Makan.. makan.. makan… hahaha
Ok .. lama tak update pasal makanan ni…. jom kita tengok mana saya pergi bersama anak menajmu selera..hehehe
Selalu sangat lalu depan restoran ni… nak sangat mencuba kan.. sama ke macam kedai jepun lain…hik3
Konichiwa Cafe………. jepun sangat kan bunyi nyaaaaaaa….
Ajak anak-anak.. mujur semua nak pergi cuba kan…. jadi apa salahnya pergi… sementara ayahnya balik lambat.. kita g la makan dulu ye…
Kedainya tak la besar… kecik je….
Kebetulan saya sampai tak ada orang…. jadi rasa lenggang la kan… tak la sibuk kan.. jadi mesti tenang nak makan…
Moh la tengok apa saya order… tak sempat nak snap menu makanan pula…
Saya order ni untuk spaghetti untuk Zulfadhli… lepas tu si Huzaiman nampak.. dah tak pepasal kene order dua…
Em… masa pinggan pertama .. ok.. terima makanan nya. bila saya order yang ke 2 tu… meatball dia keras dan sejuk.. saya panggil pelayan untuk maklumkan…
Derang ambil 2 ketul meatball tu dan rebus balik.. pastu bg balik… emmm…. Rasa spaghetti untuk pinggan ke 2 rasa masin sikit… emm.. malas nak komplen dah.. as long anak saya makan ok la…
Saya suka makan teppanyaki… tak sangka pula dapat macam ni set nya… siap ada coslow dan ais krim sekali..hahaha
Tapi sayang nya.. ayam teppanyaki tu tawar…. huhuhu…
Maka orderla juga air……….air epal … TAWAR,, air teh ais limau.. so.. so jerla…
Adoii la… hahahaha.. telan jerla
Iskandar order ni…. grill ayam…. semua ok.. kecuali kuah sos lada hitam nya… oitttt.. sejuk rasanya… kuar peti ais pun.. agak2 la.. panaskanla betul2… huhuhu
Entahla.. susha nak cakap.. nak kata ramai pelaggan.. x der orang.. hanya saya dan ada lagi 1 pelanggan lain…
Nak kata saya datang lambat.. tak juga.. saya sampai dalam jam 6.00 petang… bukan waktu kedai nak tutup kan?
Sebab saya baca review.. ada yang kata sedap… tak tau la.. harga kemain mahal.. tapi kualiti makanan tak sama ngan harga …
Kesimpulan nya… ini kali terkahir la saya datang… rasa macam tak kene tekak dan selera pula….
PAda yang ingin mencuba silakan tak salah.. mungkin saya mendapat makanan di waktu yang salah kot… hahahaha. Boleh la tukar tajuk khuchiwaaaaaaaaaaaaa cafe…
Sila-sila la ke kedai nya.. mana tahu korang datang dapat makanan yang di maska sempurna ke…
Kedai nya sebelah TM Point Bangi dan D’One Steak House….