Pemeriksaan Kesihatan itu amat perlu

Ok…meh kit abercerita pasal KESIHATAN pula… Bila badan sihat…otak cergas, hati pun senang…

Ok…hari tu masa pameran buku… ada Pemeriksaan Kesihatan secara percuma untuk orang awam.

Aku kebetulan baru sahaja lepas melantak nasi ayam + air gas ‘coke’ ko.. masa tu lunch ngan kawan opis aku..

img

Jadi kami ambik keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan percuma tu,.

Percuma x kene bayar..g jerla kan..

K..sambil layan gmbr aku membuat pemeriksaan..apa kata kita fahami serta menghayati apa itu pemeriksaan kesihatan yek..

img

Adakah saya sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Apakah itu ujian saringan?

Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.

Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.

Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

  • Kegemukan (Obesiti)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Paras kolesterol dalam darah
  • Kanser payudara
  • Kanser pangkal rahim

img

Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?

Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.

Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia.

Bagaimana untuk membuat ujian saringan?

Keadaan

Apa yang perlu dibuat/ujian yang dijalankan

Kegemukan Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)
Tekanan darah tinggi Tekanan darah
Kencing manis Paras gula dalam darah
Kolesterol tinggi Paras kolesterol dalam darah
Kanser payudara Pemeriksaan sendiri payudara
Kanser pangkal rahim Ujian pap smear

img

Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?

Anda digalakkan mengikut panduan di bawah.

Ujian 20 – 34 tahun 35 -59 tahun
Berat dan tinggi untuk IJB Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Tekanan darah Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Paras gula dalam darah Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada kencing manis Pemeriksaan rambang untuk gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk < 40 tahun dan setahun sekali untuk > 40 tahun.
Paras kolesterol dalam darah Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah Ujian kolesterol dalam darah sekurang-kurangnya 5 kali setahun
Pemeriksaan sendiri payudara Setiap bulan Setiap bulan
Ujian pap smear Klik di sini untuk keterangan lanjut

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut kecuali pemeriksaan sendiri payudara (PSP) di mana anda sendiri boleh melakukannya.

img

Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa?

Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?

  • Makan secara sihat – Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
  • Sentiasa aktif – Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.
  • Tidak merokok – Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda.
  • Menangani tekanan (stres) – Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.

img

Penting tau untuk tahu tahap kesihatan korang…

Aku sebaik ada pemeriksaan percuma semasa tu. Dptla periksa tahap kesihatan aku.

Gambar2 di atas adalah turutan semasa aku membuat pemeriksaan, dr Berat badan, tekanan darah dan last sekali air kencing…

Kalu korang nak lebih lanjut mengenai kesihaatan boleh rujuk di laman web Kementerian Kesihatan tu tau.

img

ok..dah wat segala pemeriksaan bagai…ini lah keputsan yan gaku terima…

  • Tekanan darah 113/74
  • BMI 21.4kg
  • Glucose 9.4mm

perghh…glukose yg x tahan..bermakna kalu aku mengandung anak ke 4, aku kene berhati2 dlm pemakanan..kemungkinan sejarah mungkin berulang..

Di mana semasa aku mengandungkan anak ke 3, aku mendapat kencing manis semasa mengandung.. tp pas bersalin dh ilang..hehehe.. so ada potensi nak dpt tu..

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat semoga badan cergas dn sihat sentiasa..

Nota kaki : Nak g wat pemeriksaan keseluruhan yg lebih terperinci..tp kene ambik cuti satu hari nie..hehehe.. nak mak sure beas segala penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments

  1. akak su says:

    kat ofis akak pun ada gak pemeriksaan kesihatan cam tu, tp kat sini dipanggil ujian profile, semua staf dikehendaki jalani ujian profile ni…siap ngan xray lg. Bila dah buat ujian profile ni baru kita tau kita ada penyakit, ramai gak kengkwn yg ada kencing manis…walopun usia masih muda…bahaya tu.
    .-= akak su´s last blog ..Jubah Baru n Sesi Jawab Tag =-.

  2. Farah Yusri says:

    Dah seminggu dah ni rasa macam tergerak hati nak buat full body check up. Tapi taaak berganjak gak. Buka blog sumi, terus ternampak entry ni. Wajib buat appointment dengan doc sekarang juga!

  3. Putra says:

    Salam ziarah perkenalan, perkongsian info yg menarik.

    Cuma nk kongsi maklmt tambahan, bacaan glukos 9.4mm, harap anda luangkn masa lebih kerap memantau tahap glukos, kawal diabetes elak risiko komplikasi kronik.

    Moga sihat selalu dan dijauhkan penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge