10 Drama TV Bahasa Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an

Aku ada dapat emel ni dr kawan2 aku… so..saja nak berkongsi ngankorang… dah aku dalam lingkungan tahun itu..

harusla berkignsi pendapat dan rasa kan…hehehe ๐Ÿ™‚

Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.

1. OPAH

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan.ย  Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..

Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya

Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

2. Naik Tangga Turun Tangga

Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.

3. Rumah Kedai

Aku suka gak ngan citer nih. Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan โ€˜areal TV โ€˜ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yangย  begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton.ย  Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.

8. Hanbali seorang Jeneral

Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending diaย  si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..

10. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!

Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Anjang Aki, Slot Spektra, Identiti. fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan.ย  Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh..

Di petik dari : Emel yahoo aku… ๐Ÿ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

    • sumijelly says:

      @Nizaa,
      wah…dh nampak dh muker nizaa…
      cun..cun…
      bila dh nampak yg ini… automatik..sumer komen kat entry2 lain pun akan appear gak…

  1. madam casper says:

    Yezza..semua citer tu akak folo dulu. Yang Sutinah tu…dia bukan hantu kan dia orang…tapi lupa plak ending dia cam na..

    Tu belum lagi citer Jaguh2…yang kisah badminton player tu. 1st drama Eizlan Yusoff…fuhh time tu bukan main lagi orang dok angau kat Eizlan tu..dan time tu jugak musim orang berlumba main badminton hehehehe.

    Lepas tu gila main bola tampar plak..sebab terpengaruh dengan citer Moero Attack tu kan…ishhhh nostalgia oooo
    .-= madam casper´s last blog ..*** ibu cirit lagik???*** =-.

    • sumijelly says:

      @madam casper,
      oh..akak pernah yek tgk citer tu..
      sumi pun dh lupa la..

      yer..Moero Attack my peberet..hr2 x leh miss, siap g main kat luar ngan kengkawan..hahahah

      Thanks yek kak atas teka tekik tu,..hehee ๐Ÿ™‚

  2. su@mamasyaza says:

    citer opah ngan umah kedai tu..akak ngan mak akak memang tak penah tinggal..mesti tgknye..sronok..umah kedai dulu ditayangkan time bulan posa…ingat mak..kelam kabut masak semata2 nak tgk umah kedai…memang best
    .-= su@mamasyaza´s last blog ..Tengkiu Semua =-.

  3. oyie says:

    ingat x lg citer sayang disayang..lakonan mas anizan,ridzuan hashim,adam hamid,yanti erna…best gak drama bersiri tu..biasa siar tiap minggu kul 12.00 tghari thun 1990..sblum g skolah ptg lyn citer tu dulu kat tv1.pastu baru layan save by the bell kul 12.30

Leave a Reply

CommentLuv badge