Biarkan Anak Itu Bersama Ibunya

Tatkala si anak masih kecil dan di bawah jagaan orang tua dia tidak ditaklifkan dengan apa-apa tanggungjawab. Dia hanya mahu dijaga dan diberikan kasih sayang. Dia tidak akan faham kenapa dia direbut dan dipisahkan dari ibunya. Yang dia rasai ialah kesedihan dan kedukaan akibat kehilangan kasih sayang seorang ibu. Bagi si ibu pula, sudahlah dia berpisah dengan suami, kini dia berdepan kemungkinan anak-anaknya pula dirampas darinya. Apakah tanggapannya terhadap agama yang ā€˜membenarkan' perbuatan sedemikian? Apakah pula tanggapan kaum keluarganya, sahabat handai dan masyarakat sekeliling terhadap agama berkenaan melihat apa yang berlaku ini?