The Legendary Marriott Buffet Ramadhan 2016

Nikmati lah menu berbuka puasa yang unik di Zest Lifestyle Restoran sempena Buffet Ramadhan  bg tahun 2016.

Terletak di Marriot Putrajaya berdekatan dengan IOI City Mall Putrajaya sangat mudah nak ke sana dari Kuala Lumpur mahupun dari Putrajaya…

Terdapat lebih 200 juadah yang di hidangkan…

Terletak di Aras Bawah dari pintu masuk lobi….

 

Pelbagai perisa air di hidangkan.. baik yang panas mahupun yang sejuk….

 

 

Banyak tempat untuk menikmati juadah berbuka puasa nanti…

Jangan lupa booking dahulu sebelum datang.. nanti penuh pula…

Kuih muih yang pelbagai….

 

Dressing salad pun ada…

Tak yah g jejauh nak makan jeruk…. kat Marriot Buffet ada wei…

Untuk peminat ulam-ulam kampung dan kerabu… ada kerabu pucuk pau kerisik, kerabu jantung pisang, kerabu soohoon, kerabu daging thai…

Ishk.. banyak la jenis2 kerabunya… tak tersenarai..

Satay ayam… satay ikan… otak-otak

Murtabak dan roti bom pun ada.. cicah pula dengan kuah dal dan kari ayam… perghhh. marbeles…

Western salad pun ada….  makanan laut segar-segar… ada udang harimau, oyster, ketam…

Leh perasakan dengan lemon dan pelbagai sos..

Tuk peminat sushi pun ada….

 

 

Jangan risau…  ada yong tau foo tau……

Sedap nasi goreng nya…

 

 

 

 

Pelbagai lauk pauk…. ayam percik, udang sambal, sotong masak kunyit…

Hisk… banyak la menu nya…

 

 

Walaupun kambing ni tak di golek2 kan… terletak jer atas dulang…

Tetap ada di mana-mana Buffet Ramadhan….

 

 

 

 

 

Pelbagai menu untuk pencuci mulut….

Buah, aiskrim, bubur, ABC,  kek, pudding….

Sambil menikmati makanan… di hidangkan dengan persembahan Kumpulan Ghazal Tradisional….

Goreng-goreng pun ada…

pisang oreng, cekodok goreng, cucur udang…

Sedap sungguh pulut di makan bersama durian serawa… ada juga roti jala kalau tak nak makan dengna pulut…

Sedap serawanya….

 

Mee rebus muar dan bihun sup pun ada….

Rasa nak makan pelbagai pasta pun ada … pilih sahaja ikut selera masing-masing…

Jadi jika ingin berbuka puasa di Marriot Putrajaya ni… boleh la booking awal-awal.. nanti penuh pula

Harga Buffet :
Dewasa – RM 135.00
Kanal-kanak (5 – 12 tahun ) – RM 120.00

Jika beli lebih awal sebelum 20.05.2016
Harga Buffet :
Dewasa – RM 120.00
Kanal-kanak (5 – 12 tahun ) – RM 90.00

Ada harga diskaun jika booking lebih dari 10 orang…

Hubungi : 03 – 8949 8926 / 8761 / 8655 untuk tempahan sehingga 30.06.2016

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge