[INFO] Ikat Peranakan : Risiko dan kesan

On July 15, 2011, in Blog, Panduan, by Sumijelly

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip.

Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF

APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada.

Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsan, (DEMC) Shah Alam, Dr Zamri Abdul Rahim menjelaskan ada beberapa sebab mengapa seorang wanita mengambil keputusan mengikat peranakan atau pembuluh yang membawa telur ke dalam rahim ini.

Pertama, jumlah ahli keluarga sudah lengkap atau kedua dinasihatkan untuk berbuat demikian selepas tiga kali melalui kelahiran secara pembedahan atau caesarean atas dasar kesihatan atau ketiga, kerana berkahwin semula.

“Sayangnya kebanyakan kes wanita yang dinasihatkan mengikat peranakan selepas melahirkan secara caeserean masih muda dan berpotensi untuk hamil lagi,” katanya yang menjelaskan ada negara di dunia yang tidak membenarkan prosedur BTL sehingga menyebabkan risiko komplikasi kepada si ibu.

KEADAAN ketika mengikat peranakan (kiri) dan bagaimana proses mengikat itu dilakukan.

Di Malaysia sebaliknya, kesihatan ibu lebih mustahak berbanding bilangan anak kerana mengikut amalan perubatan di negara ini, kemampuan untuk hamil, adalah satu kebolehan seseorang wanita itu.

Ada beberapa cara mengikat peranakan yang biasa dilakukan di negara ini termasuk teknik terbuka selepas selesai kelahiran caesarean. Ia dilakukan dengan mengikat, memotong dan melecuhkan saluran itu. Jika melalui teknik laporoskopi pula, biasanya klip atau lingkaran cincin digunakan, kadangkala ia turut dilecuhkan.

Apabila wanita mahu hamil kembali secara normal, peranakan yang diikat tadi boleh dibuka semula menerusi teknik RTL. Soalnya adakah anda calon sesuai untuk prosedur membuka tiub peranakan kerana tidak semua wanita yang pernah mengikat peranakan boleh melakukannya,” katanya.

Sepanjang tempoh pemeriksaan, pakar kesuburan akan memeriksa tahap kesihatan semasa salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi. Pakar juga akan menyemak rekod pembedahan dan patologi di mana prosedur mengikat peranakan dilakukan. Mereka juga akan mengambil kira beberapa faktor berikut seperti bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia anda.

Isu lain yang sama penting adalah kualiti sperma pasangan, keadaan dan status pelvik bebas dari komplikasi seperti endometriosis atau sebarang parut tisu sekitar tiub atau ovari; kuantiti telur dan kualitinya. Jika komplikasi ini wujud, peluang untuk reversal berjaya sangat tipis. Bagaimanapun, komplikasi ini tidak menjejaskan kehamilan menerusi IVF secara umumnya. Justeru IVF dilihat sebagai pilihan terbaik sekiranya pesakit mempunyai masalah endometriosis atau parut tisu di pelvik.

Walaupun, RTL diamalkan dan boleh menyumbang kepada kehamilan secara normal, perlu diambil perhatian prosedur ini tidak dipraktikkan sekerap IVF di Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ini kerana RTL menggunakan kaedah mikro surgeri yang agak rumit, mungkin dari segi kos ia lebih murah dan kedengaran lebih mudah dari segi tekniknya berbanding IVF tetapi rasa bimbang sekiranya ia gagal perlu ada.”

Pakar kesuburan di sini mungkin lebih cenderung kepada IVF memandangkan reversal memerlukan teknik khas termasuk mikroskop dan kelengkapannya yang malangnya tidak banyak hospital di Malaysia sanggup melabur kos yang tinggi untuk menyediakan peralatannya,” jelasnya lagi yang merujuk kepada kadar kejayaan yang rendah dan komplikasi reversal yang tinggi termasuk kes hamil luar rahim (ectopic).

“Cara terbaik adalah bertanya pakar mengenai pesakit lain yang berjaya menjalani prosedur reversal mahupun IVF dan bercakap sendiri dengan mereka. Sekiranya ada cara yang lebih selamat, adalah wajar untuk dipertimbangkan kerana akhirnya pasangan hanya mahukan zuriat yang sihat,” jelasnya yang bangga dengan peratusan kejayaan kehamilan menerusi IVF di DEMC yang kini mencecah 25 peratus.

FAKTA:

Alasan ikat peranakan

  • Tidak mahukan zuriat
  • Mengawal jumlah anggota keluarga
  • Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan
  • Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil
  • Atas sebab perubatan/kesihatan

Prosedur ikat

  • Tiub fallopia dipotong dan diikat
  • Disekat dengan gelung silikon
  • Penggunaan klip

Pemeriksaan bagi hamil semula

  • Pakar kesuburan memeriksa tahap kesihatan salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi.
  • Meneliti rekod pembedahan dan patologi prosedur mengikat peranakan dilakukan.
  • Faktor lain diambil kira termasuk bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia wanita berkenaan.
  • Ujian sperma pasangan turut dilakukan.

Nota kaki : Info untuk rujukan sendiri gak ni…huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Responses to “[INFO] Ikat Peranakan : Risiko dan kesan”

  1. lydzar says:

    hehehehe..pernah bagi cadangan nk try benda ni kt hasben. huhu jgn singkat sbb frust dgn pil perancang :P

  2. madammondoq says:

    adoii.. rasa mcm ada rama-rama berterbangan tengok gambo tu.. huh..

    JOM BACA NI : SEHELAIBAJU BUAT MENYAPU AIR MATA

  3. AAAJUNE says:

    adakah wanita yang telah menjalankan ikat peranakan boleh melahirkan anak ,semula dengan berbagai cara?
    dan saya juga adalah wanita yang kerap bersalin ?

    sila beri penjelasan

  4. ros says:

    saya dh setahun stgh buat slps buat BTL. saya nk bertanya,berapa lama jgkamasa sembuh sepenuhnya bg luka dalaman yg di alami. bagi luka luaran saya,dalam masa berpantang sudah kering dan kesannya pada gam itu sgt rapi,tiada kesan bonjolan walaupun saya berbadan besar. kebelakangn ini bila saya buat kerja berat sedikit terasa sakit pada bhgian kanan tpt peranakn,,kenapa ye?

    • Sumijelly says:

      rasanya itu adalah rasa yg normal.. saya pun telah buat 2 tahun yg lepas.. memula ada rasa sakit..lama2 ia akan hilang.. tunggu lg 1 thn.. jika masih lagi sakit segeral berjumpa dengan doktor untuk meeriksa apa kah sebab nya…

  5. dewiliah says:

    saya pun telah melakukan btl ats sebab kesihatan.di manakah sy boleh membuat kaedah ivf dan berapa kosnya

Leave a Reply

CommentLuv badge



%d bloggers like this: