang berpantang nie??
naik konpius la pulak aku…..
aku ker anak2 aku yang berpantang???

Stokin Danial

tgk la…bila aku pakai stokin, baby pakai stokin…
sumer pakat cari stokin nak pakai lak….

Stokin Iskandar

dah sibuk sangat nak berstokin.
ha….pakai la korang…tapi sampai bila leh tahan??
sekejap jer…malam nak tido..bukak ..
sebab………….PANAS…
hahahahahaha…..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
20th

Kasih sayang si abang

bila dah ada ahli baru…
biasanya ahli lama mesti la sibuk kan….
sibuk nak memegang la, nak mencium la…
si Danial, dia x berapa kisah sangat…
tapi si Iskandar……
letih ko.tiap jam mesti nak di cium Zulfadhli…

Danial
(ni si danial bersama zulfadhli)

iskandar
(ni Iskandar lak…bersama Zulfadhli)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
20th

Ohh…sejuknya….

hari tu masa mandikan anak aku si Zufadhli…..
tetiba lak macam nak buat gambar kenangan lak…
aku pun snap la 2 keping gambar dia tgh mandi…
masa nie aku baru 1 minggu…
suami aku yg pegang baby…
aku tukang jirus…
dah aku pantang sendiri…suami kene la bantu kan??kan??

zul mandi

zul mandi 1

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes