Kisah Cavenzi dan Kerusi Recliner……….

On May 7, 2012, in Blog, Peraduan, by Sumijelly

Wah… tau sangat la, mesti ramai tertunggu-tunggu entry mengenai CAVENZI…… panas!!panas!! hahahaha….. tapi kali ni lagi panas, sebab dapat kerusi nya sekali…keh3…

La..ada juga ker yang masih tak tahu cerita ni?? ishk… malas tul nak repeat banyak kali wei… apa kata korang baca jerla cerita nya sendiri yek. Nak saya tempek sekali link nya ker?? ok.. nah ambik ni :

Ok… mesti ramai tertanya-tanya… apa kah kesudahan cerita saya dengan Cavenzi? Alhamdulilah…. setelah berbagai usaha.. akhirnya saya berajaya mendapatkan HAK saya sebagai PEMENANG.

Jadi seperti yang di janjjikan, Cavenzi menuntut saya mendapatkan hadiah tersebut pada 1-5 Mei 2012 dan saya telah pun memilih 1.5.2012 untuk menuntu hadiah tersebut. Maklum la jatuh pada hari umum, jadi baikla saya pergi ambil barang tersebut.

Saya sampai ke Cavenzi Balakong lebih kurang pada pukul 4 petang. Sebelum saya datang, saya telah pun menghubungi Pengurus di Balakong iaiut En Raymond untuk pengesahan sama ada hadiah sudah boleh di tuntut atau belum. Jadi tentu lah jawapan nya BOLEH!! Yeahhh!!!

Jadi datanglah saya bersama kereta pinjam iaitu kereta Exora milik abang ipar saya. Untung juga bila ada ahli keluarga lain memiliki kereta besar.. leh menumpang kasih…hahahaha. Jadi saya andikan kerusi itu muat untuk di masukkan kedalam Exora…kalu tak boleh muat gak… bye-bye jerla kerusi tu….hahaha

(dari kiri : En Terence, EnRaymond)

Rupanya pemenang lain ada yang sudah ambil hadiah tersebut. Oh.. tak sempat juga saya bertemu dengan pemenang lain..hehehe. Tak mengapa la.. yang penting masing2 sudah mendapat HAK masing2….

Sempat juga En Raymond bagitahu, bahawa selepas ini, segala urusan di HQ Balakong boleh rujuk pada En Terence selaku pengurus baru di cawangan tersebut. Eh… perlu ker saya tahu?? hahaha… ok.. tak per.. janjji hadiah saya sudah dapat…

Sempat juga la En Terence suruh saya berposing untuk ‘rekod’ pengambilan mereka….eee… dah la saya berpakaian selekeh hari tu.. dengan tak bersedia apa2… ishk… tau pakai baju lip lap lip lap masa datang…hahaha

Adeh……segan la pula..hahahah… patutnya ambik gambar dengan kerusi tersebut baru la gempak……. ni ambik dengan kerusi lain.. Tau-tau kawan saya TAG di FB bagitahu gambar telapun dimuatturun……hahaha

Jadi selepas segala urusan penyerahan selesai… kini tibalah masanya membawa pulang kerusi tersebut. Saya lupa pula nak ambik gambar keadaan kerusi tersebut di dalam kereta Exora…mesti korang tengah bayangkan muat atau tidak kan??

Tentu la muat…. kalu tak muat, dah tentu saya tak leh buat entry susulan untuk bagi tahu dah dapat kerusi kan??? hehehe. Alahai kerusi… gara-gara ko lah pemes sekejap Cavenzi dan Sumijelly…hik3.

Tak derla besar sangat kan? Jadi memang muat la bila di angkut dengan kereta Exora…….

Jadi kini KERUSI RECLINER tersebut sudah selamat di terima dan sudah selamat di henyak-henyak oleh anak-anak saya… semua berebut-rebut nak duduk kat kerusi ni. Sudahla bagi warna terang, jadi amat susah la saya nak menjaga nya.

Kalu la kotor kerusi ni… payah la nak cuci wei… jadi sila la tunggu berapa lama la boleh bertahan kerusi tersebut duduk di rumah saya… semoga ia akan berjasa dengan saya untuk jangka masa yang lama….hik3

Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu merelisasikan impian saya untuk memiliki kerusi Recliner tersebut. Dari bermulanya peraduan tersebut di mana ‘LIKE’ gambar saya kemudian menyokong saya di mana ‘MENYEBAR’ kan entry saya……. dan kini apa yang saya impikan sudah pun dapat.

Terima kasih la tak terhingga… jasa-jasa kalian di MEDIA SOSIAL memang amat berpengaruh….. dan sekurang-kurang nya kita mempunyai pengalaman untuk menempuhnya bersama-sama. Emmm…agak-agak kalu saya masuk peraduan sebegini lagi, ada tak yang sudi nak LIKE gambar saya lagi??hik3

Oh ya….. pada yang nak merasa duduk kat kerusi ni,mehla jemput datang ke rumah… datang-datang tu, sila la jangan lupa bawa buah tangan nya sekali yek…hehehehe

Begitu la kisah saya, cavenzi dan kerusi… berbagai pancaroba yang dilalui.. berkat tidak putus asa dan juga sokongan.. semuanya berjalan lancar.

TERIMA KASIH SEMUA

- T A M A T -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Responses to “Kisah Cavenzi dan Kerusi Recliner……….”

  1. KiD says:

    tahniah puan norsuhaila..!!! kak shila, bila nak blanje wafel..
    KiD´s last blog post ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3

  2. msxeroz says:

    YOH..finally! Happy for u too!

  3. tumpang seronok..:)
    mama maman aka yana´s last blog post ..ALEXANDRA STAN – Mr. Saxobeat

  4. mrs adam says:

    ha dah dpt pun.best la.lagi best sebab ia penuh kontroversi.hehe

  5. myvitrd says:

    Boleh buat drama ni.. hehehe.. Akhirnya boleh duduk sambil makan kacang goreng.. hehehe
    myvitrd´s last blog post ..Menghampiri Usia 5 Bulan Perangai Pun Dah Macam-Macam

  6. kak ina kl says:

    alhamdulliah tertunai hasrat dihati kamu kan

  7. Tapi bagus jugak laa…. at least pemenang yang lain tu dapat gak merasa hadiahnya….
    hazman aka species1980´s last blog post ..FOOD BLOGGER lebih layak jadi HOST RANCANGAN JJCM ???

  8. Sara says:

    Tahniah kak…cantik kerusi tu. Silap-silap boleh jadi pot tempat tido..hehe :)
    Sara´s last blog post ..Seluar Palazzo Kain Lycra Kualiti Tinggi

  9. akuzle ayu says:

    tudia dia punya balut. kaw2..
    akuzle ayu´s last blog post ..Hurray! Mothercare Malaysia is 25 Already…

Leave a Reply

CommentLuv badge



%d bloggers like this: