Pameran Kasut Antarabangsa | Sumijelly Weblog

Malaysia International Shoe Festival 2012

On March 28, 2012, in Blog, Events, PWTC, by Sumijelly

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera…. 

 


Dimaklumkan bahawa Malaysia International Shoe Festival 2012 yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh                       :   29 Mac 2012 (Khamis) hingga 1 April 2012 (Ahad)
Waktu Pameran    :   29 Mac 2012
(10.00 pagi hingga 6.30 petang) – 
“open to trade only”
30 Mac hingga 1 April 2012
(10.00 pagi hingga 8.30 malam) – “open to public”
                       
Tempat                     :    Hall 2,PWTC, Kuala Lumpur               
Tiket Masuk            :    Masuk adalah percuma
                                     
Program ini merupakan program kali ketiga yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah Haji Hamidun diiringi oleh Y.B Menteri Pelancongan Malaysia pada 29 Mac 2012 (Khamis) bermula jam 10.00
pagi.
Di antara pempamer lain yang turut serta sempena program ini ialah:
-      LAN BAHARIN – DR CARDIN – MASTER BABY – LULU -      JIMMY CHIA – PALLAS – ZUCCA INTERNATIONAL – SANTA BARBARA -   U.S POLO ASSN – GIRAFFE – ASADI  – SNOWLY -      CASPIA – LARRIE – PAULA MODA – RUCINI
Semua warga Malaysia adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
Sekian untuk makluman
Terima kasih,

Malaysia International Shoes Festival 2011

On April 7, 2011, in Blog, by Sumijelly

malaysia international shoes festival

Acara : Malaysia International Shoes Festival 2011
Tarikh : 7 – 10 April 2010
Tempat : PWTC, Hall 2

Masuk adalah PERCUMA

Ha.. apa lagi, kepada sesiapa yang berminat nak tengok kasut memahal.. leh datang.. sapa yang nak beli pun boleh gak…hehehe

Tapi sediakan lah duitnya… seperti biasa penuhla PWTC ngan orang ramai… sila jangn penuhkan parking kereta yek..kang aku tak leh nak parking..muahaha

Nota kaki : Selalu ada events kat PWTC, kekadang sempat jenguk, kekadang tak sempat jenguk…huhuhu

Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia 2010

On March 30, 2010, in Blog, Events, by Sumijelly

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia selama tiga hari mulai 2 April ini, bagi mempamerkan produk rekaan kasut terkini daripada pereka tempatan serta menjadi landasan bagi mereka mempamerkan bakat ke peringkat lebih tinggi.- (Berita Harian)

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan — Malaysia buat julung kali akan menganjurkan pesta kasut antarabangsa April ini yang pereka kasut terkemuka Datuk Jimmy Choo menjadi penasihat pesta. – (Bernama)

Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 April 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

img

Apa lagi…mari pergi ker Pameran Kasut Antarabangsa nie… banyak kasut rekaan yang terkenal di pamerkan.. Datuk Jimmy Choo pun ado kau… x moh jumpa ka??

Kasut yang dipamerkan seperti:

  • Vincci
  • Bonia
  • Sembonia
  • Carli Rino
  • Jukebox
  • Asadi
  • Dr. Cardin
  • Crocodile
  • Nose
  • Lewre
  • John Bird
  • Larrie

Antara acara yang menarik seperti :

  • Galeri Sejarah Kasut
  • Gallery membuat kasut
  • Sudut Kreatif Pereka Muda
  • Kasut yg di pamerkan
  • dan ada juga acara yang lain (tidak la dapat di nyatakan)

So…jgn lupa datang yek!

Nota kaki : Cam biasa…nak jumpa aku…hari Jumaat jerla yek..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...