Ishk……… balik Langkawi dah dekat seminggu.. tapi apa pun tak update…. agak penat ok. Macam terbang jauh lak rasa.padahal g Langkawi jer kot… tapi betul..rasa macam jetlag jer…hahaha
Ok.. untuk tidak menghampakan… meh ler tinjau tempat penginapan saya semasa di Langkawi.
Boleh tak, saya just letak gambar tanpa ada penerangan…… tak larat dah nak citer…..waaaaaaaaaaaa
Di sini senarai harga yang di tawarkan…..
Rasanya harga nya berubah2 mengikut hari.. seperti cuti umum, cuti hujung minggu dan hari biasa.
Dapatla bermalam 4 hari 3 malam di situ…..
Tapi rasa macam tak sesuai kot kalu family duk bilik tu.. lampu malam ok… sesuai tuk honeymoon…. hahahahaha
Tapi masa saya datang situ… service kat situ amat…amat…amat… mengecewakan ok! minta sejadah lambat, mintak hanger lebih lambat…. buggy pun lambat… mana tak lambat kalu 2-3 org je yang bekerja… tapi permintaan tinggi….
Dah la masa tu ramai pak arab duk honeymoon kat situ….. bilik lak jauh2 belaka ok! letih nak jalan.. tu pasal kene ambik service buggy…..huhuhuhu
Tapi …….. kalu nak rasa gak duk situ, leh la usha website dia yek?
Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (60-4) 952 8888 Fax: (60-4) 952 8899
Email: pelangi@meritushotels.com
Email: resvn.pelangi@meritushotels.com
Sesuai untuk pasangan yang hendak pergi Honeymoon.
pi haoneymoon ok la ni kot…tp memang cantik cuma harga jer mahal..
Kalau servis lambat tu memang sakit hati jugak la kan. Macam tak sesuai la dengan harga yang mahal tu.
Saya juga menginap di Meritus pada tarikh yg hampir sama. Banyak yang perlu Meritus perbaiki. Check in lambat. Hampir 25 minit menunggu. Nasib la dihidangkan dengan welcome drink. Sarapan pagi juga mengecewakan. Ramai yang terpaksa beratur panjang….hanya menunggu giliran untuk mendapatkan meja.