BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.
“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini),” kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094 malam ini.
Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz (gambar), 30, pada tahun 2005.
Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.
Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.
Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.
Majlis akad nikah berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.
Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei 2005 dengan alasan untuk menceburi bidang lain.
Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.
Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.
Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.
Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981.
Gambar koleksi :
Credit to : Syok Kawhin
kenapa ek?
@asmahani,
tu la…. x tahu la pulak..dh la tu..segala gelaran pun di tarik balik…cam kene buang jer rasa kalu mcm tu…huhuhuu
sebab khas apa ek dia ceraikan ek?
@iswatie,
tu la…dah la lawa.. cian anak2 nya kan?
putera puteri tu….
dah nasib badan dia..huhuhu..
alahai..kesiannya..
.-= eliss´s last blog ..Beli Peti Sejuk Dapat Carrybag Toy Story 3 ? =-.
@eliss,
kesian kan?? ishk…agak2 ada ker sultan brunai tu nak bagi duit nafkah?? huhuhu….
sian 2 cutie tu…sedihnye pk anak2nya..yang hal mak ayah i tak kesah sangat..
.-= dbalkis´s last blog ..Alhamdulillah..memang dah jodoh dengan Billy =-.
@dbalkis,
tu la… apa yek nasib anak2 nya??
mesti Sultan Brunai x akan ambik kisah..sbb dia kan sibuk nak urus negara dn kemungkinan sibuk cari bini baru lagi kot….huhuhuhu
uumm….kesian kat anak2….perceraian anak2 yang biasanya menjadi mangsa
.-= eyriqazz´s last blog ..You’re Fired Eyriqazz =-.
@eyriqazz,
tu la… yg jadi mangsa anak2 nya kan??
harap2 anak2 dia di jaga segala nya… jgn di abaikan sudah la… cian derang…
mcm mana ngan nama derang?? still ada putera tu keR??
cantik kan dia?
.-= cikhel´s last blog ..Perangai buruk cikhelena episod 1 =-.
@cikhel,
sangat chantik…. lawa, comel..ishk..ishk.. muda2 dh jadi janda…
mungkin ada hikmah di sebalik yg terjadi..semoga dia tabah menghadapinya…huhuhu
cukup minat kat dia…
kalau la tahu kenapa mereka berpisah…
.-= maslinamansor´s last blog ..Nak ikut stail nie ker…? =-.
@maslinamansor,
mesti akan tahu kenapa..tp bukan sekarang..selalunya akan kuar selepas beberapa minggu…huhuhu… kita tunggu la nanti..
wartawan kan suka cari gosip…..
jaci janda kaya la…mesti dapat duit bertimbun-timbun..
@messi,
mesti la duit dia dapat…habis tu x kan anak2 sultan brunai tu nak di abaikan..
jadi janda kaya pun x guna gak..sbb nama mcm dh tercalar dek kerana perceraian tu..
Pepatah melayu ada mengatakan masuk kandang kambing mengembik , masuk
kandang kerbau menguak, baru kita boleh ikut rentah dan hidup aman. tapi
yang ini tengok. isteri pertama Sultan Brunei Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran …Anak Haji
Mohamed Alam ,bertudung walaupun bergelar isteri orang terkaya di dunia,
tengok menantu sultan brunei pengiran anak saleha bertudung. mari si
azrinaz ni biasalah kan bekas pekerja TV3 SUKU.masuk istana macan rumah
mak bapak dia. langsung tak tahu mengikut rentah. inilah kuasa allah
memberi pertunjuk. kalau di beri sesuatu tetapi tidak tahu bersyukur
bila-bila amsa Aallah subhanahuwataala boleh tarik balik.
@jamilkucing,
tu la..susah gak nak agak kan perkara2 begini. sedangkan insan biasa pun pun berlaku cerai berai.. harap Azrinaz tabah menjalani kehidopuan ygn mendatang… huhuhu
APA HAL KORANG SEMUA NI? NAK SIBUK TENTANG PERIBADI SULTAN BRUNEI? HIDUP PUN BELUM SELESAI DAH NAK SIBUK HAL ORANG. MACAM TAK DE HAL LAIN SAJA. KALAU NAK CAKAP TENTANG NI, JANGAN CAKAP YANG BUKAN BUKAN.
@abc,
terima kasih kerana sudi memberikan pendapat yek..
KALAU ADA GOSSIP PUN MEMANG TAK BENAR. KALAU MAHU TAHU YANG BENAR, JUMPA JE SULTAN BRUNEI. KORANG NI MACAM TAK DE KERJA JE. GOSSIP GOSSIP GOSSIP. CAKAP PUN TAK DE BUKTI. BARU JE DENGAR GOSSIP TERUS MASUK BLOG. PFFT!
@abc,
la..nama pun gossip…maka itu yg di namakan gossip…
tp org yg baca gossip pun sama gak kan?? suka gak membaca kan??