Bowling Persahabatan untuk Kaki-kaki Novel

Cerita dah lama… tapi baru sempat nak update…….huhuhuhu…. maaf yek kengkawan. Sekarang tak ada masa nak update…… walaupun keinginan nak buat tu ada….huhuhuh

Pada 24.02.2013 bertempat di Bowling Metro kajang, di adakan bowling persahabatan anatara kaki-kaki novel. errkkkkkk… kaki novel… hehehe… ngaper? tak percaya ker? saya kaki novel ok!hik3

Ala…. tak jauh jer.. kat Bowling SuperBowl kat Kajang…….. Sebab dekat ngan umah saya tu yang saya g turun,… kalu nuuunnnnn kat KL tu.. agak susah sikit kot… tengok keadaan la kalu nak g..hik3

Pukul 9.30 pagi saya sampai….. dah dekat. x perlu la nak rushing2 kan… saya bawa 2 orang anak bujang saya jer….. lagi 2 orang saya tinggalkan ngan ayahnya..hik3

Tak tau pula makanan pagi di sediakan…….. jadi apa lagi.. ambik kesempatan la makan kan….. maklum la keluar tak makan… jadi perut pun lapar……

Sampai jer sana terus berkumpul……. ni kumpulan Firman dan Hilman….hahahaha……..peramah2 kakak2 dan adik2 semua….hik3. Kami adalah dari kumpulan Melur Jelita…. yeahhhhhhh!!!

eh.. kami ada group sendiri tau dalam FB. rajin la bercerita pasal kisah Firman dan Hilam.. ishk… tak lama lagi kuar lagi watak baru.. 26.04.2013 ni pelancaran buku baru dari kak Melur Jelita ni…hik3

Kak Zu tengah bagi penerangan…….. Sedang memasang statergik…….hahahaha………

Bersama penulis……. errk….. maaf la, tak ingat dah namanya…. huhuhu

Hahaha….. sempat ambik gambar kaki sebelum acara bowling bermula…….

Cer teka kaki siapa kalu pandai…hik3

Sebelum main…… harusla berposing bersama rakan seperjuangan…..hik3

Berdiri dari belakang kiri : Kak Zu, Kak Zaiton, Kak Mawar, Kak yong, ok… lagi 3 kanan udah lupa namanya……….yang tahu Mieza, Nur ngan Yatie (betul tak??) waaaaaaaa. *tolong! *tolong!

Kami dari Group Hilam…….. hik3………… Yeahhhh!!!

Ini pula dari group Firman ….hik3

Ok…. tak sah kalu x der anak2 kan…….. sibuk nak ikut….. bawa jerla..hik3

Malas nak tulis panjang lagi.. tengok jerla aksi memasing di bawah…hik2

Inilah penyokong kami……. hik3…. masing2 menyokong bila ada yang masuk longkang, yang strike, yang spare… dan juga yang tak dapat apa2….keh3

Terbaik la korang!!!!!!!!hik3

Ini pula keputusan markah masing….. tapi saya tak derla snap semua. ini jer yang sempat…hik3

Nampak sangat banyak yang masuk longkang kan??kan?? emmmm..siapa agaknya tu?? hik3

Hanya untuk keputusan terakhir jer saya sempat snap 1. yang geng Firman tak dapat nak snap.. sorry geng!

Errrk…….. 97 markah jer?? hahahaha………. nampak sangat saya banyak masuk longkang…. jadi sapa nak lawan saya…. boleh la.. konpem orang tu mudah menang!! kah3

Inilah barisan penulis yang mempromosikan buku mereka secara tak langsung……..

Sesiapa beli leh terus dapat tandatangan la terus……..

antara buku-buku yang di jual : Chdin Rak Ter, Mrs Kertu dan Kau yang pertama dan terakhir.

Ok….. selepas main sambil gelak2 kan… acara yang di tunggu mestila acara bergambar…… hik3……

Bab bergambar tak yah cakap.. tak perlu tunggu, semua bersedia… tinggal snap jer….hahaha

 

Best dengan mereka…….. sporting dan gila-gila!! Tak sangka la pula.. mereka semua peramah……. senang bertegur sapa…….. masing2 bestttttttttt!!!

Ok… lepas main kami di jamu dengna nasi ayam……… sedapppppp ok!! siap tambah 2 kali…….hahahaha

Ewahhhhhhh… masing2 sempat joget dangdut lagi sementara menunggu keputusan….. hahaha….

Ada bedio nya ok!!……. kalu tayang kang nanges semua tengok gelek masing2……..hahahaha

Ok… malas nak cakap.. dah tentu la kami tak menang… dapat hadia sagu hati jer….. ehhhhh.. ok la.. yang penting kami dapat bertemu dan mengeratkan silaturahim bersama……..

Macam biasa….. acara bergambar lagi!!!!!!!!

 

Dan adalah juga gambar berkumpulan beramai-ramai……..

Ini la mereka yang turut serta!!  ramai kan!!

Insya allah…. jika ada lagi acara sebegini, kalu dapat pergi saya akan turun…. kalu tak dapat maafkan saya… mungkin ada masalah dari masa, keadaan atau apa-apa jerla…..hik3

Terima kasih kengkawan dari HILMAN dan FIRMAN…….. saya sayang korang!!!!!

Keputusan ABPBH 2012

Artis Baru Lelaki Popular –  Aiman Hakim Ridza
Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsuddin
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Kumpulam Rock SEARCH

– — – — – — – — – — – — – — –
Kategori Online
– — – — – — – — – — – — – — –
Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular – Sofi Jikan
Gandingan di Layar Serasi – Johan & Zizan Razak
Watak Animasi Tempatan Popular – Upin & Ipin
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial  – Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo – Zizan Razak
Artis Wanita Stailo – Melissa Francis
Artis Asia Paling Popular – Zizan Razak

Bintang Paling Popular ABPBH 2012

.

.

.

.

.

.

.

.


 Shaheizy Sam

TAHNIAH kepada semua pemenang…….

walaupun ramalan saya semua tidak kene……… tetapi TAHNIAH juga la pada yang kalah.. kerana sekurang2nya masih d ingati sehingga tercalin dalam 5 yang teratas……

Paintball yang mengerunkan tapi menyeronokkan….

Lama betul tak update……… aiseyman…… lupa pula wat entry berjadual…hik3

Ala…. jangan la tak jenguk blog saya…… cian tau.. makluma 3 hari saya berkursus…. ala, dekat jer, sekitar Cyberjaya jer…hik3

Kali ni nak citer pasal PAINTBALL……….. sapa pernah main???

Ini adalah pertama kali bagi saya……….

Pernah tengok member selalu post dalam FB gambar2 mereka bermain…… dan tengok dalam Tv jer…… secara LIVE tak pernah ok!

Jadi kebetulan dalam Kursus yang saya hadiri ada pula segmen bermain PAINTBALL!! jadi apa lagi, dengan peluang yang ada ni lah saya mencuba ok!

Sebelum bermulanya permainan ni macam biasa la…….. mesti ada penerangan….

Selepas terangkan serba ringkas, jadi kami dalam 1 pasukan bermain…hik3

Takut ok….. sebab ramai cakap kalu kene ‘tembak’ tinggal kesan 6 bulan kat badan….. ok..ok….. derang suka menakut2kan kaum wanita yang lemah kan??hahaha

Bila saya bermain… memang takut, takut kene tembak….. tapi bila lawan kehabisan peluru….. pergh…… bestla menembak jer……..hahahaha

Walaupun takut, tetap seronok……. jadi amacam?? ada sesiapa yang nak lawan saya?? hahahaha…………

Tapi kalu boleh, saya nak duduk belakang jer……. x nak duk depan…… takut wooo kene tembak……….

Apa2 pun sangat seronok mencuba……… sekurng2 nya ia menjadikan satu pengalaman yang manis untuk saya juga!!

[RESEPI] Kari Ayam tanpa Santan

Semalam saya mencuba resepi yang dah lama mak saya gunakan….tapi saya pula pest time nak buat…hahahaha

Selama ni masak Kari guna santan, kali ni masak kari tanpa santan……puas la goggle .dan jumpa resepi yang cukup ringkas dari resepi Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA 🙂
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba’s
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS 🙂
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS 🙂
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah kari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..

Dipetik dari Resepi Mat Gebu

 **************************************

Alhamdulilah……….. memang menjadi kari ayam saya………. dan anak-anak suka makan.

Mungkin lepa sni saya akan cuba masak kari ikan pula…….. rasnaya lagi senang kot masak tanpa santan…….mudah dan rasanya memang lagi sedap!!!!!!hik3

Pada yang nak mencuba boleh la cuba…….. pepandai la agak yek… saya pun pest time buat….hik3

Sepanjang 7 jam yang dilalui….

Salam…..

Semalam adalah hari yg mendebarkan…mana x berdebar..tetiba dapat call dari Day Care Iskandar kata dia x sehat.

Muntah2 sampai kaki jadi putih…pas dapat call dalam pukul 10.50 pagi..terus balik dan pecut ke Day care Iskandar.

Sampai jer sana..dia dah lembik badan…dan muntah untuk kali yg entah ke berapa dah… keluar warna kuning…arghhhh. .saya tengok pun dah risau.

Terus bergegas ke Hospital Kajang sebab kalu pergi Klinik saya rasa mesti setakat bagi ubat tahan muntah dan air garam…tu yang saya terus ke Hospital. .mugkin Doktor boleh buat pemeriksaan lebih lanjut.

Sampai sana dalam pukul 12.00 tengahari. .terus ke Kecemasan dan menuju ke kaunter Penyaringan 1 dahulu. Kaunter Penyaringan 1 ni hanya perlu bagi butir2 penyakit. .mereka akan nilai sama ada kecemasan atau bukan kecemasan

Kemudian pergi ke kaunter 5 untuk mendaftar…adeh baru teringat. .x bawa kad pengenalan Iskandar pulak. ..jadi terpaksa la salin butir2 peribadi dengan sendirinya…

Sebaik ada buat simpanan nombor kad pengenalan anak2 dalam hp. Selepas isi borang, bayar RM1 dan dapat nombor. Masa tu nombor yang ke 2053. ..

Selepas beberapa minit nombor naik, kene pergi ke kaunter 5… untuk pemeriksaan sebelum berjumpa doktor. ..

Check suhu badan…tekanan darah dan tanya serba ringkas apa permasalahan…. selepas itu kene la tunggu di luar sebelum di panggil bertemu doktor.

Jadi di tempat menunggu inilah bermulanya ‘penantian penuh seksaan’ dan ‘sabar itu separuh dari iman’

Bila duduk di ruang menunggu yang air cond nya hangat2..dimana x rasa sejukkkkkk dan juga tiada apa2 hiburan walaupun tv chantikkkk tergantung kat ruang tamu…

Melihat juga gelagat pesakit dan juga bukan pesakit di mana yang bukan pesakit pun duduk…tapi yang sakit pula berdiri tanpa rasa bersalah nak bagi untuk yang sedang dukung anak kecik untuk duduk…

Dalam waktu menunggu tu…adalah juga Iskandar muntah2 dalam 3 kali… sampai tertidur2 la dia…

Sempat la juga saya tinggal kan dia sekejap untuk membeli makanan dan minuman serta melakukan beberapa perkara sementara menunggu nombor naik….

Selepas 3 jam…dalam pukul 3.20 petang baru lah nombor saya naik…..

Masuk jer dalam bilik pemeriksaan. .. ya allah. . punya la banyak nombor yang menunggu lagi..dan hanya ada 2 -3 doktor jer yang merawat….memang kesian doktor2 di situ.. kene menguruskan pesakit-pesakit yang ramai kan…

Bila dah lama menunggu. .apa yang korang rasa? ? Iskandar dari dah lembik badan. . Bila dah tido dan makan…kurang la sikit demamnya serta dah x muntah2 lagi… dan waktu tu saya rasa macam.. eh dah ok ker iskandar ni…hahaha

 

Bila dah buat pemeriksaan. . Doktor sarankan ambik ujian darah sebab takut denggi atau lain. ..tetapi kene tunggu lagi 2 jam!

Hah?? 2 jam? saya berkira-kira jap…ok..saya kata x perla… saya nak pulang sebab saya tgk anak saya dah kembali sihat cuma demam aja..dan saya mohon ubat demam sahaja. tengok dah ok.. kesian pula nak tunggu lelama kan…. Masa tu waktu dah hampir pukul 4.30 petang dan saya jangkakan mesti selesai malam… sebab itu saya tolak sebab letih menunggu lagi…kesian ngn iskandar lagi…hehehe

Doktor tu minta saya tandatangan surat penolakan ambil ujian darah atas kemahuan sendiri supaya jika ada apa2 yg terjadi pihak Hospital tidak bertanggungjawab.

Masa Doktor tu tanya ada penyakit ker tidak..dan saya sebut G6PD. .barula Doktor tu panggil Doktor Pakar Kanak2 tuk dirujuk..dan dalam masa yang sama Doktor Pakar tu terus minta masukkan ‘drip’ dan terus ambik darah untuk ujian…

Perghh… lega rasanya bila terus ambik darah…hehehe

Selepas tangan Iskandar dimasukkan jarum tuk ambil darah dan masukkan air… kini kene tunggu pula keputusan ujian darah tersebut. ..

Sempat la lagi Iskandar makan dan minum lagi…tapi dah x muntah2 lagi dan selepas masukkan air dalam badan..dia nampak kembali sihat. .suhu badan dari 39′ selsius dah turun ke 37′ selsius sahaja….

Dan keputusan darah nya pun NORMAL dan tiada apa2 yang mencurigakan….Alhamdulilah rasanya…. tu yang saya suka ke Hospital Kerajaan…hehehe

Dan selepas 2 jam….akhirnya Doktor benarkan pulang selepas puas hati dengan perkembangan Iskandar yang semakin sembuh. ..

Dapat slip ambil ubat di farmasi dan dibekalkan ubat demam dan 3 botol ubat antibotik. ..

Dalam pukul 7. 15 malam selesai urusan saya di Hospital Kajang…..

Kira2 7 jam juga saya berada di Hospital untuk urusan pemeriksaan dan rawatan.

Emmm. .benarla ramai yang merungut tentang perkhidmatan Hospital Kerajaan yang lama terutama waktu menunggu. ..

Tetapiiiiii…walaupun lama..tetap ramai yang datang berkunjung… terutama macam saya..dari mengandung anak pertama sehinggla bersalin anak ke 4….tetap dapatkan perkhidmatan dari Hospital Kerajaan walaupun tahu hakikat nya menyakitkan…

Agak2 kenapa yek ramai yang berkunjung dan mendapatkan perkhidmatan dari Kerajaan? ?

Kenapa yek??

Ok..sekian la ngomelan saya yang panjanggggggg lebar..hik3

Apabila Iskandar tidak sehat. …

Semalam Iskandar dah mula demam…dan mula tak nak makan….. tapi saya paksa juga makan roti sebab nak makan ubat kan…

Pagi ni macam biasa hanya dia ke Day care..maklumla cuti sekolah dah bermula. ..tak ada org nk jaga dirumah…

Bekalkan ubat demam + tahan muntah + serbuk air garam….. ialah takut dia muntah2 kat sekolah tu kang… sebab dia biasa bila kene demam mula la buang segala isi…

Dalam pukul 11 pagi Ustazah Pasti call bagi tau Iskandar dah lembik sebab dah 5 kali muntah2! !!

image

Apa lagi…saya terus la balik.. x kan nak tunggu sampai balik kerja baru nak g klinik kan? Lagi pun ini dah banyak kali terjadi…maka x boleh tahan la.. terus jer bawa Iskandar ke Hospital Kajang.

Biarla lama…pun lama la… janjji puas hati sebab bila g klinik biasa… mesti bekalkan ubat jer… saya risau badan dia menjadi lembik lagi…nanti semua dia nak makan… udah la kurus…. makin  kurus la lagi….

image

Dari pukul 12.00 tengahari samapi sekarang dah pukul 2.50 petang masih belum lagi jumpa Doktor. .. dari demam dah kurang sikit demamnya…

Gini la kalu pergi Hospital Kerajaan kan…huhuhuhu

[IKLAN] Azzara Cottons

 Salam Semua!

Azzara Cottons Diasaskan oleh Pn Farah Nini. 

Butik ini terletak di Putra Heights, Subang Jaya.

 

  

 Mempunyai koleksi pelbagai jenis kain cotton. Antaranya, cotton voile, japanese cotton dan American cotton. Juga mempunyai koleksi kain lace dan sifon.

Mementingkan kualiti kain bagi kepuasan pembeli.

Menyediakan tempahan jahit di butik dan secara online dan juga khidmat alteration di butik.

Pembelian secara ansuran juga diterima.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui emel atau telefon :

EMAIL : azzaracottons@gmail.com
Tel : 03 – 5192 3944 (shop)
Tel : + 6012 2122 596 / Farah
Tel : + 6019 3822 596 / Wan

SHOP ADDRESS
2A, Jalan Putra Mahkota 7/6A
Seksyen 7, Putra Heights
Subang Jaya, Selangor

Web site : http://www.azzaracottons.com/

Waktu Perniagaan:
Mon – Sun 11am -8pm

The Mall bakal di tutup?

Semalam saya ke Parkson The Mall……

Ada jualan penghabisan stok untuk menghabiskan barangan di Parkson. ..

Dari best buy…10%..50%…70%..80% semua ada…

Tapi tak semua barang rasanya kot…. saya rasa macam jualan murah yang setiap bulan punya jer… murah lagi kot kat Sogo…

Kene pandai pilih la… memang nampak ada sale…tapi x semua barang yek!!

Sapa nak ke Parkson sila la datang…sale sehingga ke 30hb Mac 2013

Kat Ground floor pun banyak juga barangan yang murah2. ..macam kat jalan TAR la pulak…hik3

Tapi memang banyak kedai di The Mall dah tutup….. dengar kata Sunway Managment yang akan ambik alih… tapi tak tahula bila..

Dulu kat The Mall ni la saya suka datang…dulu ia dikenali sebagai Yaohan… dan ayah saya selalu bawa kami sekeluarga disini selain di Chow Kit Road.

Kemudian..masa sekolah rajin datang bersama rakan2 sebab ada permainan di tingkat 4… kira theme park kos murah la….main sampaiii habis duit belanja sekolah..hik3

Kemudian. .x sangka bila bekerja di PWTC saya menjejakkan kaki lagi disitu. … dan memang disitu la syurga membeli belah diwaktu tengahari. ..

Kini opis saya telah pun berpindah di Putrajaya. ..dan Alamanda pula yang menjadi sasaran saya sewaktu tengahari. .hik3

Pasti ramai yang ada kenangan bersama The Mall… tak tahula selepas ini kompleks membeli belah atau akan menjadi bangunan lain…

Tapi rasanya tempat ini sangat syrategik dari segi pengangkutan sebab ada Komuter dan juga LRT…

Kini The Mall menjadi salah satu sejarah dalam hidup saya… banyak kenangan disitu..hehehe